RSS

Monday, March 11, 2013

Tentang Dia





Saya ada seorang sahabat. Nama dia Ain. Semalam hari jadi dia yang ke-23 (10 Mac). Saya tak bagi apa-apa hadiah pun tapi saya hadiahkan dia sebuah lagu yang saya nyanyi sendiri tanpa iringan muzik. Tiada duit nak upah pemain muzik. Nak main gitar tak tahu pula. Rekorder boleh lah.

Kami berkenalan di UTP pada tahun 2009. Dia dari Universiti Taylor dan saya dari UIA. Kami mula rapat sebab kami satu kos pengajian dan kami juga satu Smartgroup (usrah). Kemudian kami sama-sama masuk Rakan Masjid. Dia Lajnah Dakwah dan saya di bawah Tanzim Jabatan Nuqaba’. Seterusnya, kami sama-sama masuk program-program di bawah Rakan Masjid sebagai komiti. Kemudian kami sama-sama ditaklifkan sebagai pimpinan Rakan Masjid. Dia sebagai setiausaha dan saya sebagai Masulah Lajnah Kebajikan. Kami juga praktikal di tempat yang sama iaitu di Shell Refining Company (SRC) di Port Dickson. Saya yang paksa dia untuk praktikal sama tempat dengan saya. Alhamdulillah Allah izinkan kami praktikal di tempat yang sama. Sungguh cantik Allah atur perjalanan hidup kami.


Saidina Umar r.a. kata, kalau kita nak kenal sahabat kita, kita kena bermusafir, makan dan tidur bersama. Alhamdulillah ketiga-tiga perkara ini saya pernah buat bersama-sama dengan Ain. Semakin kita kenal seseorang, semakin kita boleh terima baik buruknya.

Sahabat saya sorang ni, seorang yang tidak berkira dengan orang lain. Sentiasa bermurah hati untuk belanja orang dan dahulukan duit dia. Kalau pinjam duit, dia cepat-cepat ganti balik dan kadang-kadang ada ‘interest’. Lagi, ain seorang yang gagah lagi lasak. Muslimat besi. Sukakan aktiviti-aktiviti lasak. Teringat pengalaman panjat Bukit Broga masa zaman praktikal dulu. Kami pergi berdua. Baru beberapa minit naik saya dah penat, tapi Ain masih steady. Masa turun bukit kami berlari-lari turun dan  lepas tu masuk lorong yang orang tak lalu dan akhirnya sesat entah ke mana.

Ni lah tempat kami keluar masa turun dari Bukit Broga. Terpaksa lalu jalan
raya untuk balik semula ke parking kereta.

Ain, ada kereta Ferrari. Semasa praktikal kami banyak bermusafir guna Ferrari Ain. Ke Melaka, Negeri Sembilan, KL dan sebagainya dengan Ferrari. Walaupun Ferrari ni tidak punya power steering , tapi tuan dia ada power hand! Jangan sekali-kali kacau Ain, nanti ada yang bengkak-bengkak kena penangan tangan dia.

Disebabkan Ain seorang yang aktif, susah untuk lihat dia jatuh sakit. Tapi, kalau dia sakit, saya pun jadi hilang mood dan sedih. Saya tak suka tengok dia sakit. Nanti dia hilang selera makan. Terbaring lemah atas katil. Dia pernah masuk hospital disebabkan penyakit yang tak diketahui punca nya. Masa tu tak best sebab Ain terpaksa duduk di hospital Batu Gajah dan kemudiannya dipindahkan ke hospital Kuantan. Pergi kelas pun tiada mood. Seperti kehilangan. Saya pernah tulis kisah ini dalam blog di sini.

Terlalu banyak perkara tentang Ain untuk dikongsikan. Pendek kata, dia seorang sahabat yang merupakan cerminan sikap saya. Mampu tegur kekurangan dan kelemahan saya, bukan sekadar kawan ketawa dan menangis. Tiada apa-apa yang saya harapkan daripada persahabatan ini melainkan keredhaan Ilahi.

Buat sahabat saya, Nur Ain Syafiqah bt Shamsudin, semoga bertambahnya usia menjadikan dirimu insan yang mulia, semakin disayangi Allah dan menyayangi Allah, diberkati umurmu, dipermudahkan segala urusan dan dipertemukan dengan jodoh yang soleh. InshaAllah.

Zatil_Ain

Tuesday, August 14, 2012

Start Again!



Selagi tak start,sampai bila2 pun takkan menulis..nak tak nak 
kena paksa juga diri ini untuk menulis..go3!


