Monday, July 26, 2010

Enjin Carian Islam "I'm Halal"


Tentunya di Malaysia masih belum meluas penggunaannya. Ia adalah enjin carian Islami I`m Halal, sebuah mesin pencari (search engine) Islami pertama di dunia yang dibina oleh seorang Mahasiswa Amsterdam (Belanda), Reza Sardeha. Beliau merupakan mahasiswa Pengurusan Perniagaan yang baru berusia 20 tahun.

Usaha anak muda ini patut dicontohi insan Muslim lain sebagai tindakan realiti yang berusaha membangunkan dunia Islam berbanding mereka yang hanya sibuk bercakap tanpa melakukan apa-apa tindakan (sebagai peringatan buat diri ini juga, insya-Allah).

Pelancaran enjin carian Islami pertama ini mendapat sambutan luar biasa bukan hanya daripada kalangan masyarakat Islam, tetapi juga daripada kalangan bukan Islam, seperti yang dikatakan oleh pengasas The Times, “Kami mendapat banyak maklum balas positif daripada bukan Islam yang mengatakan akan menggunakan imhalal.com sebagai homepage agar anak-anak mereka melayari internet tanpa membuka halaman yang tidak selayaknya.”

Reza Sardeha mengatakan bahawa beliau memperoleh ilham membuat laman web ini setelah beliau dan kawannya bertungkus lumus mencari maklumat-maklumat yang lebih spesifik mengenai mesin pencari konvensional seperti Yahoo! dan Google.

Apa yang menariknya, enjin carian I'm Halal ini bekerja dengan menempatkan istilah pencarian yang diberikan ‘peringkat haram’ dengan menunjukkan bahawa ada hasil yang dicari menyentuh perkara yang dilarang oleh Islam.

Penapis (filter) yang digunakan bersifat statik tetapi terdiri daripada tiga lapisan berbeza yang berfungsi untuk memberikan pengguna sebuah mesin pencari terbaik mengikut syariat.

“Pertamanya, kami telah memblok seluruh pencarian yang secara jelasnya berkaitan seksual. Sebelumnya kami juga telah berdiskusi dengan beberapa imam (ulama) untuk menentukan yang mana yang haram sehingga harus diblok. Untuk pencarian istilah babi, binatang yang tidak boleh dimakan, akan keluar peringatan bahawa kata tersebut masuk sebagai ‘haram peringkat satu’, dan pengguna akan diberitahu bahawa hasil yang dicari adalah tidak baik. Pengguna tersebut kemudian diberi pilihan untuk melihat hasil lainnya atau menggantikan pencariannya," jelas Reza Sardeha.

“Kami berharap moga dalam masa sekitar satu tahun enjin carian kami akan menjadi yang paling banyak digunakan di Timur Tengah dan menjadi enjin carian ketiga yang paling banyak digunakan di dunia,” katanya.

“Selain pencarian, kami juga akan mengetengahkan kemudahan tambahan dalam waktu terdekat ini seperti Widgets Islam," ujar beliau lagi.

Untuk mengetahui informasi lengkap tentang I`m Halal ini sila berkunjung ke http://www.imhalal.com/blog


Sumber: malaysiaharmoni.com

Sunday, July 25, 2010

Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Kita Berbudi, Tanah Berbahasa..Erkk~~

Alhamdulillah..saya baru je dapat merasa pengalaman masuk ke kebun..nk panggil kebun ke dusun ea?dusun kot sbb dusun selalunya untuk buah-buahan kan?kebun lak untuk sayur-sayuran..betul ke ni?orang lain dah banyak kali masuk dusun tak kecoh pun.Dusun yang kami pergi tu, dusun Pak Long saya. Bosar gak dusun Pak Long.Saya pergi dengan abah dan ditemani oleh 3 orang pekebun budak laki iaitu adik saya, Dzakwan dan 2 orang adik sedara, Mustaqim dan Abdul Rahman…

