Thursday, November 18, 2010

Aidiladha di UTP

Assalamualaikum..

Sekali lagi entri berkenaan dengan Aidiladha..raya tak sudah-sudah..padahal nak exam dah ni. Bukan apa, saja nak berkongsi cerita bagaimana sambutan Aidiladha kat UTP ni memandangkan ni kali pertama dalam sejarah saya tak balik raya(sedih woo~~)…tapi bak kata akak saya..ini lah pengorbanan saya..terima kasih kakak ku..kata-katamu telah memberiku sedikit semangat(sikit je lah..ehe).


Hari pertama Aidiladha,10 Zulhijjah atau bersamaan 17 November, bajet dengan Ain nak pergi masjid pkul 7.40 pagi..tapi biasa la..7.40 pagi kami akan jadi 7.50 pagi..haha..lalu dengan menaiki motor kami pun merempitlah ke masjid. Ramai yang baru nak ke masjid masa tu. Siap berbaju raya lagi,tak kira kaum Adam apatah lagi kaum Hawa. Baru ku tau ramai juga pelajar UTP berkorban tak balik rumah gara-gara exam. Bila di interview, rata-rata kata ni first time raya kat UTP. Alhamdulillah merasa la juga raya kat UTP kan. Apa salahnya sekali sekala kita selami perasaan sahabat-sahabat kita kat oversea yang selalu tak dapat balik beraya di Malaysia. Oh memang sebak sekali.isk3..Lepas habis solat raya, destinasi utama ialah bilik..hehe. Telefon rumah. Anas, abang sulung yang angkat telefon. Katanya dorang tengah siap-siap nak balik kampung.


“Semua ada..ko sorang je takde..12 orang je la sume..”


Adoyai lagi haru den donga..Lepas tu minta cakap dengan abah..Terdengar suara Anas cakap..


“Mak..Nur nangis..”


Memandai je cakap den nangis..padahal belum nak start nangis lagi..ehe.Bila cakap dengan Abah air mata dah mula bergenang.Tapi control ..bajet macam tabah..eceh..bermaaf-maafan di pagi raya dengan abah kat telefon aje lah..tak dapat nk salam,cium dan peluk abah. Lepas tu cakap dengan mak pula…masa ni air mata tak bergenang dah tapi dah laju je keluar..tapi boleh control suara lagi…


“Dah makan ke?Makan ape?”


“Dah..makan roti je..”


“Alahai kesiannya..takpe nanti esok mak kirim rendang ngan lemang kat Anan..”(yey!Alhamdulillah..)


Perbualan kami tak lama sebab dorang nak balik kampung dah..saya akhiri dengan mohon maaf kat mak dan mohon iringan doa seorang ibu buat anak dia yang sorang ni.


Dan hari tu saya isi dengan mengadap nota dan latihan ProbStat(Probability & Statistic) sampai la ke malam..


Hari Tasyrik


Hari Tasyrik adalah hari yang dilarang berpuasa…iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah…walaupun 11 Zulhijjah tahun ni jatuh pada hari Khamis, toksah la tiba-tiba jadi rajin nak puasa sunat pulok..Pada hari Tasyrik ni, umat Islam akan melakukan penyembelihan haiwan korban iaitu lembu, kerbau dan kambing.Unta pun boleh juga, tapi mano nak dapek unta kat Malaysia ni.Jarang dilakukan di sini. Kami ,warga UTP pun tak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah korban ni.


Dilaporkan sebanyak 6 ekor lembu dan seekor kerbau berjaya ditumbangkan..Alhamdulillah..(betul tak bilangan haiwan ni?kalau salah tolong betulkan..)Sembelihan bermula seawal lepas Subuh kalau tak silap. Saya pergi lewat l,ebih kurang pukul 9 pg..ehe.Masa sampai tu operasi melapah daging sedang dijalankan.Kaum Hawa macam biasa lah..kena sediakan bahan untuk masak daging korban…sebahagian terlibat dengan bahagian timbang menimbang daging mentah untuk diagihkan. Saya tolong part potong memotong. Kena potong daging.Nak kata pisau tak cukup tajam..awal-awal tu macam hancur je daging saya kerjakan..haha..nasib baik tak jadi daging kisar.Tapi lepas tu dah dapat pisau tajam..syok skit nak potong..Yang menariknya, ni kali pertama saya potong daging yang fresh yang betul-betul baru lepas sembelih. Daging tu masih panas dan nampak daging dia bergetar atau nampaka macam jantung tengah berdenyut nak senang cerita. Rasa macam tengah potong lembu hidup-hidup pulok..huhu serunnn(seram + gerun)..


