Tuesday, June 23, 2009

Kehadiran yang Tidak Disangka

Assalamualaikum wbt…

Apa khabar sahabat2 semua?Apa khabar iman sahabat2?Moga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi. Entri saya pada kali ini mungkin lebih bersifat peribadi. Sekadar ingin berkongsi sebelum saya berangkat ke Perak petang ni. Saya akan berada di Perak selama 3 hari. Ada hal yang perlu diselesaikan di sana. Nanti-nanti la saya bagitau hal apa. Sebenarnya entri kali ini saya nak bercerita mengenai adik saya yang sorang ni. Bila saya lihat Iba, sahabat saya , yang baru sahaja menimang seorang cahaya mata…eh bukan beliau tapi akak beliau, dan keterujaan beliau mendapat anak sedara, saya rasa tergerak hati nak bercerita mengenai adik saya yang bongsu, Adam. Masa saya tengah menaip entri ni Adam tengah tarik2 baju saya minta dukung. Adam nak duduk atas riba saya. Tapi saya biarkan Adam merengek-rengek dulu. Pastu Adam merajuk baru saya pujuk. Ngeh3…Dan sekarang Adam dah ada atas riba saya.


Itulah Adam, seorang yang sangat manja dengan saya. Baru berumur setahun 8 bulan. Kelahiran Adam adalah tidak dijangkakan. Ingatkan dah tak da adik dah lepas Dzakwan(kini berumur 8 tahun). Mana tau rezeki kami dapat adik lagi. Kehadiran Adam disedari masa kandungan mak dah berumur 3 bulan. Masa tu mak macam tak sihat. Sakit-sakit kepala, rasa mual-mual. Mula-mula ingatkan sakit-sakit biasa. Abah bawa mak pergi klinik. Bila abah balik, abah senyum lebar. Tapi muka mak masam je berkerut..ye la mak kan tengah sakit. Pelik gak nape la abah senyum-senyum ni padahal mak tengah sakit. Lepas tu abah kata mak mengandung 3 bulan.


“Ha!betul ke bah?Abah ni jangan la main-main…”,saya seolah-olah tak percaya. Yang lain-lain pun semua pergi kat mak. Tanya-tanya itu ini kat mak. Mak mengangguk. Satu berita yang amat menggembirakan kami adik-beradik. Dan saya rasa abah lah insan yang paling gembira masa tu. Saya faham benar abah, seorang yang penyayang dan suka kan kanak-kanak. Kalau tak masakan anak abah sampai 11 orang sekarang ni.hu3…


Tetapi disebalik kegembiraan tu ada satu berita yang amat merisaukan kami semua. Doktor kata mak ada darah tinggi dan risiko tinggi kalau mengandung. Masa tu umur mak 44 tahun. Jika darah mak tak normal masa lahirkan Adam(masa tu xda nama lg lah..), boleh membahayakan mak. Mak buat appointment dengan Dr. Idris, doktor di Hospital Pantai, Petaling Jaya. Kalau nak tau Dr Idris ialah doctor sejak dari anak mak yang pertama, iaitu bermula dari abang saya, Anas(Sekarang 23 thn) sehingga lah ke Adam. Dan Dr Idris kata, mak saya adalah patient pertama yang beliau sambut kelahiran semua anaknya sampai 11 orang dan Dr. Idris masih ingat lagi kami semua. Lepas jumpa Dr Idris, Dr kata boleh kalau nak teruskan tapi Dr Idris akan pantau kesihatan mak supaya darah tak naik tinggi sangat. Alhamdulillah kalau Dr dah kata macam tu, saya rasa lega sikit. Saya yakin dengan Dr. Idris..kepakaran yang Allah kurniakan kepadanya…saya yakin Dr Idris mampu. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa segalanya berjalan lancar.


Hari-hari yang dinantikan, akhirnya Adam selamat dilahirkan secara normal macam kami semua. Kesemua kami 11 orang dilahirkan secara normal dan tiada operation. Adam lahir awal seminggu kot kalau tak silap. Tapi Adam kata Dr tak mampu bernafas sendiri. Adam terpaksa duduk dalam incubator. waaa xdapat lah kami semua melihat Adam sebab kami tak dibenarkan masuk. Lama gak tunggu nak tengok Adam. Kami hanya dapat tengok video yang abah rakamkan. Masa tengok tu macam tak caya je. Rupa macam anak orang Cina pun ada.hu3…Kesian Adam ada wayar-wayar kat badan dia pastu tiub yg agak besar dimasukkan dalam hidung dia. Rasa sedih macam nak nangis je tengok Adam macam tu. Kecil-kecil dah kena lalui macam-macam. Adam nampak macam tak selesa masa saya tengok dalam video tu. Sabar lah ye Adam.


