Saturday, October 23, 2010

Life After Death




Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Interfaith Understanding Dialogue atau dikenali sebagai InFUD bakal diadakan buat kali kedua di Bumi UTP tercinta. Dengan tajuk yang pada pendapat saya bakal menarik ramai penonton yg terdiri dari pelbagai agama untuk datang,iaitu "Life After Death According to My Scripture".

InFUD yang lepas telah berjaya menarik "crowded" yang ramai memenuhi dewan cancelor dengan tajuk "The Concept of God According to My Religious Scripture". Dialog intelektual ini telah berjaya menggabungkan kelab-kelab dan badan-badan di UTP di mana organisasinya terdiri daripada pelbagai badan dan kelab di UTP serta pelbagai agama dan bangsa. Usaha yang positif ini, inshaAllah mampu membuka mata dan minda pelajar-pelajar UTP khususnya untuk menerima perbezaan antara agama dan memahami agama lain. Selain itu, mudah2an dialog ini dapat mengetuk pintu hati "non-muslim" untuk berfikir dan mengkaji mengenai kebenaran Islam dan seterusnya kembali kepada Islam.InshaAllah..




Laman InFUD

Tuesday, September 21, 2010

Syafakillah Ain~~

Assalamualaikum wbt…sahabat saya Nur Ain Syafiqah kini berada di hospital Kuantan..sakit ape, masih belum disahkan oleh doktor.. Asbab dimasukkan ke hospital, bermula ngn kaki beliau bengkak tiba2 tapi tak sakit..bila pergi ke klinik UTP, doktor ckp takde ubat dan mungkin ada kaitan dengan jangkitan kuman kat ginjal. Apapun ni cuma hipotesis awal doctor je. Doktor suh pegi hospital Batu Gajah. Dua hari kat hospital, doktor bgtau plak tak dpt detect sakit ape..Keputusan blood test sumer ok je..Pastu mak ayah beliau minta pindahkan beliau ke hospital di Kuantan, lebih dekat dengan rumah dia..Malangnya, nak kena tunggu doktor pakar plak..Dan benda ni ambil masa..Adakah kita kekurangan doktor pakar?? Ermm tetiba rasa nak tukar bidang plak..nak amik perubatan…boleh tolong raaamai orang..teringat lak cita2 saya dulu..nk jadi pakar pediatrik..hehe..Sahabat2 medic UIA, korang blaja la sungguh2..ramaikan doktor pakar kat Malaysia ni..hehe..yang blaja oversea plak jgn lupa diri..Balik Malaysia berkhidmat kat Malaysia..duit tajaan tu, duit rakyat Malaysia. Jadi laksanakanlah tanggungjawab anda.


Mohon sahabat2 yang baca entri ni doakan sahabat saya..Moga tiada apa yang serius berlaku kat beliau..Cepat2 sembuh ea Ain..Lain benor rasanya bila Ain xde..xde orang dah nk gaduh2 ngn kita..mcm pelik tak dengar suara Ain membebel..ye la Ain kan byk ckp..Kesian kat kita pegi kelas PCS sorang2…xde sape nk duduk ngn kita..waaa..Wani lak sorang2 je kat bilik tu…sape nk partner ngn shima masa lab CAED nnt..Budak2 Meche sume dah rindu kat Ain..haha. Kitaorg kan selalu berempat..tapi tinggal tiga je..jadi, ain kena sihat nak cukup kan jadi empat balik..huhu..Apapun, kami di sini sentiasa doakan Ain..

Wallahualam~~

Monday, August 23, 2010

Hatiku Gumbira~~

Alhamdulillah, syukur masih diberi kesempatan menulis di blog yang dah lama tak dikemaskini ni..Dan yang paling penting, saya teramatlah bersyukur kerana dipanjangkan umur dan dapat bertemu dgn Ramadhan Kareem..mudah2an sampai ke akhir dapat bersama Ramadhan tahun ni..insyaAllah.


Wassup with the title?? Apa yang gembira sangat tu..Biasa lah..berita dan cerita gembira harus dikongsikan bersama..cerita pahit dan sedih tu biarlah saya simpan sorang2, hanya saya dan Allah yang tahu..


