Thursday, November 18, 2010

Aidiladha di UTP

Assalamualaikum..

Sekali lagi entri berkenaan dengan Aidiladha..raya tak sudah-sudah..padahal nak exam dah ni. Bukan apa, saja nak berkongsi cerita bagaimana sambutan Aidiladha kat UTP ni memandangkan ni kali pertama dalam sejarah saya tak balik raya(sedih woo~~)…tapi bak kata akak saya..ini lah pengorbanan saya..terima kasih kakak ku..kata-katamu telah memberiku sedikit semangat(sikit je lah..ehe).


Hari pertama Aidiladha,10 Zulhijjah atau bersamaan 17 November, bajet dengan Ain nak pergi masjid pkul 7.40 pagi..tapi biasa la..7.40 pagi kami akan jadi 7.50 pagi..haha..lalu dengan menaiki motor kami pun merempitlah ke masjid. Ramai yang baru nak ke masjid masa tu. Siap berbaju raya lagi,tak kira kaum Adam apatah lagi kaum Hawa. Baru ku tau ramai juga pelajar UTP berkorban tak balik rumah gara-gara exam. Bila di interview, rata-rata kata ni first time raya kat UTP. Alhamdulillah merasa la juga raya kat UTP kan. Apa salahnya sekali sekala kita selami perasaan sahabat-sahabat kita kat oversea yang selalu tak dapat balik beraya di Malaysia. Oh memang sebak sekali.isk3..Lepas habis solat raya, destinasi utama ialah bilik..hehe. Telefon rumah. Anas, abang sulung yang angkat telefon. Katanya dorang tengah siap-siap nak balik kampung.


“Semua ada..ko sorang je takde..12 orang je la sume..”


Adoyai lagi haru den donga..Lepas tu minta cakap dengan abah..Terdengar suara Anas cakap..


“Mak..Nur nangis..”


Memandai je cakap den nangis..padahal belum nak start nangis lagi..ehe.Bila cakap dengan Abah air mata dah mula bergenang.Tapi control ..bajet macam tabah..eceh..bermaaf-maafan di pagi raya dengan abah kat telefon aje lah..tak dapat nk salam,cium dan peluk abah. Lepas tu cakap dengan mak pula…masa ni air mata tak bergenang dah tapi dah laju je keluar..tapi boleh control suara lagi…


“Dah makan ke?Makan ape?”


“Dah..makan roti je..”


“Alahai kesiannya..takpe nanti esok mak kirim rendang ngan lemang kat Anan..”(yey!Alhamdulillah..)


Perbualan kami tak lama sebab dorang nak balik kampung dah..saya akhiri dengan mohon maaf kat mak dan mohon iringan doa seorang ibu buat anak dia yang sorang ni.


Dan hari tu saya isi dengan mengadap nota dan latihan ProbStat(Probability & Statistic) sampai la ke malam..


Hari Tasyrik


Hari Tasyrik adalah hari yang dilarang berpuasa…iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah…walaupun 11 Zulhijjah tahun ni jatuh pada hari Khamis, toksah la tiba-tiba jadi rajin nak puasa sunat pulok..Pada hari Tasyrik ni, umat Islam akan melakukan penyembelihan haiwan korban iaitu lembu, kerbau dan kambing.Unta pun boleh juga, tapi mano nak dapek unta kat Malaysia ni.Jarang dilakukan di sini. Kami ,warga UTP pun tak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah korban ni.