Dan Adam kini dah besar setahun 8 bulan. Adam ni tak banyak kerenah. Dia jarang menangis. Tak susah nak jaga. Adam tak melalui proses merangkak dan menyalar(apa ek namanye…ala yang gerak guna tangan cam mengensot tu)..Adam dia terus jalan je. Kalau yang lain semua lalui langkah2 tu tapi Adam langkau sampai 2 ‘steps’. Pastu Adam lah yang menyusu badan paling lama. Sampai sekarang masih lagi menyusu badan. Tak macam saya sampai 5 bulan je sebab mak ngan abah pergi Mekah tunaikan haji. Kalau tak, nak bawa tapi sebab saya sakit tak dapat bawa. Atuk dan Wan jaga saya. Membesarlah saya dengan susu lembu. Lembu pun lembu lah janji den kenyang.


Ada yang kata Adam ni rupa macam saya. K.Syam kata muka Adam ‘copy’ muka saya. Saya pun tak pasti sebab mata orang lain-lain. Saya pun iye kan aje.haha. Mungkin sebab Adam rupa saya, jadi Adam lebih rapat ngan saya sampai adik beradik yang lain jeles…ngeh3..asyik nak berkepit ngan saya. Lebih-lebih lagi saya cuti 3 bulan, masa saya banyak dihabiskan dengan Adam. Saya rasa macam saya jaga anak lah pulak. Sebab jarak saya dengan Adam agak banyak. Sekarang umur saya 19 tahun..haa kira lah sendiri. Kalau pagi-pagi tinggal lah saya dengan Adam dan Kak Ct(akak saya pun cuti 3 bulan). Kalau bangun pagi-pagi tu Adam akan ikut je mana saya pergi. Kalau saya masak, dia akan duduk kat dapur dengan saya. Tengok saya tumbuk cili, potong bawang, sume2 tu. Hai tak lama lagi cepat lah Adam pandai masak. Kadang-kadang tu asyik terlanggar Adam.Dah saya tengah basuh pinggan, saya tak perasan dia diri belakang saya. Hu3 kecian Adam. Akak minta maaf ek. Kalo dia nak air dia tepuk-tepuk saya,tarik –tarik baju saya, pastu tunjuk air. Adam minum air dalam cawan tak tumpah. Pandai betul Adam. Pastu sekarang kalau nak makan dia nak suap sendiri. Hari tu saya biarkan dia makan nestum sendiri. Licin dia makan tak sangka saya. Masa tu saya biarkan dia makan sendiri pastu saya pergi sidai kain. Satu lagi Adam suka makanan pedas-pedas. Biase lah orang noghori. Kecik-kecik dah pandai makan pedas. Mata dah berair-air sebab pedas..tapi nak gak lagi.Kalau nak mandi pula tak boleh cakap mandi. Kene cakap main air baru dia nak. Macam-macam lah Adam ni.


Tapi Adam masih tak pandai cakap lagi. Dia pandai cakap “mak” ngan “abah” je. Pastu kalau dia berak dia cakap “yak…yak..”.Pastu masukkan tangan dalam pampers tunjuk kat saya. “Haa tu lah aku kata aku berak, kak nur xcaye..skang aku tunjuk bukti..amik kau..cepatlah basuh bontot aku..aku rimas nih..”


Baru-baru ni Adam selalu tido lewat. Tak tau naper…penat tau nak layan dia. Kalau biarkan dia atas katil, dia kacau mak tido. Mak dah lah nak keje esok pagi tu. Jadi kene lah saya main-main ngan dia.Sampai dia tido. Tapi kekadang tu saya yang tertido dulu. He3..Tapi bila dia tengok saya dah tido dia pun ikut sama tido sebelah saya. Kalau siang-siang tu, saya penat malas nak layan dia, saya pun baringlah atas katil. Dia pun ikut sama, pastu bertenggek kat atas saya. Henjut-henjut sib baik tak kuar sarapan pagi saya. Dia nak ajak main. Kalau ada mood saya akan bergurau dengan dia. Suke dengar dia ketawa..comey seyhh…ye lah baby gelak kan comeyy tak macam korang..haha..Pastu Adam kalo cium orang akan kuar bunyi “muahh”..Kitaorang selalu buli Adam…Adam cium akak…pastu dia pun cium..muahh…Adam cium abang plak…muahhh…haa akak la plak…muahhh..last2 Adam dah malas dia pun pegi tempat lain…haha. Adam pun pandai solat. Kadang-kadang kalo solat saya ajak dia. Dia diri sebalah saya. Tapi dia pandai qiam je la.pastu sujud tapi kaki lurus…haha…Kalo azan dia senyap dan kalo orang baca doa dia ikut tadah tangan.Itulah Adam yang saya cintai.