Banyak gak buah dokong yang kami dapat..duku langsat adalah sikit2 tak banyak..durian plak stakat dapat 8 biji je oklah tuh daripada takde langsung..pulasan lak banyak tak masak lagi..manggis kami makan kat situ je ngeh3..dsbbkan berkebun tgahari buta..habis rentung sunburn kulit saya..badan sakit2 kena angkut buah2 tu…badan calar sana sini..biasa la tu first time kan…kalau saya penat…abah saya lagi penat berganda ganda…baper banyak pokok abah panjat..gagah perkasa abah den ni..walaupun tua tapi fizikal macam orang muda..cewah..abah jgn kembang lak nur puji2 ni..budak 3 orang tu penat main je lebih…bukan nk tolong…memang hangin satu badan den..kejap2 kene jerit bagi arahan macam komander….”awann meh rr tolong kutip buah ni..main je baik takyah ikut!”…”amannn buat ape tuhhh..g tolong pak ngah tu ha!”…”woii apa bising2 kat dalam hutan ni..cepat sikit buat keje!” ..keganasan kegarangan ku terserlah kejap.haha..mana tak nya..orang penat buat keje dia boleh plak main2..

Dalam perjalanan balik dari dusun tu sempat lagi sok sek sok sek ngan abah..”Abah, lepas ni kitaorg cipta alat yg boleh terbang tuh..sonang skit nk amik buah tu..takyah panjat2..”…”takpun cipta alat yang tanam kat dalam tanah tuh..tekan butang je dia naik ke atas…” lebih kurang mcm tu lah perbualan kami..tak mustahil alat2 ni akan dicipta untuk memudahkan para petani pada masa hadapan..abah ada tambah lagi…dulu dia kerja sebagai Agriculture Assistant (AA) atau Pembantu Pertanian kat Jelebu..masa tu banyak projek pertanian yang berjalan..anak2 muda pada masa tu rajin2 belaka..tapi sekarang tiada anak muda nak buat kerja2 kampung macam ni..tinggal yang tua-tua je..Masa dalam perjalanan ke dusun selisih dengan sahabat lama abah, motornya terpalit dengan lumpur kering..tangannya kasar, kelihatan masa bersalaman dengan abah…kata abah..tinggal dia sorang je yang rajin nak teruskan kerja2 kampung ni..

Berbudi Kepada Tanah

Berbudi kepada tanah ni tak sia-sia...walaupun terpaksa tunggu lama untuk pokok membesar dan membuahkan hasil..tetapi hasilnya cukup memuaskan..ramai dapat menikmati buah yang manis tu termasuklah haiwan2 seperti burung..tupai dan sebagainya..begitu juga dalam kita berdakwah..berdakwah bukannya mudah..dakwah ni suatu jalan yang panjang..kita mungkin tidak dapat ‘buah’nya sekarang tetapi mungkin ia akan ber’buah’ pada masa hadapan…Seperti mana umat Islam telah berusaha selama 800 tahun dan selepas itu barulah Konstantinopel berjaya ditakluk oleh tentera Islam.



Kita bakal meninggalkan dunia suatu hari, jadi dunia seperti apa yang kita mahu tinggalkan kepada generasi selepas kita. Adakah dunia yang penuh dengan kemaksiatan kepada Allah ataupun dunia yang penuh dengan ketaatan kepada Allah. Sesungguhnya kita bukanlah yang memulakan tetapi penerus kepada rantai perjuangan Rasulullah SAW.insyaAllah..


Galeri Balik Kampung

Operasi menyembelih ayam kampung..
sebanyak 7 ekor ayam kampong menjadi korban pada hari itu..
Kelihatan imam muda Aman memegang ayam manakala imam muda Awan
menenangkan ayam yang akan disembelih..

Walau bagaimanapun proses penyembelihan dilakukan oleh orang lain..huehhehe..
Wan Mengkan pegang ayam, abah sembelih..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....

Jalan ke dusun..

Dah sampai dusun..setup barang..

Kelibat 'tarzan'...huhu
Abah memanjat pokok dengan selamber nyerr..

uishh banyak lagi nk kena 'bersih'kan ni...

operasi mencari durian..

sodap ea...malangnya tak gugur lagi..

yang ni bukan dusun..ni pokok rambutan kat umah Wan Pianggu..

nyum2...

yang ni pokok ape??no idea..


ps:dalam kita syok melantak buah..jangan lupa baca Bismillah..

