Friday, January 22, 2010

Kuiz Ramalan Nasib di Facebook

Oleh: Abu Umair


Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.


Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.


Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.





Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:


ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.


Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.


Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?


Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.


Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.


KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH


Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.


Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.


Allah menegaskan dalam Al-Quran:


عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ


Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).


HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.


Sabda baginda:


من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة


Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).


Di dalam hadis lain:


مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد


Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).


Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.


Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.


Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.


Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.


Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.


SEKADAR MAIN-MAIN


Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.


Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?


Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.


Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:


إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ


Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).


Sumber: Blog Ust Abu Umair

Tuesday, January 19, 2010

Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa diperhatikan Iluminati


Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .

Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.

Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?

Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.

Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”

(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)

Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ahyang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.

  1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
  2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
  3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.

Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.

Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual

Di dalam iluminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.

Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.
Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”

(al-Mujadalah: 11)

Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;

“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”

Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam

Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.

Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.

Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.

Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati

Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.

Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.

Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.

Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.

Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati

Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.

Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.



Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.

Kesimpulan

Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.

Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.

Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.

Sumber: http://ibnuyaacob.com



Sunday, January 17, 2010

Lambat atau Cepat

Assalamualaikum wbt....

Syukur ke hadrat Ilahi...kita semua masih diberi peluang utk bernafas di BumiNya...setiap oksigen yang dihirup, Allah berikan percuma tanpa perlu dibayar setiap bulan mcm kita bayar bil letrik ngan bil air..salah satu nikmat yang Allah kurniakan kpd kita selain nikmat iman dan Islam...maka jadilah hamba yang bersyukur..

Lambat atau cepat, kita sumer pasti akan kembali bertemu dengan pencipta kita...
Lambat atau cepat...roh pasti akan terpisah dari jasad nya..
lambat atau cepat...kita pasti akan disembahyangkan oleh sanak saudara kita...

Sbnrnye cuma nak sampaikan je..
Tok Lang saya baru kembali ke rahmatullah sabtu lepas, 16 Januari 2010 bersamaan dengan 30 Muharram 1431 H...Al-Fatihah buat beliau...

Dan saat sedang menaip entri ni...satu mesej masuk..mengkhabarkan ayah kepada akk sehalaqah saya baru meninggal dunia...Al-Fatihah..

Dalam masa yang sama, abah kepada sahabat baik saya, merangkap rumet saya sedang sakit dan khabar nya makin tenat...mohon sahabat2 yang lain mendoakan kesejahteraan abah sahabat saya ni...mesti dia tengah sedih sekarang...moga dia tabah hadapi dugaan ini....

Dan saya...........Ya Allah, bersediakah aku menemui MU??

Friday, December 25, 2009

Tahniah UWAIS!

Tahniah UWAIS!syabas bête…tum hare…bla33….Alhamdulillah adik lelaki saya,Uwais yang rajin mengemas rumah(apa kene mengena…haha) telah berjaya merangkul 8 pingat emas dalam pertandingan PMR…ekekeke…

InsyaAllah kalau ada rezeki, lepas ni dia sambung blaja kat MRSM kot….doa2kan ea…Alamak!kalo dia xde sape nk kemas rumah!hahahha…mesti la Aina….sebab dia dah abis skola duk rumah tgu rezut SPM….lepas ni boleh la Aina blaja jadi suri rumah tangga berjaya…bangun pagi kne buat sarapan…basuh kain,sidai kain,basuh pinggan,kemas rumah,uruskan Adam,masak makanan tengah hari….waaa bnyk nyer keje…all da best Aina!(dlm nada perli..haha)




Muhammad Uwais...yg kat belakang tu abah


Kiri ke belakang:Nabilah,Aina,Hawa

Kanan ke belakang:dzakwan,Aiman,Uwais