Monday, May 31, 2010

Doaku Bersamamu

Alhamdulillah hari ini selesai sudah peperiksaan akhir untuk sem ini...Hanya mampu bertawakal kepada Allah selepas berusaha sebaik mungkin..

Ketika saya baru saja selesai 'ujian' ini...saudara kita di sana menerima ujian yang getir...aktivis bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla diserang Israel..berderau darah sebaik saja membaca mesej yang diterima daripada Ana:

"31 Mei, 1.30 pm waktu Malaysia - Israel rampas 6 buah kapal freedom frotilla, kematian 16 dan lebih 30 cedera ketika Israel serang pagi tadi, 65km dari pantai Gaza. Syeikh Raed Solah, pimpinan Palestin dilaporkan syahid. Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demo di depan kedutaan Israel. 12 sukarelawan Malaysia atas kapal mavi marmara.Teruskan berdoa!"

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bolehlah ke laman web Lifeline 4 Gaza dan juga Haluan Palestin.

Saya hanya mampu berdoa dari jauh buat saudara-saudara di sana. Sesungguhnya mati kalian adalah mati syahid. Teruskan berdoa wahai sahabat untuk saudara kita di sana dan memberi peringatan kepada yang masih tidak tahu mengenai perkara ini.


Hanya Takdir


Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir




video

Sunday, May 9, 2010

Who Is Your Best Friend??





Kalau ada orang tny..."Siapa sahabat baik anda?"..Tentulah saya akan jawab.."Emak,sudah tentu!"....Kenapa emak?kenapa bukan abah?kenapa bukan Siti?kenapa bukan Hawa..ahahaha..sebab emak adalah emaklah hehe...abah pun sahabat baik Nur gak...(hehe..abah jgn merajuk ea..)

Kalau perasan ada byk gak entri saya mengenai kasih sayang seorang ibu yang mana saya tujukan entri tu khas buat ibu saya sbnrnya..tp sempena Hari Ibu ni saya buat satu lagi entri khas untuk Mak..tp bg saya sebenarnya hari2 adalah Hari Ibu..bgaimana saya nk ungkapkan mengenai Mak ea??tak terkata plak..hari ni jari jemari saya tak baper ligat plak nk menari..bukan sbb tak da idea..tp sebab terlalu byk perkara untuk saya ceritakan mengenai Mak sampai tak tau nk tulis mana satu.....


Mak..
Mak slalu ada bila Nur kesedihan..
Mak ingat tak..
Masa Nur tak skor GPA yg Nur target masa sem lepas..
Nur telefon mak..
Nur minta maaf kat mak sebab dah kecewakan mak dan abah..
Masa tu Nur nangis..
Nur tak dapat cakap lama2 dgn mak..Nur letak telefon..
Mak call Nur balik...
Mak bg kata2 semangat kat Nur...
Mak lah motivator Nur......

Mak..
Mak tau tak..Nur kagum dgn mak...
Mak seorang yg tabah..
Mak seorang yg penyayang..
Anak mak sume blaja jauh2..
Tp mak sanggup drive kereta berjam-jam nak lawat kami..
Hari ni mak pergi ke Melaka kat Wais..
Esoknya mak pergi ke PJ kat Hawa...
Hari tu mak pergi Perak lawat Nur..
Mak pun pernah gak ke Kuantan lawat Siti kat sana..
Kalau kami nk balik ke U masing2...
Mak mesti masak lauk sedap2 untuk kami bawa balik..
Demi anak-anak mak..
Mak memang tak pernah kenal erti penat..




Mak..
Terlalu banyak pengorbanan yg mak curahkan..
Untuk anak2 mak..
Tak terucap dek kata-kata..
Tak terbalas dek perbuatan..
Segala pengorbanan mak...
Segala perit jerih mak besarkan kami 11 orang...

Mak...
Andai suatu hari nnt mak dah tak berdaya...
Nur akan sentiasa ada di sisi mak...
Bukan saja Nur..
tapi Anas..Amru..Siti..Hawa..Aina..
Uwais...Nabilah..Aiman..Dzakwan..Adam...
Kami anak2 mak akan menjaga mak..
Seperti mana mak menjaga kami...
Kami nk mak tahu..
Yang kami takkan sia2 kan kasih sayang mak...
Kami tak nak jadi anak derhaka....
Yang melupakan ibu mereka sendiri..
Kami tak nak jadi seperi Si Tanggang...
Derhaka terhadap ibunya....
Sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu...
Mak doaka kami...

Mak...
Andai suatu hari nnt Nur mengecap kejayaan...
Kejayaan tu adalah buat Mak...
Nur berdoa agar mak akan berada di sisi Nur..
Andai kata saat itu tiba...