Tuesday, July 20, 2010

Dahsyatnya Doa Ibu



Pemuda Derhaka Meninggal Dunia dalam Husnul Khatimah

Amin dan Adi merupakan adik-beradik kandung. Mereka lahir dalam keluarg yang taat beragama namun tingkah laku mereka berbeza. Amin, si abang sejak kecil dikenali sebagai seorang yang baik dan banyak menghabiskan masa di masjid. Si adik, Adi pula seorang yang nakal sejak kecil dan sejak usia remaja sudah mula berjinak-jinak dengan tempat maksiat. Hampir setiap hari dia mabuk dan melakukan pelbagai maksiat.

Ibunya yang kini lanjut usianya hanya mewarisi kedai peninggalan arwah bapanya. Selama ini ibunya yang menjada kedai dan berusaha membesarkan kedua-dua orang anaknya. Melihat tingkah laku anaknya yang tetap tidak mahu berubah, ibunya berasa sedih yang tidak dapat digambarkan. Adi bukan sahaya mencuri di rumah orang lain tetapi dia turut mencuri wang dan barang kemas ibunya sendiri. Ibunya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memohon daripada Allah yang Maha Kuasa semoga anaknya mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang lurus.

Pada suatu hari, Adi pulanh ke rumah dan memohon bahagian harta pusaka peninggalan bapanya. Dia berkata kepada ibu dan abangnya dia mahu menggunakan wang itu bagi memulakan perniagaan. Ibu dan abangnya merasa lega dan gembira kerana mereka menyangka Adi insaf dan mengubah cara hidupnya. Alangkah terkejut dan marahnya mereka apabila mengetahui perniagaan yang mahu dijalankan itu adalah rumah pelacuran. Ibu dan abangnya tidak bersetuju dan enggan memberikan wang kepadanya.

Pada malam hari, secara senyap2 Adi masuk ke dalam bilik ibunya dan mencuri dokumen harta pusaka bapanya. Ibunya terjaga daripada tidur dan sempat melihat Adi mencuri dokumen itu. Dia cuba menghalang Adi tetapi Adi menendang ibunya dengan kasar. Dalam kesakitan, ibunya berdoa, "Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada anakku Adi, semoga dia kembali ke jalan yang Engkau redhai."

Selepas kejadia itu, Amin merenung nasib dirinya. Tiba-tiba satu suara halus berkata-kata kepadanya, "Sejak kecil engkau sentiasa melakukan kebaikan dan rajin beribadah. Engkau mendapat tempat di hati masyarakat tetapi engkau tidak merasa sedikit pun nikmat dunia. Lihatlah adikmu, dia puas menikmati hidupnya. Dia gembira dengan ramai wanita di sekelilingnya. Engkau sama sekali tidak merasakan kegembiraan itu. Mengapa engkau tidak mahu mengunjungi rumah pelacuran yang adikmu usahakan itu?Datang sekali sahaja, kemudian bertaubatlah. Engkau boleh membaca istighfar beribu-ribu kali dalam solat tahajud memohon keampunan daripada Allah. Bukankah Allah itu Maha Pengampun?"

Pujukan hawa nafsunya itu ternyata mempengaruhi fikiran Amin yang waras. Begitulah kerja syaitan yang menggoda manusia secara halus, ia masuk ke dalam aliran darah manusia dan memujuk manusia melakukan maksiat.

Dakam hatinya, Amin berkata, "Betul juga. Mengapa aku tidak mahu berhibur? Sekali-sekala apalah salahnya. Malam nanti aku akan pergi ke rumah pelacuran itu. Selepas berseronok seketika, aku pulang dan bertaubat. Bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Pengampun?"

Pada waktu yang sama di rumah pelacuran, Adi juga termenung dan memikirkan untung nasibnya. Dia mulai bosan dengan kehidupan yang dijalaninya selama ini. Hati nuraninya berkata, "Bertahun-tahun aku hidup bergelumang dengan dosa. Aku melakukan segala jenis maksiat. Sampai bila aku hendak hidup begini? Keluargaku membenciku, masyarakat juga membenciku. Mengapa aku tidak cuba menjadi baik seperti abangku? Sekiranya aku terus hidup begini, aku pasti masuk neraka kelak sementara abangku masuk syurga. Tidak, aku tidak boleh terus hidup dalam maksiat!"