Dilaporkan sebanyak 6 ekor lembu dan seekor kerbau berjaya ditumbangkan..Alhamdulillah..(betul tak bilangan haiwan ni?kalau salah tolong betulkan..)Sembelihan bermula seawal lepas Subuh kalau tak silap. Saya pergi lewat l,ebih kurang pukul 9 pg..ehe.Masa sampai tu operasi melapah daging sedang dijalankan.Kaum Hawa macam biasa lah..kena sediakan bahan untuk masak daging korban…sebahagian terlibat dengan bahagian timbang menimbang daging mentah untuk diagihkan. Saya tolong part potong memotong. Kena potong daging.Nak kata pisau tak cukup tajam..awal-awal tu macam hancur je daging saya kerjakan..haha..nasib baik tak jadi daging kisar.Tapi lepas tu dah dapat pisau tajam..syok skit nak potong..Yang menariknya, ni kali pertama saya potong daging yang fresh yang betul-betul baru lepas sembelih. Daging tu masih panas dan nampak daging dia bergetar atau nampaka macam jantung tengah berdenyut nak senang cerita. Rasa macam tengah potong lembu hidup-hidup pulok..huhu serunnn(seram + gerun)..


Dalam pukul 12 macam tu..semua kerja dah hampir selesai..tinggal nak tunggu daging siap masak je..Masa tu pelajar-pelajar international yang terlibat untuk tolong sekali dalam ibadah korban ni, masing-masing duk bawa pinggan pergi kat kawah..adalah dalam 10 orang kot. Depa minta lauk…haha lawak antarabangsa…mesti dorang tengah lapar gilerr..ye la penat buat kerja.Agaknya dorang ingat lauk tu dah masak..nmpk mcm dah masak tapi sebenarnya tak masak sepenuhnya lagi, nak tunggu daging tu empuk dulu. Hampa depa,terpaksa makan angin dulu nak tunggu daging siap masak..Saya dan sahabat-sahabat lain balik dulu tanpa tunggu daging siap masak…Tak merasa la daging..tapi takpe la saya tak kisah sangat.Dapat tolong pun saya dah cukup gembira dan bersyukur..Lagipun rendang mak dan Mak Long menanti saya..tu yang tak berapa nak kisah sangat.Terima kasih mak dan Mak Long!susah payah tolong masak rendang untuk saya. Tak lupa juga kepada 4 orang anak dara Haji Kamaruddin yang semestinya kena tolong untuk siapkan rendang..ngeh3..


Akhir kalam,saya sajikan sahabat-sahabat dengan video takbir raya UTP..rakaman di buat dia masjid An-Nur UTP..sama-sama kita hayati takbir raya ni bersama dengan maknanya sekali. Wallahu’alam..


video


p/s: Saya akan bertempur hari Sabtu ni..doakan saya berjaya di medan imtihan ye!

Tuesday, November 16, 2010

Bebas Palestin

Assalamualaikum..

Umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Aidil Adha..apa khabar saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Jogjakarta dan lain-lain...jangan kita lupakan mereka di sana yang berada dalam kesulitan dan kesusahan...sentiasalah mendoakan mereka di sana dan jadilah kita hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang Allah kurniakan..

Jadi..Aidil Adha pada kali ni merupakan kali pertama saya sambut raya di perantauan iaitu di Toronto Tronoh..dek kerana minggu final exam..tak dapat nak balik rumah..apa2 pun kami di sini tak ketinggalan meraikan Aidil Adha..esok (17 Nov) solat raya di masjid An-Nur akan bermula pada pukul 8 pagi dan korban akan dibuat pada hari berikutnya iaitu pada 18 Nov..tak sabo nk join..leh tolong masak2..kaum Adam tolong lapah daging korban dan bahagi2kan daging korban tersebut..


Bagi mengingati saudara-saudara kita di Palestin..jom tonton video di bawah ni.. dengan tema lagu "Bebas Palestin" yang dinyanyikan oleh gabungan beberapa kumpulan nasyid tanah air iaitu Rabbani, Inteam, Saujana dan Nowseeheart.Jom kita hayati!

video


~SALAM AIDIL ADHA~

Thursday, November 11, 2010

Khas Buat-buat Adik2 Sekolah Rendah dan Menengah Rendah-KHEMAH IBADAH 2010!!!Jom Sertai Ramai2~~




Panjangnya tajuk entri..