Dalam pukul 12 macam tu..semua kerja dah hampir selesai..tinggal nak tunggu daging siap masak je..Masa tu pelajar-pelajar international yang terlibat untuk tolong sekali dalam ibadah korban ni, masing-masing duk bawa pinggan pergi kat kawah..adalah dalam 10 orang kot. Depa minta lauk…haha lawak antarabangsa…mesti dorang tengah lapar gilerr..ye la penat buat kerja.Agaknya dorang ingat lauk tu dah masak..nmpk mcm dah masak tapi sebenarnya tak masak sepenuhnya lagi, nak tunggu daging tu empuk dulu. Hampa depa,terpaksa makan angin dulu nak tunggu daging siap masak..Saya dan sahabat-sahabat lain balik dulu tanpa tunggu daging siap masak…Tak merasa la daging..tapi takpe la saya tak kisah sangat.Dapat tolong pun saya dah cukup gembira dan bersyukur..Lagipun rendang mak dan Mak Long menanti saya..tu yang tak berapa nak kisah sangat.Terima kasih mak dan Mak Long!susah payah tolong masak rendang untuk saya. Tak lupa juga kepada 4 orang anak dara Haji Kamaruddin yang semestinya kena tolong untuk siapkan rendang..ngeh3..


Akhir kalam,saya sajikan sahabat-sahabat dengan video takbir raya UTP..rakaman di buat dia masjid An-Nur UTP..sama-sama kita hayati takbir raya ni bersama dengan maknanya sekali. Wallahu’alam..




p/s: Saya akan bertempur hari Sabtu ni..doakan saya berjaya di medan imtihan ye!

10 comments:

bintunQamar said...

x pe la beraya di sana. raya haji pun sehari je.
haa,x lamo lagi pun dah nak blik kan??

amacam? sedap x rendang?huhu
k, all the best 4 tomorrow!

Tablet Hati said...

em,memang menarik raye di UTP..
isma ngan rose dah survay2 rumah orang mne nk g terjah pagi raye tu nk cari rendangnye pasal, tapi xde rezki plak pagi tu..
tapi allah dah tulis rezeki kami hari raye kedua,akhirnye merase jugak rendang ayam mak zatil..thank you sangat2..ade lemang plak tu..rezeki betul kami satu rumah..

wardatuljannah said...

betul3...(gaya upin ipin)

syukran zatil..sedap hingga menjilat jari.. hehe

Adam Meerza said...

Alhamdulillah,Hanan balik, bolehlah
berkirim. Kalau tak mak dtg UTP hantar.

NURILHAM said...

to hatiku bermunajat & wardatuljannah:

Alhamdulillah..rezeki antunna dpt rasa rendang..mak memang sengaja bagi lebih nk bagi kat antunna tu..

Adam Meerza @ mak:

Terima kasih banyak2 mak!Nasib baik hannan balik..kalo tak mesti mak susah2 nk dtg sini.I LUV U MOM!ngee~~

Tablet Hati said...

o0oo0 mak zatil pun ade kat sini..

assalamualaikum mak cik~~ (^_^)
saye ismalina, umah sebalah zatil
yang makan rendang ayam mak cik
sedap sangat..habis bersih kami makan, macam tak cukup-cukup plak,
lemang pun sedap sangat..terima kasih banyak-banyak ye mak cik..

Syafiqah Najib said...

ain kate nak dtg amek kite sebelum subuh solat kat masjid, ape jadik ye subuh tu? kehkehkeh..

Adam Meerza said...
This comment has been removed by the author.
Adam Meerza said...

Alhamdulillah,
rendang yang tak seberapa tu dapat dinikmati bersama.
Hajat hati tu nak kirim macam2 lg, cuma masa tak mengizinkan nak prepare everythings. Itu sajelah adanyer..

Fatimah bintun Qamar said...

Dapat juga nur makan rendang di tengahari raya..haha..alhamdulillah^_^