Monday, June 22, 2009

Kenangan di SMKA Pedas

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi,kerna saya masih diberi kesihatan serta minda yang baik bagi menyusun setiap baris kata-kata dan ayat2 cinta…eh silap..menyusun baris kata-kata dan ayat2 bagi mengisi kelompongan yang agak banyak dalam blog saya ni. Maklumlah baru seminggu jagung beroperasi.

Align Left

Buat makluman sahabat2, saya baru sahaja selesai program di SMKA Pedas,N.Sembilan, Program Ayuh Jadi Cemerlang untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang bilangannya lebih kurang 159 orang. Program tersebut bermula selepas Asar pada hari Jumaat dimulai dengan pendaftaran adik-adik putera puteri. Adik-adik kelihatan seperti tidak bersemangat pada awal program. Mungkin penat sepanjang minggu persekolahan . Ye la baru naik sekolah selepas habis cuti 2 minggu.


Pada sebelah malam, aktiviti bermula dengan LDK untuk sesi ta’aruf dengan lebih mendalam bersama dengan fasi masing-masing. Orang kata tak kenal maka ta’aruf.Wah agak berdebar juga saya sebelum nak masuk dalam grup untuk berjumpa dengan adik-adik. Tapi saya harus kontrol macho biar nampak macam biasa.ngeh3.Untuk LDK malam tu adik-adik kelihatan malu-malu lagi.Mungkin sebab tak biasa bercampur lelaki dan perempuan. Tapi walaupun bercampur masih lagi terjaga batas-batas pergaulan. Adik-adik diminta memperkenalkan diri dan diikuti dengan ‘trademark’ masing-masing. Adik yang memulakan ta’aruf ialah Mustaqim atau nama manjanya Bob. Bob seorang yang selambe dan sporting. Tanpa malu-malu dia menunjukkan ‘trademark’ dia.”Bob bob bob…the big person” sambil tangannya bergerak membuat gaya.”Muahahahha…hahahah…kahkahkah…” , berderai ketawa adik-adik yang lain bila Bob buat ‘trademark’. Mungkin sebab badan Bob yang ‘comel’ dan cara dia bercakap serta membuat gaya yang menampakkan kelucuannya. Adik-adik perempuan pula agak payah untuk membuat ‘trademark’. Puas saya ‘mendesak’ sambil dibantu oleh Bob.. Tapi akhirnya semua berjaya mempamerkan ‘trademark’ masing-masing. Adik2 lelaki ada juga beberapa orang yang malunya mengalahkan adik-adik perempuan.


Masuk hari kedua, Alhamdulillah berjaya juga saya mengurangkan rasa malu adik-adik ni.Masing-masing sudah boleh berkerjasama dan berani bercakap apabila diminta. Saya ingat lagi semasa menjalankan aktiviti membuat kapal terbang. Adik-adik grup saya masing-masing begitu teruja mengeluarkan idea. Saya hanya memerhatikan mereka untuk melihat bagaimana mereka bertoleransi dengan idea yang banyak tu dan kadang kala mencelah juga jika dirasakan perlu.


Sesi muhasabah…haa nil ah sesi yang paling saya suka sekali. Sesi ni dikendalikan oleh saudara Zul Ikram yang merupakan kem komanden. Kalau nak tahu semasa sesi muhasabah ni saya yang beriya-iya nangis.haha.tapi saya nyorok-nyorok lah. Malu la kalau ada orang nampak.Ye la apalah daya saya nak menahan air mata dari mengalir. Saya ni agak sensitif juga sebenarnya lebih-lebih lagi bila sentuh pasal ibu bapa. Saya terus terbayang wajah mak saya, saya cuba merasai kesakitan mak saya semasa melahirkan anak. Bukan seorang tetapi 11 orang. Dapatkah sahabat-sahabat bayangkan? Saya juga cuba merasai kepayahan abah saya bekerja bagi menampung kami sekeluarga, bagi menyekolahkan kami adik-beradik supaya menjadi orang yang berilmu,Bagaimana abah saya keluar awal pagi semasa matahari belum menampakkan diri lagi dan pulang ke rumah apabila matahari sudah terbenam. Besar sungguh pengorbanan kedua orang tua saya. Tak terbalas sehingga ke akhir hayat. Hanya Allah yang mampu membalas. Berbalik pula kepada adik-adik, saya lihat sesi muhasabah ni hanya terkesan kepada adik-adik perempuan tetapi tidak adik-adik lelaki. Adik-adik lelaki ada yang tidur masa sesi muhasabah tetapi adik-adik perempuan rata-rata menangis.


