Monday, August 15, 2011

Ramadhan Yang Terakhir

sila baca tajuk entri dalam bentuk ayat soal (Ramadhan Yang Terakhir?)



Alhamdulillah, sedar atau tidak kita telah sampai kepada separuh Ramadhan. Terasa cepat masa berlalu. Sempatkah kita untuk sampai ke penghujung Ramadhan dan bertemu pula dengan Ramadhan yang seterusnya? Bagaimana pula dengan amal ibadat kita? Adakah masih di taraf yang sama atau semakin bertambah? Mungkin boleh muhasabah balik diri kita(terutamanya saya). Semoga kita semua ikhlas dalam beribadah semata-mata kerana Allah dan bukannya kerana Ramadhan itu sendiri. Walaupun Ramadhan akan berlalu tetapi kita akan terus istiqamah dalam amal ibadat kita.


Iftar di Masjid


Hampir keseluruhan Ramadhan kali ni, saya berada di kampus. Walaupun rindu nak berpuasa bersama keluarga tercinta, tapi apakan daya banyak perkara menghalang. Alhamdulillah mak dan abah memahami. Tak sabar menunggu hari utk pulang ke rumah dan berpuasa bersama keluarga walaupun hanya 2-3 hari je.


Selalu gak muka yang sama yang ada kat masjid tiap kali iftar.Saya ler tuh.Dapat makan free..huhu. Apa2 pun bukan kerana free tapi kerana kemeriahan berbuka puasa ramai2 dan makan pun dalam dulang. Bila makan dalam dulang ni kita akan belajar untuk bertolak ansur dan melebihkan sahabat. Nampak je makanan kat tempat sahabat dah abis, kita tolak lagi makanan kat tempat dia(padahal dah kenyang sebenarnya). Bila makan ramai2 ni tak de lah terasa kenyang sangat. Jadi takda lah rasa malas nak solat. Lagipun iftar di masjid boleh terus solat bersama2 jemaah. Suasana ni pasti akan dirindui sebab masa Ramadhan je yang dapat lihat masjid penuh dengan jemaah dan lepas habis solat masing2 mengaji dan ada gak yang bertadarus.



Sabda Rasulullah Saw:"Setiap amal yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh kali ratus lipat. Allah swt berfirman, "Kecuali puasa, itu untukKu dan Aku yang langsung membalasnya. Ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya keranaKu." Orang yang berpuasa mendapat dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi.
(Sahih Bukhari dan Muslim)


Akhir kalam, masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpesta ibadah dan bertemasya pahala di bulan Ramadhan!