Saturday, June 27, 2009

Educamp Oh Educamp (2)

Pada sebelah malam pula, kami ada ‘Mathematics & Science Test’ (MST). Ujian dia senang je sebab silibus Tingkatan 5. Yang basic je. Tapi sebab dah duduk rumah 3 bulan dan tak sentuh pun buku-buku math&sc, jadi dah lupa formula. Lagipun tahu ada educamp ni agak lambat, tak sempat nak ulangkaji sikit-sikit. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan. Mula-mula saya tinggalkan soalan yang saya tak dapat nak jawab, lepas dah habis buat sampai belakang tu, saya patah balik kat soalan tu. Berkat pertolongan Allah saya dapat ingat balik formula-formula tu. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah. Lepas MST, ‘Questionnaires Test’. Ujian ni macam pelik sikit. Pertama kali buat ujian macam ni. Ni kira macam ujian personaliti kot. Nak tengok kita ni orang macam mana. Saya main jawab je sebab dia tak da salah atau betul. Dia memerlukan kejujuran kita untuk jawab soalan ni.

Hari yang penuh debaran pula tiba.Hari kedua. Hari untuk di’interview’! Peserta dibahagikan kepada 4 grup: A,B,C dan D. Grup A dan B buat ‘interview’ pagi manakala selebihnya buat petang. Ala konsep dia lebih kurang macam MUET. Ada 4/5 orang satu grup. Saya satu grup dengan Parvin, Nur Syafiqah dan Afnil Haikal. Semua diberi masa 30 minit untuk ‘prepare’ isi masing-masing. Masa yang saAla konsep dia lebih kurang macam MUET. Ada 4/5 orang satu grup. Saya satu grup dengan Parvin, Nur Syafiqah dan Afnil Haikal. Semua diberi masa 30 minit untuk ‘prepare’ isi masing-masing. Masa yang saya kira mencukupi untuk memikirkan isi-isi. Kami dapat tajuk ‘Refugees’. Masa tengok je tajuk semua buat muka.haha sebab tajuk tak best. Tapi nak buat macam mana. Kenalah juga buat sehabis baik. Cewah. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Dari pagi pukul 8 lebih saya ada kat sana, pukul 11 lebih baru di’inter view. Sampai ngantuk-ngantuk saya. Ada je yang tidur sementara tunggu giliran untuk di’interview’. Akhirnya tiba la giliran saya. Dengan langkah yang penuh kemas saya menuju ke bilik yang tertera no.13(sebab saya panel 13). Saya ketuk pintu dulu sebelum masuk sebab ikut nasihat adik saya. Haha. Kalau main redah je masuk macam tak sopan pula kan. ‘Assessor’ tu perkenalkan diri dorang. Mrs Chong dan Mr Nazri. Mula-mula kena perkenalkan diri kita. Yang ni tak da masalah lah. Lepas tu kena bentang ‘case study’ kita. Yang ni memang masalah. Mula-mula memang lah lancar je jawab dalam BI. Tapi lepas tu sesi dorang tanya soalan kat saya. Soalan apa ntah dah lupa tapi agak mencabar gak. Masa tu saya terkulat-kulat nak fikir jawapan dalam BI. ‘Last-last’ saya minta izin je cakap BM,”may I speak in Malay?” Dorang angguk menandakan boleh. Apa lagi dengan senang hatinya saya jawab dalam BM..haha..masa tu macam dah tak kisah..biarlah kalau dorang nak tolak markah ke apa. Janji saya jawab soalan dorang.ngeh3..lepas semua ahli grup saya dah selesai temuramah individu…masa untuk berkumpulan pula. Masa nak mula tu semua pandang sesama sendiri..”weh ko la start dulu..weh start lah cepat…”(cakap dalam hati la tapi)..Dah semua tak mau mulakan…saya pun mengambil langkah pertama mulakan..hu3…lepas saya dah mula barulah semua rancak nak berdebat ke apa. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Lepas habis je sesi interview rasa teramat lah lega macam merdeka habis SPM.haha. Selebihnya saya serah dekat Allah SWT.


