Tuesday, August 25, 2009

Dae'i Cilik

Muhammad Hussein Tabataba'i

Assalamualaikum..


Sahabat2, kenalkah anda dengan Muhammad Hussein Tabataba’i? Siapakah dia ni? Ulamak besar? Tidak sama sekali. Namun InsyaAllah suatu hari nanti beliau akan menjadi ulama’ yang sentiasa menjadi tempat rujukan. Sama2 kita doakan. Sedikit mengenai Hussein.


Hussein yang berasal dari Iran merupakan seorang kanak2 yang telah menghafal seluruh isi Al-Quran berserta terjemahannya seawal usia 5 tahun lagi. Kata-katanya adalah Al-Quran. Tanyalah apa2 berkaitan al-Quran, Hussein mampu menjawabnya. Sebagai contoh mengenai ayat2 dalam Al-Quran yang menyebut mengenai malaikat, Hussein mampu menyebutnya beserta surah ke berapa, juzuk keberapa dan muka surat nya sekali. MasyaAllah. Anda boleh melihat kegeniusan akal fikiran Hussein yang dikurniakan Allah ini di Youtube. Hussein ketika itu dijemput ke satu program yang diadakan di Mekah Al-Mukarramah. Para hadirin yang hadir seolah-olah tidak terkata tambah kagum melihat kebolehan Hussein. Setiap kali lepas Hussein menjawab pertanyaan yang dilontarkan pasti akan disertai dengan doa daripada para hadirin buat Hussein serta selawat ke atas baginda Rasulullah SAW.


Bapa Hussein menceritakan bahawa satu hari, seorang hafiz Quran, Ayatullah Khaz Ali telah datang ke rumah mereka untuk menguji kemampuan Hussein. Di akhir pertemuan, beliau memberitahu bahawa Idul Ghadir akan berada di Tehran dan Hussein diundang ke rumahnya. Hussein lalu menjawab ajakan itu dengan sepotong ayat dari Surah Yusuf:80 yang bermaksud,”Aku tidak akan meninggalkan tanah ini sampai ayahku mengizinkanku”. Atau dalam kata lain, “saya akan datang kalau diizinkan ayahku”. Setelah itu, Khaz Ali berkata lagi,”Saya akan membeli baju yang sangat bagus untukmu supaya engkau pakai di Idul Ghadir. Kamu suka?” Hussein lalu menjawab,”Pakaian ketaqwaan itulah yang paling baik.”(Al-‘Araf:26). Maksudnya:”Kalau anda punya pakaian ketaqwaan, saya mahu mengenakannya.” MasyaAllah apa jua jawapan yang keluar dari mulut Hussein merupakan ayat Al-Qurandi mana Al-Quran merupakan hujahnya. Terpana saya melihat kekuasaan Allah ini yang dikurniakan kepada seorang kanak-kanak.


Di akhir rancangan tersebut, bapa Hussein menasihati golongan ibu bapa supaya mereka tahu bagaimana mendidik anak mereka sebagai amanat Allah SWT. Bapa Hussein menasihati ibu bapa agar memberi perhatian kepada Al-Quran dan jangan berharap akan mempunyai anak yang mampu menghafal Al-Quran dan menjadi Qari apalagi memahami Al-Quran jika mereka sendiri tidak membaca Al-Quran. Hussein mampu berkata-kata dengan ayat Al-Quran kerana dia sendiri di rumah banyak menggunakan ayat Al-Quran dan dengan sendiri Hussein belajar mengikutnya. Ibu Hussein sendiri setiap hari membaca Al-Quran setiap hari paling kurang sejuzuk. Dan sejak lahir, Hussein telah melihat mereka membca Al-Quran dan inilah yang diikuti oleh Hussein.


Selepas itu, Hussein pula diminta untuk memberi nasihat buat golongan ibu bapa dan Hussein berkata,”Perintahkanlah keluargamu agar mengerjakan solat.” (Toha:132)


Jadi apakah perasaan anda semua selepas membca sedikit kisah mengenai Hussein. Pasti masing2 menyimpan hasrat untuk mempunyai zuriat yang soleh dan solehah. Untuk mempunyai zuriat yang soleh kenalah bermula dari diri kita sendiri. Hussein sendiri telah diajarkan Al-Quran oleh ibu bapanya seawal usia 2 tahun 4 bulan dan dalam usia 5 tahun Hussein telah menguasai Al-Quran dan seluruh maknanya. Sekarang umur Hussein dah menjangkau belasan tahun dan saya pun tidak pastiberapa . Wallahualam..moga mendapat manfaat dari kisah Hussein, si dae’i cilik. Lebih lanjut mengenai Hussein di sini.


p/s: Malunya nak bandingkan dengan Hussein. Umur dah 19 tahun tapi masih kurang ilmu mengenai Al-Quran.