Bila duk citer pasal Adam…sayu hati bila dengar berita buang bayi. Di mana sifat berperikemanusiaan? Yang tinggal hanya sifat kehaiwanan. Oh tidak sama sekali jauh lebih hina dari haiwan kerana haiwan pun sayangkan anak. Tau buat anak je tapi tak reti nak jaga. Saya tak sanggup nak baca berita orang buang-buang anak ni. Kalo baca je saya menangis. Bayi yang comel, yang suci dari dosa, yang tidak mengerti apa-apa dibuang oleh manusia-manusia yang tak layak dipanggil manusia! Orang yang nak anak punya lah tunggu lama nak ada anak tapi xdapat-dapat jugak….tapi dorang senang2 je buang. Kalau tak nak jangan lah buat. Lepas tu letak anak kat tong sampah lah..Ya Allah…kejamnya mereka ni..Dunia sekarang sudah kembali ke zaman jahiliyah di mana orang membunuh bayi kecil, zina berleluasa. Mungkinkah salah satu petanda kiamat.


Sebelum saya berundur, nak kemas-kemas barang untuk ke Perak…saya nak ingatkan balik…Adam ni bukan anak saya tau tapi adik saya…haha..Adam Uzair bin Kamaruddin nama diberi..Akak doakan Adam jadi hamba yang taat kepada Pencipta, anak yang taat kepada ibu bapa dan membesar menjadi seorang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.InsyaAllah…amen…Alahai nnt akak nak masuk belajar balik…tak sanggup rasanya nak tinggalkan Adam.


Galeri Adam


Adam masa dalam kandungan lagi


Adam lepas dah lahir..haa kandah cakap rupa macam anak Cina kan2..


kesian adam...kecik2 dah rasa macam-macam



"huishh rimasnyer...dah la besar tiub tu..kang besar lak lubang hidung aku macam cerobong asap kapal.."










"Apa khabar sahabat2 hari ini?sihat macam saya tak?"


Ju On...miahaahaha


"den dah mandi...korang yang masih masyam tu poie la mandi copek"


"ye...ye...den tau den comel..."


"alamak kantoi den xde gigi lagi"


"wassup dude.."


"uwaa...den berak ni...cepatlah basuh.."


"ad rupe xiah junsu tak?haha"


"ala...den baru bangun tido pun nak amik gambar ke..tak hencem la cam ni.."


"mmm...sodap lak aihh oren ni...one more please.."


"someone help me open this bekas...i want to eat this kuih raya.."


Adam dalam pangkuan abah mase raya tahun lepas..


My big, happy family


10 comments:

AdHwA' sYaFaaH said...

"Tapi Adam kata Dr tak mampu bernafas sendiri. Adam terpaksa duduk dalam incubator"???????? ngahaha... ksian kat dr xreti bernafas sndiri.. (=.=") ermm lupa nak ckp...ummi afi krm slm kat abg amru..hahahahahahhaa

AdHwA' sYaFaaH said...

"Tapi Adam kata Dr tak mampu bernafas sendiri. Adam terpaksa duduk dalam incubator"???????? ngahaha... ksian kat dr xreti bernafas sndiri.. (=.=") ermm lupa nak ckp...ummi afi krm slm kat abg amru..hahahahahahhaa

Afifah JB said...

karut.. karut..ummi afi x kim salam kt sesape pun..jaat la ummi sya nie...
zatil, nnt delete komen nie....huhu

Afifah JB said...
This comment has been removed by the author.
Afifah JB said...

wlpn post ni agak pnjang, tp i tak jemu baca..siap sengeh2 gelak2 tym baca lagi..

kesilpn teknikal yg terbuat atau sengaja dibuat mgkin sbb adam kacau kut..huhu...

comel la adam..matanya besar..tym kecik2 lagi dlu punya tombam, skrg dah kurang..makin hencem la adam..hehe

zatil ni mmg dah blh lulus ujian rumahtangga ni...tahniah! hehe..
menunggu masa saja lg..
iba x pass lg, baru td belajar dan pass siang ikan..huhu...umo 20 baru pndai...ish3...tu baru siang ikan, masak lg la...huhu

smg adam btmbah2 mantap dr hari ke hari..dari masa ke masa... oh, ku rindu jua pd rufaydah...

Aku Mu'iz said...

adam mmg cooool...dh pernah dukung dia...xnangis...bley join persatuan comel sedunia...he3


-nur lum bley kawin lg..dia cam bebudak...xserius langsung...

NURILHAM said...

to miss syafaah:aik mana tau pasal abg amru...den tak penah plak citer...advanced yerr kamu ni...ha3

to mu'iz:haa bile nak dukung anak sendiri...asyik dukung adam je...ngeh3..soklan cepuperak..

Aku Mu'iz said...

tgu la nikah dulu cik nur...eeiii gatai tol dia ni sorg.

Zatil said...

xpe gatal boleh garu...hahaha

NaM_QoOL said...

aik..
da mule berjinak2 gan blogger...
hu3.. truskn2.. aq jd following mmber..hu..