Monday, June 14, 2010

Chan Rak Nong Tukkon~~

Assalamualaikum wbt..

Lama dah blog ni dibiarkan tak di'update'...kesian blog ni..apalah tuan dia ni..pemalas betul..baik tak yah ada blog...apa-apa pun saya nak berkongsi sedikit pengalaman bersama anak-anak yatim daripada Takbai,Thailand..mungkin takkan banyak bercerita..biar gambar je yang bercerita..Sampai rumah dari UTP pada 5 Jun dan keesokannya, awal2 pagi dah kena keluar rumah ke Klang untuk bersama-sama dengan adik2 ni selama 5 hari..dari 6 Jun hingga 10 Jun..Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam dari Seremban ke Klang dengan menaiki komuter bersama kakak saya, Kak Ct. Kalau nak perkongsian lanjut mengenai program ni boleh lah ke blog Kak Ct. Panjang lebar dah dia ceritakan..Jom layan gambar..Zasssss..

Galeri AYATA


Belakang dari kiri: Sdr Rijal(fasi),Burhan,Fitdao,Bais,Sulaiman,Sdr Khairul(fasi),Adha,Sdr Anuar(fasi)
Tengah dari kiri:wakil ABIM,Sukonthi,Lukman,Cek Wan(wakil GPM),Ustz Zulkiflee,Wan Ares,Cikgu Nawawi(dr Thailand)
Depan dari kiri:Abdunloh,Hafizun,Rustan,Sompong

Dari kiri: Jalilah,Pattama,Huda Nabila,Shaadah,Tasneem,Sapinah,Ku Lasira, Ku Sawati

Sesi P&P Bahasa Inggeris

Sesi LDK bersama adik-adik

Sesi mengisi perut yang kosong: Adik-adik dijamu dengan nasi Ambang

Kelihatan Burhan sedang khusyuk menyiapkan tugasan dalam kumpulan

Dah buat mestilah kena bentang..adik-adik kelihatan 'shy shy cat' nak bentang di hadapan..

Hasil kerja salah satu kumpulan..adik2 ni pandai melukis dan tulisan dorang pun cantik..

Bergambar di hadapan masjid At-Taqwa

Adik-adik menjamu selera selepas solat Isyak di masjid At-Taqwa

Penyampaian cenderamata kepada YB Dr Abdul Rani

Program di masjid Meru:Pengisian selepas solat Maghrib

Macam biasa adik2 akan dijamu selepas solat Isyak

Penyampaian cenderamata kepada wakil masjid Meru

Adik-adik lelaki bergambar kenangan di Masjid Meru

Sesi memasak..adik-adik diajar cara-cara membuat sandwich

Lepas dah ajar, mestilah kena buat sendiri..untuk mendapatkan bahan-bahan..adik-adik kena mendapatkannya dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris..menarik!

Proses membuat sandwich!

Dah siap boleh makan!Ngap!sebelum ngap baca Bismillah dulu..

"Takde sape nak buatkan sandwich untuk aku ke?"

Lepas dah diajar cara-cara membuat sandwich..adik-adik kena buat di atas kertas mahjung dan bentang di hadapan..cantik dan kemas presentation adik-adik ni..

Kelihatan Sompong melakukan final touch kat hasil kerjanya..Sompong ni memang suka melukis..

Terasa cepat masa berlalu..5 hari terasa singkat..sampai dah ke penutup..Adha selaku penghulu dan wakil kepada para peserta memberi sepatah dua kata...

Wakil daripada Global Peace Malaysia(GPM), Cek Wan

Perasmian Penutupan Kursus Bahasa Inggeris Komunikasi Anak-anak Yatim, Takbai, Thailand oleh Saudara Raimi abd Rahim, Setiausaha Agung ABIM


Pengalaman selama 5 hari bersama-sama dengan adik-adik ni banyak mengajar saya erti bersyukur dengan apa yang kita ada..Sesungguhnya kita beruntung masih dikurniakan ibu bapa dan hidup dalam suasana yang aman damai di Malaysia tidak seperti di Thailand..Kebanyakan adik-adik ini tidak mempunyai bapa dan dari keluarga yang miskin..Melihat semangat adik-adik ni menuntut ilmu menambahkan kekuatan saya untuk terus menimba ilmu dan seterusnya berkongsi dan menyumbang kepada orang lain...Adik-adik ini dilihat mempunyai potensi yang besar untuk berjaya...cuma mereka perlu diberikan ruang dan peluang..dan kitalah yang seharusnya membantu mereka....Kalau bukan kita sebagai saudara mereka yang akan membantu mereka, siapa lagi? Tahniah dan syabas kepada GPM atas usaha mereka membantu saudara Islam kita di Thailand yang hidup dalam kesusahan..inshaAllah jika diberi ruang dan peluang akan ke sana pula....

Lupa plak nak bagitau maksud Chan Rak Nong Tukkon...mesti korang tertanya-tanya..haha..maksud dia.."Akak sayang adik-adik semua"...Adik2 ni tak pandai berbahasa Melayu standard tapi kena kecek Kelate dgn mereka..Mula2 memang payah nak berkomunikasi dengan mereka sebab tak pandai sangat nak kecek Kelate..tapi Alhamdulillah dapat belajar sikit2..Sempat juga belajar beberapa perkataan dalam Bahasa Siam..Antaranya..

Chan Rak Cher - I Love You
Ce Kan Mai - Till We Meet Again
Kop Kun Kah - Thank You (for female)
Kop Kun Kap - Thank You (for male)
Suway - Beautiful
Shan Mai Khau Jai - I Don't Understand
Sebai Di Mai? - How Are You?
Di Mak - Good


...Bertemu dan berpisah kita kerana Allah..moga kita kan bertemu lagi adik-adik...


Moga mendapat manfaat daripada perkongsian yang tak seberapa ni~~~