Haa buat adik-adik di luar sana..apa tunggu lagi..jom ramai2 sertai Khemah Ibadah 2010.Pakcik2 dan makcik2 moh sume daftarkan anak masing2...abang2 dan kakak2 moh pujuk adik2 sertai Khemah Ibadah 2010..Isi masa cuti sekolah adik2 dengan aktiviti yang bermanfaat dengan sertai Khemah Ibadah 2010!


PENDAFTARAN UNTUK KHEMAH IBADAH 2010

KINI DIBUKA!!

DIADAKAN DI

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS


BERTARIKH

19 DISEMBER – 23 DISEMBER 2010


14 DISEMBER — 18 DISEMBER 2010


TERBUKA KEPADA ADIK-ADIK / ANAK-ANAK

LELAKI & PEREMPUAN

BERUMUR LINGKUNGAN 10—15 TAHUN


RM 150 SEORANG SAHAJA!! (murahkan..untuk 5 hari)


Pengenalan Program:

Mempunyai anak-anak yang soleh adalah impian dan harapan setiap pasangan suami isteri. Hanya doa anak-anak soleh sahaja yang dapat menolong kedua ibu bapanya di alam barzakh. Dalam pembentukan sesebuah keluarga cemerlang sudah tentu ahli-ahlinya perlu mempunyai ciri-ciri muslim; dimana kedua ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak berasaskan prinsip Islam.


SEBARANG PERSOALAN, SILA HUBUNGI:
EN ADILEY (05-3688503)
Alamat Urusetia :
Pejabat Unit Pentadbiran Masjid
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh, Perak







KHEMAH IBADAH BEST~~

Tuesday, November 2, 2010

Kehidupan Selepas Mati

Assalamualaikum..

Alhamdulillah InFUD 2 dah pun selesai dengan jayanya. Tahniah kepada pengarah InFUD, Sdr Harith Hasyimi serta ajk pelaksana InFUD. Walau bagaimanapun kehadiran pelajar UTP pada kali ini tidak memberangsangkan(maksudnya jangkaan saya ramai yg akan dtg meleset sama sekali)berbanding dgn InFUD yang pertama. Pada kiraan saya dlm tambah tolak 1000 orang je yang datang.(seyes saya kira ni..tp randomly la..huhu). Maksudny separuh berbanding thn lepas. Takpe2..bagi saya ini bukan la kayu ukur kejayaan InFUD pd kali ini tpi kefahaman mengenai agama lain tujuan utama InFUD ni diadakan di samping mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan pelajar UTP yang berbilang agama dan bangsa.

Jadi di sini, suka untuk saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang saya dapat drp InFUD kali ni. Rasa mcm tak bnyk je saya faham. Ye la bukan senang kot nk faham dalam hanya masa lbh kurang 2 jam.

Sudut Pandangan Kristian

Apa yg saya faham daripada penyampaian Dr. William, lepas mati, ada tiga tempat dorang akan pergi. Samada neraka, syurga atau purgatory.Purgatory ni terletak kat tengah2 antara neraka dan syurga. Orang tu dia tak layak ke neraka dan tak layak gak ke syurga(huh mcm mane tu?seimbang kot amalan baik ngn jahat dia.)Jadi kat sini berlaku lah proses penyucian atau purification sebelum dorang betul2 boleh masuk syurga. Jadi tu secara kesuluruhan yang saya faham tentang kehidupan selepas mati dari sudut pandangan Kristian.