Pertama-tama, tahun ni abang saya akan balik ke Malaysia. Dia dah pun selesai pengajian nya di Mesir seperti yang saya pernah kabarkan dalam entri terdahulu. Alhamdulillah..tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian di sana dalam masa 3 tahun. Moga kepulangan beliau membawa manfaat untuk masyarakat di Malaysia, khususnya umat Islam. 4 September ni , baliklah dia. Sama ngan cuti saya lak tu.Bagus bebenor la. Jadi, lepas ni lengkap la kami sekeluarga..tak da yang kat seberang laut dah..


Keduanya, one of my best friend is getting married! Wah berita ni saya terima dgn perasaan terkejut dan yang paling penting gembira semestinya. Tak sangka Afifah nak nikah dah..Afifah atau nama panggilan kami kat dia, Afuf, juga merupakan rumet saya masa belajar di Asasi UIA dulu. Alhamdulillah, moga masjid yang bakal dibina dapat diimarahkan dan tidak hambar dan lesu seperti masjid2 yang dibina oleh kebanyakan orang..ermm mendalam maksud yg saya nk sampaikan ni.Takpe..fikir2kan..renung2kan..cewah..


Dan yang ketiga, K.Zed, ex-rumet saya yang lagi sorang ni plak bakal menimang cahaya mata. Kandungannya sekarang dah berusia 8 bulan..waa raya nanti akan lahirlah seorang lagi bakal Hafiz..ye lah, mak ngan ayah dia pasangan huffaz..anak lak gerenti ikut jejak langkah mereka. InsyaAllah..weee tak sabar nk dapat anak sedara! Tahun depan dapat berita gembira dr Afuf plak..ehe..Kajed dpt baby boy..afuf lak baby girl ea…cewah suka hati jer..

Bila cerita pasal Kajed ngn Afuf ni, teringat lak kenangan ngn dorang dulu. Cepat betul masa berlalu…Pertemuan dan persahabatan kami ni memang cukup cantik Allah rancang. Bermula dengan Afuf, saya kenal sebelum masuk UIA. Saya kenal kat Friendster..lepas tu add kat YM dan chatting..perangai lebih kurang..adik beradik dia ramai, adik beradik saya pun ramai..nama adik beradik kami pun ramai yg sama..Tgk2 kami sama2 masuk UIA..tapi kami bukan rumet utk sem yg pertama..kami mula menjadi rumet masa sem 2 dan sampai la abis UIA…




Pertemuan dengan Kajed lak, sbb dia rumet saya..saya daftar masuk bilik sebelum Kajed..punya tgu sape lah rumet den ni..harap2 org yg baik2..Jeng je jeng..kajed sampai ngn family dia..kekok sikit..kami senyum je..salam2..lepas b’tegur sapa baru tau kajed ni dari DQ rupenyer…so dia akk la..kajed ni penyenyap orgnyer tapi murah dengan senyuman..senyuman mmg tak lekang dari bibir dia…uishh tak penat ke kajed asyik senyum je..dan apa kaitan afuf ngn kajed lak? Rupenye dorang pun dah kenal b4 masuk UIA…dan akhirnya kami bertiga sebilik masa sem kedua hingga la kami tamat Pusat Asasi..

Persoalan kami siapa yg akan kawin dulu antara kami dah pun terjawab..haha..mestilah kajed yg paling tua kawin dulu, dan tak sangka cepat je afuf ikut jejak langkah kajed….sedar atau tidak sedar ataupun separa sedar, kita sedang melalui satu fasa di mana sahabat2 sekeliling kita, sorang2 akan menjengah ke alam rumah tangga…”Dah besar ea ko…nk kawin dah..tak sangka aku..”…”Haa dia nk kawin dah ke?ngan sape?bla33x….”…Cakap pasal kahwin takkan abis sampai ke sudah..Lagipun saya bukan lah orang yg arif nak bercerita soal perkahwinan ni..Cuma ingin meraikan sahabat saya yang bakal menjadi isteri org tak lama lagi ni..(lepas ni susah nk lepak ngn afuf dah..kena minta izin suami dia dulu..hehe). Kalau tahun lepas dia ajak saya gi open house kat umah dia, tapi kali ni gi majlis pernikahan dia plak…

Pesanan buat sahabat saya, Afifah a.k.a. Afuf, moga menjadi isteri solehah dan taat kepada suami.Sesungguhnya syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya..Jumpa kat majlis nikah nanti!huhu..







Sunday, August 1, 2010

Moh Poie!~~