Dia terbayang apa yang kelak akan terjadi pada dirinya apabila dia mati. Dengan itu, dia bertekad hendak mengubah kehidupannya. Hatinya berkata, "Aku mesti mengubah hidupku ini. Selepas maghrib nantu, aku hendak pergi ke masjid di mana abangku selalu solat. Aku mahu solat bersama-samanya dan aku mahu bertaubat. Aku mahu kembali ke pangkuan Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku selama ini."

Pada malam itu, kedua-dua adik beradik itu melaksanakan niat masing-masing. Sesudah mengerjakan solat Maghrib di masjid, Amin pulang ke rumah mengganti baju dan kemudia dia menuju ke rumah pelacuran adiknya. Sementara itu Adi sudah mula meninggalkan rumah itu dan berjalan menuju ke masjid.

Apabila Amin sampai di rumah pelacuran itu, dia mencari-cari adiknya tetapi tidak berjumpa. Amin meneruskan niatnya dan hanyut dengan maksiat di rumah pelacuran itu. Pada waktu yang sama, Adi samapi di masjid. Dia bertekad hendak bertaubat, lalu dia terus mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Adi mencari-cari abangnya tetapi ternyata Amin tiada di situ. Orang yang berada di masjid itu juga tidak tahu di mana abangnya. Adi meneruskan niatnya dan mengerjakan solat. Sesudah solat, dia beristighfar sebanyak-banyaknya sambil air matanya bercucuran dengan penuh penyesalan. Tiba-tiba bumi bergoncang dengan hebatnya.

Di sekelilingnya orang menjerit ,"Gempa bumi! Gempa bumi!"

Semua orang panik dan lari bertempiaran keluar dari masjid dan rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri. Adi yang larut dalam wirid dan doanya tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya, malah dia tidak dapat merasakan gempa yang hebat itu. Pada malam itu, banyak bangunan yang runtuh termasuk masjid dan rumah pelacuran milik Adi.

Keesokan paginya, orang ramai sibuk mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan. Ada yang masih bernyawa dan ramai yang terkorban. Orang ramai turut menemukan mayat Amin dan seorang pelacur dalam keadaan yang memalukan. Adi turut terkorban dalam runtuhan masjid. Orang ramai menemukan mayatnya dengan kedua-dua belah tangannya memegang Al-Quran di dadanya.

Orang ramai yang mengenali kedua-dua adik beradik itu menitiskan air mata melihatkan keadaan Amin dan Adi tetapi mereka kehairanan mengapa mayat Amin berada di rumah pelacuran sementara mayat Adi pula berada di dalam masjid. Amin yang selama hidupnya adalah seorang ahli ibadah mati dalam keadaan tragik dan memalukan. Sebaliknya, Adi yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat, mati dalam husnul khatimah.

Ibunya menangis tanpa henti apabila menerima berita kematian kedua-dua orang anaknya. Kesedihannya bertambah apabila melihat mayat Amin yang terkorban dalam pelukan seorang pelacur. Barulah dia sedar selama ini dia tidak pernah mendoakan Amin kerana menganggapnya anak yang soleh. Dia terlupa memohon daripada Allah supaya Amin tetap taat dan istiqamah.

Doakan Semua Anak-anakmu

Perisitwa ini memberi pengajaran yang berharga kepada kita. Kematian itu datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Hanya Allah yang mengetahuinya. Dengan itu, jangan sekali-kali kita menuruti hawa nafsu. Siapa tahu, sewaktu kita sedang melakukan kejahatan, pada waktu itulah maut datang menjemput kita. Nauzubillah, semoga Allah sentiasa menjaga kita dan memberikan kematian yang baik buat kita semua.

Wahai ibu-ibu, doakanlah kesemua anak-anakmu semoga mereka memperoleh kebaikan di akhirat dengan husnul khatimah. Walaupun seburuk mana kelakuan anakmu ataupun sebaik mana mereka, janganlah lupa untuk mendoakan mereka.

