Pages

Friday, December 23, 2011

Cuti Semester Bakal Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum wbt,


Setelah sekian lama jari jemari tak menari di atas papan kekunci laptop untuk mengemaskini laman blog ni, akhirnya ia kembali menari dengan langkah yang agak kekok sedikit. Ye lah dah lama tak menari, bila nak start semula jadi agak sukar. Macam biasa, blog ni saya jadikan tempat untuk saya berkongsi pengalaman, mudah-mudahan ada manfaatnya bagi yang sudi membaca.


Buat pengetahuan semua, cuti semester saya bakal melabuhkan tirai. Cuti 4 bulan yang pada asalnya terasa amat lama tetapi bila dah sampai ke penghujung rasa macam sekejap je. Biasa lah tu. Alhamdulillah, cuti 4 bulan ni terisi dengan pelbagai aktiviti menarik bukan sahaja di rumah, dalam Malaysia malahan di luar Malaysia. Kalau nak dikira, hanya beberapa minggu sahaja saya berada di rumah. Tetapi hari2 berada di rumah amat saya hargai sebab dapat berkhidmat untuk keluarga. Paling best dapat masak untuk mak,abah dan adik2! Walaupun masakan tak sesedap Master Chef.hurmm..


Untuk diceritakan satu persatu mengenai aktiviti cuti semester ni,memang panjang. Satu entri ni pun tak cukup. Jadi lebih mudah jika hanya gambar2 menjadi tukang cerita. Di sebalik sekeping gambar tersirat 1001 cerita. Terpulang bagaimana sahabat2 nak mentafsirkannya.


Bagi sahabat2 yang berada di kampus UTP, UIA,USM dan juga IPT2 lain yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester, semoga dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian!Bittaufiq wannajah fil imtihan.Usaha+Doa=Kejayaan.Semoga kejayaan milik kalian.


Galeri Aktiviti











Monday, August 15, 2011

Ramadhan Yang Terakhir

sila baca tajuk entri dalam bentuk ayat soal (Ramadhan Yang Terakhir?)



Alhamdulillah, sedar atau tidak kita telah sampai kepada separuh Ramadhan. Terasa cepat masa berlalu. Sempatkah kita untuk sampai ke penghujung Ramadhan dan bertemu pula dengan Ramadhan yang seterusnya? Bagaimana pula dengan amal ibadat kita? Adakah masih di taraf yang sama atau semakin bertambah? Mungkin boleh muhasabah balik diri kita(terutamanya saya). Semoga kita semua ikhlas dalam beribadah semata-mata kerana Allah dan bukannya kerana Ramadhan itu sendiri. Walaupun Ramadhan akan berlalu tetapi kita akan terus istiqamah dalam amal ibadat kita.


Iftar di Masjid


Hampir keseluruhan Ramadhan kali ni, saya berada di kampus. Walaupun rindu nak berpuasa bersama keluarga tercinta, tapi apakan daya banyak perkara menghalang. Alhamdulillah mak dan abah memahami. Tak sabar menunggu hari utk pulang ke rumah dan berpuasa bersama keluarga walaupun hanya 2-3 hari je.


Selalu gak muka yang sama yang ada kat masjid tiap kali iftar.Saya ler tuh.Dapat makan free..huhu. Apa2 pun bukan kerana free tapi kerana kemeriahan berbuka puasa ramai2 dan makan pun dalam dulang. Bila makan dalam dulang ni kita akan belajar untuk bertolak ansur dan melebihkan sahabat. Nampak je makanan kat tempat sahabat dah abis, kita tolak lagi makanan kat tempat dia(padahal dah kenyang sebenarnya). Bila makan ramai2 ni tak de lah terasa kenyang sangat. Jadi takda lah rasa malas nak solat. Lagipun iftar di masjid boleh terus solat bersama2 jemaah. Suasana ni pasti akan dirindui sebab masa Ramadhan je yang dapat lihat masjid penuh dengan jemaah dan lepas habis solat masing2 mengaji dan ada gak yang bertadarus.



Sabda Rasulullah Saw:"Setiap amal yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh kali ratus lipat. Allah swt berfirman, "Kecuali puasa, itu untukKu dan Aku yang langsung membalasnya. Ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya keranaKu." Orang yang berpuasa mendapat dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi.
(Sahih Bukhari dan Muslim)


Akhir kalam, masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpesta ibadah dan bertemasya pahala di bulan Ramadhan!

Sunday, July 17, 2011

Aktiviti2 Menarik di UTP! Ibu2 bapak2 anak2 dijemput datang~~

Assalamualaikum wbt


Susunan program mengikut tarikh


FORUM BAITUL MUSLIM




TAHSIN TILAWAH AL-QURAN





KONSERT KEMBARA SUFI IX




sahabat2 yang nak hadir boleh bagi tau saya ea.untuk sebarang persoalan
boleh tanya saya terus atau melalui contact person yang terdapat di poster...


~~Wallahualam~~


Monday, May 2, 2011

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga,Kasih Ayah Sepanjang Masa

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, rasa rindu terubat bila mak dan abah datang melawat di UTP…


“Mak, Nur tak balik cuti sem seminggu ni..”


“Kenapa?”


“Nur jadi fasi MAS(Minggu Aluan Siswa)…”


“Xpelah, nanti mak datang hari Ahad ni…”


Allah je yang tahu betapa gembira+terharu dan pelbagai perasaan saya bila mak cakap mcm tu(sbnrnya kami ber’gtalk’...huhu).


Macam2 mak bawa…rendang…nasi himpit..tart blueberry…nyam3..


Syukran mak dan abah! Susah payah datang dari jauh semata-mata nak bagi semangat kat anak mak sorang ni..Selesai kat UTP, mak ngan abah kata nak pergi UIA PJ, nk g tgk Aina..Subhanallah..besarnya pengorbanan mak ngan abah.Sanggup memandu jauh2 semata-mata nak pergi lawat anak-anak mereka. Sedih dan sayu bila melihat wajah mak dan abah meninggalkan perkarangan hostel..Adam dalam kereta menangis sebab saya tak ikut sekali..tapi air mata ditahan..takmo nangis depan mak ngan abah..Balik bilik trus menangis,kenangkan betapa besar dan menggunungnya pengorbanan mak ngan abah kat anak2, sambil hantar mesej jiwang kat mak ngan abah..huhu(saya seorang yg tak pandai mempamerkan kasih sayang..jadi terpaksa guna sms nk luahkan)hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian…



Aku Merinduimu


video