Masa terasa macam pantas berlalu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. LDK yang terakhir saya gunakan dengan sebaiknya bersama dengan adik-adik. Saya berkongsi pengalaman saya semasa bergelar pelajar dahulu, memberi kata-kata perangsang serta kata-kata nasihat buat adik-adik sebagai peringatan buat adik-adik dan diri saya juga. Sebelum LDK berakhir, Bob sempat bertanya, “Kak nape program ni 3 hari je. Lain kali buatlah seminggu.” Rasa terharu bila Bob cakap macam tu. Yang lain-lain mengangguk setuju. Selesai LDK terakhir, adik-adik lelaki meminta ‘autograph’ saya. Saya pun layan je lah.haha macam lawak pula, saya ingat selebriti je yang bagi autograph ni. Siapa la saya. Abang Ilman dengan Abang Syafiq dah bagi ‘warning’ kat luar tu minta tamatkan sebab dah tiba masa untuk berkumpul di dewan untuk majlis penutupan.huhu maaf ye lambat. Masa LDK 2 pun grup saya juga yang habis lambat.


Akhir kata, saya bersyukur kerana Allah memberi membuka hati saya untuk turun bersama-sama dengan adik-adik di SMKAP berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni dengan mereka. Tak lupa juga ucapan penghargaan buat kak athiraah selaku ‘mastermind’ di sebalik program ni. Beliau sebenarnya merupakan bekas pelajar SMKAP. Harus dicontohi kerana beliau terus menabur bakti di sekolah lamanya walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan. Begitu juga dengan Abang Abu Qassim yang juga bekas pelajar SMKAP, merangkap pengarah program. Kepada para fasilitator:Kak Atiey,K.Tiqah,K.Ct, Aisyah, Anisah, Shima, Shuaidah, A.Ilman, A.Syafiq, A.Izzat, Hadi, Anuar, Zul Ikram;terima kasih atas kerjasama kalian. Buat adik-adik putera puteri terutamanya adik-adik grup 10 (Bob, Ameng, Zudin, Firdaus, Fakri, Aisyah, Haifa, Fishah, Balqis, Syafiqah, Sakinah, Intan, Hajar, Syikin) akak doakan adik-adik berjaya bukan sahaja dalam PMR tetapi juga di dunia dan akhirat.InsyaALLAH.Ameen.


Galeri AJC 09'



Pembahagian kumpulan

Kak Nor dan adik-adiknya.saya xpasti kenapa adik tu peluk tiang..haha


Ni adik-adik perempuan grup saya.nampak cam sebaya je... kan2..kui3
diri dr kiri:haifa,saya,fishah,intan,hajar,balqis,syikin
duduk kiri:aisyah,kinah


"Cam ne ek nak angkat cawan ni tak bg tumpah air dia..?"
dari kiri:Bob,Fakri,Zudin


"kalo xnak kasi tumpah kene wat cam ni ha..bla...bla..",kata kak ct


Malu lak aihh orang nak tangkap gambar



"Mak aihh berat nye dia ni..200 paun ke berat dia...terkeluar isi perut aku..iyaahh"
Sesi riadah bermodul

"Wei akak tu tangkap gambar ktorg lahh.."

Pengisian drp Sdr Jufitri Joha.

Adik-adik putera grup saya.Bob tiada dlm gambar.

Masa ni selesai majlis penutup.Macam biasa Bob akan bergegas ke kantin utk mengisi perutnyer...haha

Dari kiri:Fakri,Ameng,Zudin,Firdaus


"Nah amik kau...bedak sejuk cap unta.."


K.ct dan adik2nya..


Anuar dan adik-adiknya..

"Kalo nak bg kapal terbang ni terbang jauh kt kne gune enjin roket..bla bla.."


"Adei kalo tak mau terbang buat malu je...xpe2 janji control macho kat depan ni.."


Sesi muhasabah


Abang syafiq dikerumuni peminat nk minta autograph..hu3

"Sabar ye dik..sorang2...saper nak autograph abang beratur dlu..jgn rebut2..abg taula abg femes..."
Abang Ilman(ketua fasi)

2 comments:

Ahmad Irhaf said...

Go Smkap!!

Anonymous said...

huhu..rndu la tyme ajc..