Ya Allah...
ku bersyukur kepadaMu...
Rahmat kasih sayang-Mu telah kau hamparkan..
Melalui kasih sayang ibuku...
Kau ampunilah segala dosa ibuku...
Ya Rahman..Ya Rahim.....


Abu Hurairah ra berkata:Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW
dan bertanya:"Siapakah yang paling berhak untuk aku beri layanan dengan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab:"Ibumu."
Dia bertanya lagi:"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab:"Ibumu."
Dia bertanya lagi:"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab:"Ibumu."
Dia bertanya lagi:"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab:"Ayahmu."


Firman Allah SWT:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan bersusah payah dan melahirkannya dengan susah payah(pula)....
(Al-Ahqaf 46:15)





Friday, May 7, 2010

Pasangan Huffaz

Lebih kurang pukul 11 pagi hari ni, lepas je abis Test Dynamics terus cek henset kalau2 ada mesej..Ada 2 mesej..

Mesej pertama:"Salam.Nnt kalo bli lunch,bli kn kita sekali eik huhu."-my rumet(ni kes malas nk turun la ni sbb takda kelas..)

Mesej kedua:"Slm ztl, tgkla kajed lam mega utusan harini :D" - k.zed

huh kajed masuk paper ke??(tertanya-tanya..).nampaknya hari ni kena beli paper la..slalunya baca online je..lepas abis kelas vector pkul 12 tu..pegi beli mknn n cari paper kat kiosk..takda..kne tgk on9 lorr nmpknya..

belek2 akhbar online tu tetibe nmpk gambar 2 pasangan merpati 2 sejoli yg sememangnya dikenali dgn tajuk besar dia "Pasangan Huffaz"...belum sempat baca isi berita lagi..trus mesej kajed..

"kajed!perghh besorr gambor!bangga woo kawan masuk paper!"

pastu simple je kajed balas.."haha klako la ztl ni :D.."

lepas baca isi berita tu..Alhamdulillah benor belaka...sama mcm kajed penah citer dulu..

ni berita tu..silalah baca kalo rajin...tapi kalo tak rajin baca gak...jgn riso berita ni tak bosan..haha


Tenang ‘dihiburkan’ ayat al-Quran


Pasangan huffaz bakal doktor


TENANG dan mengasyikkan. Demikianlah ungkapan bagi menggambarkan suasana majlis menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-31 di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MTIC) Ayer Keroh, Melaka.

Bertema ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’, majlis itu menyaksikan persaingan yang hebat di antara para hafiz dan hafizah dari seluruh Malaysia yang berlangsung pada 21 hingga 25 April lalu.

Apa tidaknya, hampir sepanjang masa para hadirin diperdengarkan bacaan al-Quran oleh para huffaz yang mewakili negeri masing-masing.

Berada di dewan itu ‘melupakan’ seketika segala gundah-gulana dan pelbagai masalah yang bersarang dalam kepala.

Ia mengesahkan lagi kebenaran ayat Allah sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28)

Seramai 73 peserta menyertai majlis ini dengan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu hafazan dari 1-10 juzuk beserta tarannum, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk beserta tafsir.

Pada tahun ini, satu kategori baru diperkenalkan iaitu hafazan dari 1-10 juzuk beserta tarannum. Walaupun ia merupakan kategori baru, namun para peserta dapat menyampaikan bacaan dengan cemerlang.

PESERTA suami isteri yang mewakili Sarawak bagi kategori 1 ke 10 juzuk, Ahmad Fikri Morshidi, 21, dan Nur Izaidah Ishak, 21, adalah bukti golongan hafiz juga boleh menguasai bidang profesional.

Pasangan muda yang melangsungkan perkahwinan pada Julai 2009, kini menuntut dalam tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Pahang.

Kata Fikri, kejayaan yang dicapai itu adalah hasil dorongan ibu bapa terutama bapa yang mahukan anak-anaknya hafal al-Quran.

“Kata ayah, al-Quran itu mukjizat. Kalau kita menjaganya, Allah akan menjaga kita. Alhamdulillah, kata-kata itu terbukti kini,” jelasnya.

Beliau mula menghafal al-Quran sejak usia 10 tahun di Maahad Sri Madani, Kuching, Sarawak.

Perjalanan Fikri sebagai hafiz melalui banyak cabaran. Lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa berhenti sekolah di tahun empat untuk menumpukan kepada menghafaz al-Quran.