Sudut Pandangan Buddha

Pernah tak tgk citer cina lama2. Cam citer Chinese Ghost Story ke.Kalo tak silap dlm cerita tu, ada sorang hantu perempuan yg jelita ni, yg abu mayat dia tertanam kat tempat hantu jahat(ntah tak tau nk ckp cane).Lepas tu, ada sorang laki muda ni masuk kat hutan ni, kat kwsan hantu2 ni la. Hantu pmpuan ni pun minta tolong laki tu pindahkn abu mayat dia..kalau tak nnt dia tak kan dilahirkan semula. Ada gak kadang2 tu kalau tgk cerita cina, dorang ckp semoga kita akan bertemu dalam kehidupan yang akan dtg. Maksudnya kat sini Buddhist percaya bahawa lepas mati dorang akan dilahirkan semula di kehidupan lain. Ada 4 cara kelahiran semula Buddha. Pertama,sebagai egg(cth lahir sbg ayam ke..itik ke..), kedua,sebagai womb(lahir semula sbg manusia), ketiga sebagai moisture(cth:lahir semula jadi katak) dan akhir sekali spontaneous(mksdnya lahir into devas world-world of divine/god). Kelahiran semula sebagai apa, bergantung kepada amalan2 seseorang sekarang. Sbgai contoh, kalau nk dilahirkan sebagai seorang yg cantik, dalam kehidupan sekrang ni dia kena la selalu pergi temple,beribadat ke or do any beautiful things. Atau dalam BI nya, konsep kepercayaan Buddha ni dipanggil Rebecoming seperti yg diberitahu Dr.Vijaya.

Sudut Pandangan Hindu

Secara jujurnya, antara 3 agama(Kristian, Buddha, Hindu), saya paling tak faham kefahaman agama Hindu. Masa InFUD 1 dulu pun cam tu gak. Mungkin cara penyampaian speaker yg tak efektif, sekadar baca dari slide dan ckp laju sgt. Tapi apa yang saya faham kepercayaan Hindu lebih kurang mcm kepercayaan Buddha.Ia dipanggil Rebirth or Reincarnation. Walaupun nmpk mcm sama tapi ada byk perbezaan dr segi cara kelahiran semula yang mana saya pun tak tau. Jadi tak blh nk ckp banyak2. Nanti salah pulak.

Sudut Pandangan Islam


Dan speaker terakhir pada malam itu ialah Hj Nicholas Sylvester. Beliau menggunakan logik akal. Kehidupan ini ada sebabnya. And there must be evaluation of the purpose of life. Bayangkan kalau kehidupan ni takde tujuan dan penilaian. Sudah tentu tiada perbezaan antara yg jahat dan yang baik. Bunuh diri dan membunuh akan jadi neutral and morality become useless.Right?Dan syurga atau neraka adalah kesudahan kita. If we past the test, we get heaven dan sbaliknya.Because life in earth is only a test.

'Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan Arsy-Nya di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Jika engkau berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kamu mati" nescaya orang-orang yang kafir itu akan berkata, "Ini hanyalah sihir yang nyata."'

(Surah Hud, Ayat 7)


Jadi, ini lah sedikit sebanyak perkongsian yang tak seberapa yang dapat saya kongsikan. Sesi soalan dibuka agak lama dan berbaris panjang orang nk tny.Tapi sebab masa tak cukup, tak semua berpeluang utk bertanya.Walau bagaimanapun, salah sorang speaker bgtau, dalam banyak2 universiti dia pergi, soalan drp UTP yang paling mencabar dan intelektual. Soalan2 yang ditanya juga lebih bersifat ingin tahu dan jujur serta bukan bertujuan untuk mencabar speaker berkenaan.

Akhir kata, semoga InFUD dapat diteruskan pada sem akan datang dan menjadi event 'wajib' di UTP.Wallahualam.


KENALI SPEAKERS InFUD



Muslim speaker:Hj.Nicholas Sylvester@Muhammad Abdullah.Saya masih ingat lagi, masa di UIA dulu beliau pernah dijemput sebagai speaker untuk forum Religious Tolerence yang dianjurkan oleh PERKIM.



Christian speaker:Dr. Wlliam Lau. Beliau juga merupakan speaker untuk InFUD yang lepas.



Buddhist speaker:Mr. Vijaya Samarawickrama. Penyampaian beliau memang bersahaja dan banyak berseloroh.



Hindu speaker:Dr.M.Bala Tharmalingam.No Komen.huhu