Assalamualaikum wbt,


Lama tak update blog ni..
Rindu nak berblogging tapi skill menulis dah berkarat.
Tak mampu nak tulis panjang2 dan berkongsi cerita macam dulu.
Kena buat summary je.
Bulan yang mulia hampir melabuhkan tirai..
Masih belum terlambat untuk merebut pahala berganda di bulan mulia ni.
Semoga bisa ketemu Ramadhan tahun hadapan pula.InsyaAllah.
Ramadhan kali ni agak mencabar buat saya.
Untuk pengetahuan semua, saya sedang berpraktikal di Shell Refining Port Dickson(SRCPD).
Sudah 10 minggu saya di sini dan masih berbaki 18 minggu lagi.
Jadi, bila bekerja di sini, nak tak nak kena juga masuk ke site.
Penat memang penat..tetapi bila fikir balik kehebatan tentera Badar yang mampu berperang di bulan Ramadhan..apalah sangat nak dibandingkan dengan saya…jadi, kekuatan mental mengatasi kekuatan fizikal..if u think u can do it, then u can do it!huhu
Ermm terlalu banyak perkara yang hendak dikongsi tetapi tak mampu untuk dikongsi..
Kelemahan diri sendiri yang sudah tidak pandai lagi mengarang..sob3..
Apa-apa pun jom kita berjuang sehingga ke titisan darah terakhir   akhir Ramadhan!
Sekian dulu coretan untuk permulaan ini.InsyaAllah akan berusaha untuk terus menulis..huhu

..::Wassalam::..



Monday, August 15, 2011

Ramadhan Yang Terakhir

sila baca tajuk entri dalam bentuk ayat soal (Ramadhan Yang Terakhir?)



Alhamdulillah, sedar atau tidak kita telah sampai kepada separuh Ramadhan. Terasa cepat masa berlalu. Sempatkah kita untuk sampai ke penghujung Ramadhan dan bertemu pula dengan Ramadhan yang seterusnya? Bagaimana pula dengan amal ibadat kita? Adakah masih di taraf yang sama atau semakin bertambah? Mungkin boleh muhasabah balik diri kita(terutamanya saya). Semoga kita semua ikhlas dalam beribadah semata-mata kerana Allah dan bukannya kerana Ramadhan itu sendiri. Walaupun Ramadhan akan berlalu tetapi kita akan terus istiqamah dalam amal ibadat kita.


Iftar di Masjid


Hampir keseluruhan Ramadhan kali ni, saya berada di kampus. Walaupun rindu nak berpuasa bersama keluarga tercinta, tapi apakan daya banyak perkara menghalang. Alhamdulillah mak dan abah memahami. Tak sabar menunggu hari utk pulang ke rumah dan berpuasa bersama keluarga walaupun hanya 2-3 hari je.


Selalu gak muka yang sama yang ada kat masjid tiap kali iftar.Saya ler tuh.Dapat makan free..huhu. Apa2 pun bukan kerana free tapi kerana kemeriahan berbuka puasa ramai2 dan makan pun dalam dulang. Bila makan dalam dulang ni kita akan belajar untuk bertolak ansur dan melebihkan sahabat. Nampak je makanan kat tempat sahabat dah abis, kita tolak lagi makanan kat tempat dia(padahal dah kenyang sebenarnya). Bila makan ramai2 ni tak de lah terasa kenyang sangat. Jadi takda lah rasa malas nak solat. Lagipun iftar di masjid boleh terus solat bersama2 jemaah. Suasana ni pasti akan dirindui sebab masa Ramadhan je yang dapat lihat masjid penuh dengan jemaah dan lepas habis solat masing2 mengaji dan ada gak yang bertadarus.



Sabda Rasulullah Saw:"Setiap amal yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh kali ratus lipat. Allah swt berfirman, "Kecuali puasa, itu untukKu dan Aku yang langsung membalasnya. Ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya keranaKu." Orang yang berpuasa mendapat dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi.
(Sahih Bukhari dan Muslim)


Akhir kalam, masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpesta ibadah dan bertemasya pahala di bulan Ramadhan!

Sunday, July 17, 2011

Aktiviti2 Menarik di UTP! Ibu2 bapak2 anak2 dijemput datang~~

Assalamualaikum wbt


Susunan program mengikut tarikh


FORUM BAITUL MUSLIM




TAHSIN TILAWAH AL-QURAN





KONSERT KEMBARA SUFI IX




sahabat2 yang nak hadir boleh bagi tau saya ea.untuk sebarang persoalan
boleh tanya saya terus atau melalui contact person yang terdapat di poster...


~~Wallahualam~~