“Saya berhenti sekolah dari umur 10 tahun kemudian masuk semula pada tahun enam untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Alhamdulillah saya dapat 6A dalam UPSR, termasuk Bahasa Arab kemudian 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 9A1 dan 1A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki matrikulasi UIAM,” tambahnya.

Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik membolehkan Fikri dipilih sebagai penerima Anugerah Ibnu Sina semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Kuching.

Sementara itu, Nur Izaidah adalah lulusan program persijilan tahfiz Darul Quran di Kuala Kubu Bahru, Selangor. Menamatkan hafazan 30 juzuk dalam tempoh satu setengah tahun.

Beliau juga pernah mewakili Sarawak dalam majlis menghafaz al-Quran Sekolah Rendah peringkat kebangsaan pada tahun 1999 dan 2000.

Pada majlis peringkat negeri mereka bertemu buat kali pertama sebagai peserta hafazan. Nur Izaidah mewakili Miri dan Fikri mewakili daerah Kuching.

Menurut Fikri, pada ketika itu beliau bersaing dengan adik Nur Izaidah bagi kategori 1-10 juzuk.

“Semasa itu, emak ada mengambil gambar Nur Izaidah. Bila di rumah saya ada melihat gambar itu tetapi tidak tahu siapa dia.

“Rupa-rupanya ditakdirkan Allah, beliau menjadi isteri saya selepas kira-kira 10 tahun gambar itu disimpan di rumah,” katanya senyum mengimbau saat manis itu.

Selain persamaan dalam pengajian dan sebagai hafiz, pasangan suami isteri ini juga adalah anak ketiga daripada lima adik-beradik dalam keluarga masing-masing.

Lebih manis lagi, adik-beradik Fikri turut menghafal al-Quran. Contohnya, abang sulung beliau menghafal 10 juzuk, kakaknya yang juga menuntut sebagai doktor turut menghafal empat juzuk.

Ternyata pasangan ini mempunyai kelebihan apabila membuat ulang kaji. Apa tidaknya, apabila si suami membaca isteri akan menyemak dan begitulah sebaliknya.

Kata Fikri, itu adalah antara nikmat yang diperolehi apabila mempunyai pasangan yang juga hafiz. Bagaimanapun, kadang kala, mereka mendengar rakaman bacaan al-Quran untuk mengulang kaji.

“Biasanya kami akan mengulang kaji selepas solat subuh dan maghrib setiap hari. Ini untuk mengelak daripada lupa,” jelasnya.

Fikri juga berharap masyarakat membetulkan salah tanggapan bahawa bidang hafiz al-Quran ini adalah untuk anak-anak yang kurang cemerlang dalam bidang akademik.

“Golongan yang cemerlang akademik mesti mengambil berat dalam hal agama termasuk menjadi hafiz.

“Barulah kita boleh melahirkan masyarakat yang seimbang dunia dan akhirat,” katanya yang bercadang mendapat sijil syahadah daripada pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, Sam’ani Fauzi al-hafiz.



Untuk makluman,kajed(panggilan manja kami kat kajed) ni rumet saya masa blaja kat UIA dulu dari awal sem sampai abis sem..merangkap my best friend saya..ntara kami(saya,afuf n kajed),kajed kawin dulu..tp cedey tak dapat pi walimah kajed..masa tu minggu aluan siswa(MAS) kat UTP..waaaaaaaa...lepas kajed afuf plak kot...haha..saya yg paling muda mesti la yg last skali...




Gambo tak baper jelas


Kajed..zatil curi gambo ni kat mukabuku kajed..ngee~~

Saturday, May 1, 2010

Selamat Bertempur!

Assalamualaikum wbt..


Macam biasa kalau dekat2 exam mesti ada kad 'raya' kan...Buat sahabat2 di UTP, adik2 di Pusat Asasi UIA yang amik short sem skang ni..dan buat sume lah yg bakal menduduki peperiksaan..selamat bertempur di medan imtihan..


"biarpun kita kalah pertandingan sudah 100 kali...jangan berputus asa dan cuba untuk kali ke-101....barangkali kita akan berjaya untuk kali ini!..kerana kadangkala ia perlukan usaha sedikit sahaja lagi..."-pesanan khas buuat diriku-


ye..saya tau gambar ni buruk..yg penting mesej sampai..huhu



17 Mei - Islamic Studies

19 Mei - Vector Calculus

20 Mei- Introduction to Material Science

21 Mei - Structured Programming & Database Systems

31 Mei - Dynamics



Nota Kaki
Gambar atas:lokasi-kampung rantau,Cameron Highlands(perkampungan orang asli)
Gambar bawah:lokasi-Information Resource Center(IRC), UTP