Sunday, July 17, 2011

Aktiviti2 Menarik di UTP! Ibu2 bapak2 anak2 dijemput datang~~

Assalamualaikum wbt


Susunan program mengikut tarikh


FORUM BAITUL MUSLIM




TAHSIN TILAWAH AL-QURAN





KONSERT KEMBARA SUFI IX




sahabat2 yang nak hadir boleh bagi tau saya ea.untuk sebarang persoalan
boleh tanya saya terus atau melalui contact person yang terdapat di poster...


~~Wallahualam~~


Monday, May 2, 2011

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga,Kasih Ayah Sepanjang Masa

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, rasa rindu terubat bila mak dan abah datang melawat di UTP…


“Mak, Nur tak balik cuti sem seminggu ni..”


“Kenapa?”


“Nur jadi fasi MAS(Minggu Aluan Siswa)…”


“Xpelah, nanti mak datang hari Ahad ni…”


Allah je yang tahu betapa gembira+terharu dan pelbagai perasaan saya bila mak cakap mcm tu(sbnrnya kami ber’gtalk’...huhu).


Macam2 mak bawa…rendang…nasi himpit..tart blueberry…nyam3..


Syukran mak dan abah! Susah payah datang dari jauh semata-mata nak bagi semangat kat anak mak sorang ni..Selesai kat UTP, mak ngan abah kata nak pergi UIA PJ, nk g tgk Aina..Subhanallah..besarnya pengorbanan mak ngan abah.Sanggup memandu jauh2 semata-mata nak pergi lawat anak-anak mereka. Sedih dan sayu bila melihat wajah mak dan abah meninggalkan perkarangan hostel..Adam dalam kereta menangis sebab saya tak ikut sekali..tapi air mata ditahan..takmo nangis depan mak ngan abah..Balik bilik trus menangis,kenangkan betapa besar dan menggunungnya pengorbanan mak ngan abah kat anak2, sambil hantar mesej jiwang kat mak ngan abah..huhu(saya seorang yg tak pandai mempamerkan kasih sayang..jadi terpaksa guna sms nk luahkan)hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian…



Aku Merinduimu


Tuesday, April 12, 2011

~ Life Is a TEST~

Assalamualaikum wbt,


Allahu Rabbi...........lamenyer blog tak di update!

Momentum nak berblog macam dah hilang..adehh..wahai diri mengapa kau begitu malas nak update blog?Kesian kat orang yang nak baca blog ni..tiap kali buka je takde update(konon2 ada orang baca).


Minggu final exam nak dekat..macam biasa, semakin hampir dengan final exam, semakin bertimbun esemen dengan tests yang berderet2. Berikut buat tatapan mak ngan abah kat umah mengenai jadual Nur.Mohon doa dari mak dan abah buat anakmu ini...


12 Apr - Test 2 Health Safety Environment (HSE)

14 Apr - Quiz 9 Electrical Power & Machines (EPM)

- Presentation Case Study Intro to Management (ITM)

15 Apr - Submit Group Project ITM

- Quiz Engineering Thermodynamics II (Thermo)

18 Apr - Test 5 EPM

- Submit Group Project HSE

20 Apr - Test 2 Fluid Mechanics II (Fluid)

- Quiz 10 EPM

- Submit Mini Project Fluid

21 Apr - Test 2 ITM

22 Apr - Test 3 Thermo

25 Apr - Test 6 EPM

27 Apr - Submit Group Project Mechanics of Machines (MOM)

28 Apr - Presentation Group Project MOM

- Submit Duo Assigment ITM

- Test 2 MOM


30 Apr – 4 May - Study week

5 May – 15 May - Examination week


Begitulah kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Bila kita bergelar pelajar, kita akan diuji dengan ujian assignments yang bertimbun, tests yang berlambak dan sebagainya. Sesungguhnya akademik merupakan salah satu juzuk perjuangan kita sebagai insan yang bergelar pelajar Muslim demi Islam tercinta . Nak tak nak, kita kena perform akademik supaya ia tak menjadi fitnah buat kita. Dalam sibuk kita nak perform jangan lupa hubungan kita dengan Allah kerana matlamat utama kita hanyalah MARDHATILLAH…Selamat bermujahadah buat diriku dan sahabat-sahabat. JIHAD AKADEMIK!



..::Ya, Allah aku nak SKOR::..



Tuesday, February 8, 2011

SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM (JAKIM)