Educamp belum berakhir lagi. Sesi petang tu ada lagi ujian. Mula-mula ‘English Placement Test’. Ada 50 soalan kene jawab dalam masa 1jam. Masa buat EPT boleh pula saya tertido…haha…ye la ngantuk sangat. Pastu kena jawab soalan yang baca-baca ni. Mau tak tertido. Seterusnya ‘Verbal Evaluation’ yang ada 60 soalan dan jawab dalam masa 30 minit. Yang ni satu lagi saya tak suka. Sebab dia bagi banyak2 ‘short passages’ dan jawab soalan2 dia samada ‘true’ or ‘false’ or you cannot answer with further details’. Biasa lah bab2 membaca terutamanya BI memang saya lemah. Ada juga yang saya main teka je. Mana sempat nak fikir-fikir dan baca ulang kali. Masa terhad. Lepas tu pula ujian IQ atau ‘Diagrammatical Series’. Ada 40 soalan dan kena jawab dalam masa 20 minit. Memang tak da masa nak fikir. 2 soalan dalam masa 1 minit. Kalo siapa budak PTS mengkin korang penah jawab soalan bentuk macam tu kot. Tapi soalan dia makin lama makin mengelirukan. Saya terpaksa ‘tembak’ 5 jawapan terakhir sebab masa tu dia dah suruh berhenti menjawab.haha. Maka dengan berakhir nya ujian IQ ni, maka berakhirlah educamp saya selama 2 hari yang saya rasa cukup memenatkan. Mungkin sebab banyak menggunakan otak kot.he3..


Akhir kata, saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik untuk saya, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Buat sahabat2 yang pergi ke educamp hari tu, janganlah berasa kecewa jika tidak berjaya. Berfikirlah secara positif. Pasti ada hikmah di setiap ketentuan Allah. Sekian sahaja perkongsian saya sepanjang saya ber’educamp’. Moga mendapat manfaatnya.


Firman Allah SWT:


"Tidak ada suatu kesusahan(atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan juga diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan ingatlah, Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."

(Al-Hadid 57:22-23)



Galeri UTP


Masjid terapung An-Nur yang serba putih


Library UTP yang saya nak masuk tapi xda rezeki nak masuk..waaa


Library UTP


Auditorium UTP yang rekaan ala-ala millennium gitu.


Sekali tengok macam bukan U kat Malaysia je



Desasiswa


Ni contoh soalan IQ tapi yang ni senang punyer


korang rasa jawapan dia yang mana?saper dapat jawab den belanje minum sky juice..muahaha

8 comments:

Perantau Kasih said...

semoga zatil dapat yg terbaik..
u deserve to get the best

AdHwA' sYaFaaH said...

mcm x best je educamp nihh..haha... abg2 kat kem tu hensem2 x?? hohoho... (ummi afi yg tnya) huhu..nme ngko lg kne..kih3..

NURILHAM said...

to afuf:Ameen...InsyaALLAH..terima kasih kerana mendoakan yg terbaik utk zatil

to syafaah:kalo nak tau hensem ke tak kene pg sane tgk sndiri..mata org lain2..haha

Nor Athirah bt Md Sharif said...

Akk tau tau dah jawapan die... maleh la nak jawab.huhu..kat kuantan t akk btau...heee.

Kholah Afifah said...

aiya..syafaah..syafaah..knapalah diri ini slalu jd mangsa?...

Kholah Afifah said...

krenya u apply UTP la g educamp ni? huhu..sedih gak mcm is.... tp i sedih lg kut..huhu..

xpelah...mybe it is the best 4 you...

apa2pun smg berjaya... :)

Anonymous said...

soalan last skali yg d paparkan mmg best..sgt menyampah..kt igt lg..hahaha..

Kuri Kuri said...

refugees??
tjok yang sm ms azry educamp dlu..
hhahaha