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
" Tiga jenis doa yang mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua
untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi."
~riwayat Bukhari dan Muslim~

Sabda Rasulullah saw:
"Doa orang tua untuk anaknya sema dengan doa nabi untuk umatnya."
~hadis laporan ad-Dailami~



(dipetik dari buku "Dahsyatnya Doa Ibu" oleh Syamsuddin Noor)




Friday, July 16, 2010

Orang Mesir Nak Balik Umah Dah~~

Assalamualaikum wbt...

Sebai di mai?sebai di??Alhamdulillah..wah berminggu lama blog ni tak dikemaskini..sem baru hampir bermula lebih kurang seminggu lagi..tapi tanggungjawab sebagai komiti untuk Ramadhan Discovery 2010 memerlukan saya balik awal..takpe saya redha..cuti semester selama sebulan sudah kira cukup bagi saya..pelbagai pengalaman saya dapat masa cuti ni..bermula dengan menjadi fasi untuk anak-anak yatim dari Takbai, kemudian menjadi fasi untuk program Kem Remaja Islam Soleh(KERIS) yang terdiri drp peserta dr umur 7-14 tahun dan seterusnya program P'RINTIS SARA ABIM untuk pelajar Sekolah Agama Rakyat Abim N9 yg terdiri drp pelajar darjah 4-6...bukan senang untuk mengawal adik-adik ni...kalau sebelum ni selalu berprogram dengan adik-adik sekolah menengah..tapi kali ni saya belajar plak cara nak handle adik-adik sekolah rendah yang sangat aktif..walaupun penat tetapi seronok bersama-sama dengan mereka...

Adik2 grup saya..KERIS


Alhamdulillah..baru2 ni dapat mesej daripada Mesir..abang sulung saya yang blajar di sana dah pun habis blajar..Ijazah Takhassus Al-Quran dan Qiraat..dan result dia pun Alhamdulillah..najah dan sofi belaka..mabruk Anas(saya xpanggil abg saya dgn panggilan 'abg'..ko..aku..je..huehehe..ni menunjukkan betapa rapatnye kami..keh3)..kabarnya balik sebelum raya..takpe lah..duk la lama2 sikit..gi talaqqi ye Nas..nnt kongsi2 la ilmu ngn ktorg(baru ingt nk suh dia tlg jadi ustaz utk kelas The Qurra' tp balik lambat plak)...xpe lah nnt nk shopping barang nak bawa balik Msia jgn lupa bgtau..nak kirim gak..haha..

Dulu b4 dia exam., dia ngn kawan2 dia sempat g buat umrah..jeles2..bila lak giliran saya..insyaAllah kalau ada rezeki dan umur yang panjang, kalau diizinkan Allah...mudah2an saya dapat jejakkan kaki kat Mekah...pergi satu family ramai2..mesti syok kan..ameen..

Dah takde ape nak tulis pun...saje je nak update blog ni..keh3..pendek kata rajin2 la blajar dan menuntut ilmu..masa blajar ni la paling best..kita blh buat macam2...nnt dah keje tak seronok dah sbb duk ngadap benda sama je...lain la kalo kita kerja sendiri..ce kalo terikat ngn kerajaan..lagi lah payah..Jadi manfaatkan la masa blaja ni elok2...Hormat guru,jangan kurang ajar ngn orang yang dah bagi ilmu kat kita..ye la budak2 zaman skang ni tak sama dah ngn budak zaman dulu yang hormat guru..dulu mana ada kes budak pukul cikgu, ludah cikgu ke...tapi skang ni..toksah citer la...macam2 jadi..jadi karier sebagai pendidik zaman kini teramatlah mencabar..buat bakal pendidik plak..kena la persiapkan mental dan fizikal sebelum jadi pendidik..blaja la silat ke..sumo ke...taekwondo..kendo..ninja dan mcm2 lagi lah..ehe acah je..mcm citer Gokusen la plak(tp ni lagi hebat..cucu Yakuza..)


Gambar lama..masa mula2 kat Mesir dulu..



Depan masjid Nabawi..masa ziarah sahabat2 dia kat Madinah..


ps:sape nk isi borang..bleh la..ada 4 kosong..hahaha(sekadar gurauan semata-mata..jgn marah Nas)