Beberapa panduan atau jalan yang boleh kita semua ikut dan jadikan panduan dalam usaha membersih dan menyuburkan taqwa serta memperteguhkannyaa dalam hati dan jiwa kita semua...insyaAllah..
1) Perjanjian (Mu'ahadah)
Firman Allah swt dalam surah An-Nahl :
"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah) sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu Sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan."
(An-Nahl 16 : 91)
Kita semua sedar tak yang setiap hari kita dah berjanji dengan Allah paling kurang sebanyak 17 kali??
"Aik bile masa pulak la aku berjanji ngn Allah ni?"
Setiap rakaat, dalam solat kita akan melafazkan ayat dalam surah Al-Fatihah yang bermaksud:
"Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang engkau kurniakan nikmat ke atas
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukannya (jalan) orang-orang
yang sesat."
Dan sedarkah kah kita bahawa kita semua telah melafazkan ikrar atau perjanjian kepada Allah SWT. Kita berikrar kita akan memohon hanya kepada Allah dan memohon ditunjukkan jalan yang lurus dan dijauhi jalan yang Allah murkai. Jadi, hendaklah kita tunaikan janji kita kepada Allah SWT. Apabila kita berpegang kepada janji2 ini, secara tidak langsung kita akan berusaha untuk menjauhi perkara mungkar dan melanggar larangan Allah SWT. Jadi, hendaklah kita semua2 berwaspada dalam setiap tingkah laku dan amalan kita supaya terhindar dari melakukan perkara yang dilarangNya. Sedikit demi sedikit kita akan menghampiri ketaqwaan apabila kita berusaha berpegang kepada janji ini...insyaAllah..
2) Muraqabah
Firman Allah SWT dalam surah As-Syu'ara:
" (Allah) yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan) sembahyang dan (melihat) gerak gerimu di antara orang-orang yang sujud."
(As-Syu'ara 26 : 218-219)
Baginda Rasulullah SAW apabila ditanya perihal "Ihsan", baginda menjawab:
"Bahawasanya engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, maka jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihat engkau." (HR Muslim)
Maka muraqabah di sini membawa pengertian kita merasakan kewujudan Allah dalam setiap amalan perbuatan kita. Jika kita mampu mencapai tahap muraqabah dalam ihsan, insyaAllah kita akan terhindar dari melakukan maksiat. Ini kerana seseorang yang sentiasa mengingati Allah tidak akan sesekali melakukan maksiat. Sebagai contoh, kalau orang tu tengah berzina, dia akan terus berhenti jika waktu tu dia ingat kat Allah.
3) Muhasabah
Allah berfirman dalam surah Al-Hasyr:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas dari amalan-amalannya untuk hari esok(akhirat), dan (sekali lagi diingatkan), bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan akan segala yang kamu kerjakan."
(Al-Hasyr 59:18)
Jika mampu, setiap hari sebelum tidur, cuba untuk muhasabah diri. Ingat balik apa yang telah kita lakukan sepanjang hari pada hari tersebut. Jika kita ada melakukan kesalahan, segeralah bertaubat, menyesali perbuatan kita serta memohon keampunan dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Tak lupa juga memohon kepada Allah SWT supaya menetapkan hati kita dan untuk terus melakukan ketaatan. Dan sebaliknya jika kita ada melakukan kebaikan, hendaklah kita memuji Allah kerana telah menunjukkan kita jalan yang betul..
4) Mu'aqabah (deraan)
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup, wahai oang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah 2:179)
Di sini bukanlah saya hendak menyuruh kita semua menghentakkan kepala di dinding atau sebagainya bagi mendera diri.haha..Ye la dengar je perkataan dera, bunyi macam ganas je kan..
Maksudnya di sini, setelah kita dapati kita ada kekurangan dalam amalan kita, kita membuat hukuman ke atas diri kita. Sebagai contoh, pada hari tu kita terlupa buat solat dhuha, jadi kita hukum diri kita hari tu nak habis baca Al-Quran satu juzuk. Atau jika hari tu kita Subuh dinasour, jadi sebagai hukuman kita tak yah tidur buat selama-lamanya...haha..ada plak..mana boleh..ada syaratnya nak buat hukuman...hukuman yang dibuat mestilah sesuatu yang logik dan mampu kita buat serta tidak mendera diri sendiri seperti letak jari kat api selama satu jam, berjemur tengah panas selama 3 jam...huehehe...Hukuman seumpama ini merupakan sesuatu yang amat ditegah syarak selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan."
(Al-Baqarah 2: 195)
Terdapat satu kisah di mana, suatu ketika Umar Al-Khattab terlepas solat asar berjemaah sebab balik lambat dari kebun. Jadi, Umar pun telah menyedekahkan kebun nya kepada orang miskin. Cerita ni sebagai iktibar buat kita. Kita sebagai orang yang biasa sahaja tahap keimanannya dan tidak sehebat Umar Al-Khattab sudah semestinya tak mampu nak buat seperti yang Umar lakukan. Jadi, hukumlah diri mengikut kemampuan...wallahualam...
5) Mujahadah
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami(yang menjadikan mereka bergembira dan berolah keredhaan) dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
(Al-Ankabut 29 :69)
Mujahadah di sini membawa maksud apabila perasaan malas dan kecenderungan kepada dunia mula menyelubungi diri serta gagal untuk melaksanakan amalan sunat, kita hendaklah berusaha bersungguh untuk mengatasi perasaan ini. Kita hendaklah memaksa diri dan mewajibkan diri untuk melakukan amalan tersebut. Di mana keterpaksaan pada mulanya akan bertukar menjadi kebiasaan kepada kita. Macam mat salleh dok kata "practice makes perfect", tu la dia.haha..
Rasulullah SAW yang kita semua ketahui baginda sifatnya terpelihara daripada melakukan dosa, turut bermujahadah. Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa baginda Rasulullah SAW berdiri di waktu malam (beribadat) sehinggakan bengkak-bengkak kaki baginda, lalu Aisyah bertanya:
"Wahai Rasulullah untuk apakah ini semua sedangkan engkau sesungguhnya diampunkan Allah atas apa yang telah dan akan engkau lakukan."
Lalu baginda menjawab:
Salahkan aku menjadi hambaNya yang bersyukur."
~~~~~~~~~~
Wallahualam...moga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian yang sedikit ini...Untuk rujukan boleh lah baca buku "Menuju Ketakwaan" oleh Abdullah Nasih Ulwan.