Tuesday, August 18, 2009

Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Haa ini adalah bait2 lagu yang dinyanyikan oleh Man Bai. Lagu yang sememangnya popular lebih2 lagi bulan Ramadhan bakal kunjung tiba beberapa hari saja lagi. Selalu lah korang pasang kat bilik kan? Ke korang pasang lagu raya??..puasa tak lagi dah nak raya..ntah2 baju raya pun dah siap…satu set ngan langsir rumah..huehehe..


Jadi di bulan Ramadhan nanti..marilah kita sama2 ambil peluang ni kerjakan ibadat sebanyak mungkin demi meraih keredhaanNya..Antaranya adalah perbanyakkan zikrullah, membaca Al-Quran, berdoa, istighfar, qiamullail, bersedekah dan sebagainya. Bukan bermakna kita buat masa Ramdhan je tau. Cuma kita akan menjadi hamba yang rugi lagi merugikan jika Ramadhan kali ini kita tidak gunakan sebaiknya bagi membersihkan hati kita dari kefasadan. Ramadhan hanya sekali setahun. Belum tentu kita akan berjumpa dengannya pada tahun hadapan. Betul tak?


Puasa Ramadhan merupakan salah satu saripada rukun Islam yang wajib ditunaikan.


Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa

sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu

bertaqwa. "

(Al-Baqarah: 183)


Pada bulan ini, berlaku satu peristiwa besar dalam Sejarah Islam iaitu Perang Badar di mana tentera Islam yang bilangannya sedikit telah berjaya mengalahkan tentera kaum musyrikin yang jumlahnya jauh lebih ramai daripada tentera Islam dengan kekuasaan Allah. Lihatlah tentera Islam mampu berjuang dalam keadaan berpuasa. Inikan pula kita. Kalau setakat jalan pergi kelas masa bulan Ramadhan apa la sangat. Itu pun nak mengadu penat lah apa lah…ish3..lemahnya kita…


Pada bulan mulia ini juga terjadi pembukaan kota Mekah Al-Mukarramah dan Allah memenangkan RasulNya sehingga ramai penduduk Mekah yang memeluk Islam dan akhirnya Mekah menjadi negara Islam.


Dan terdapat beberapa lagi peristiwa2 besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang boleh korang cari sendiri..he3..


Jadi buat sahabat semua dan seluruh umat Islam..selamat menjalani ibadah puasa..Berpada2 lah ketika berbuka nanti. Jangan melampaui batas. Lauk sampai lima jenis, kuih muih 7 jenis…last2 masuk mulut tong sampah. Kan membazir itu amalan syaitan…Semoga ibadah puasa kita pada kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah..wassalam..

Tuesday, August 4, 2009

Lemahnya Diri Ini!

Assalamualaikum wbt..

Lemahnya badan saya ni...sakit2 sana sini..lenguh semua ada...haa mesti korang dah fikir bukan2 dalam kepala otak korang kan?? Sebelum korang memikirkan bukan2 biar saya jelaskan...Sebenarnya bukan badan saya lemah2, sakit2 atau terkena simptom2 influenza Z(nauzubillah..)..bukan2...bukan ni sebenarnya saya nak sampaikan..Sebenarnya entri kali berkenaan betapa lemahnya diri saya ni, lemahnya iman saya ni..Kenapa saya tak kuat macam yang lain??Kenapa lemah sangat saya ni??Saya yang lemah..Lemah yang saya..

HADITH 34

Yang bermaksud:

Daripada Abu Sa'i Al Khudri r.a. ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkarab, hendaklah ia merubah (mencegahnya) dengan tangannya(kekuasaannya); jik tidak mampu, maka dengan lidahnya (menasihatinya); dan jika tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), demikian itu adalah selemah-lemah iman."

(HR Muslim)

Dan saya tergolong dalam golongan yang ketiga tu..Saya tidak mampu mencegah kemungkaran yang berada di depan mata. Saya hanya mampu membenci perkara tersebut dalam hati je. Contoh paling mudah, untuk menasihati kawan2 saya yang suka berhibur, tidak tutup aurat. Itu pun saya tak mampu. Saya rasa susah sangat nak tegur dan nasihat. Paling2 pun saya tegur melalui email, facebook dan apa2 je yg ada dalam internet ni..tak kiralah legbook ke..earbook ke..dan bagi saya cara ni macam tak beri kesan apa2...Kebarangkalian untuk membaca mesej yang disampaikan adalah sikit berbanding tidak baca di mana kebarangkalian untuk tidak baca adalah tinggi. huh putar belit ayat den..ni dah masuk bab penaakulan matematik ni..eh ye ke..

Betapa kurangnya skil saya dalam berdakwah atau pendek kata tak reti la...Saya tidak mampu menyampaikan..meluahkan..memberitahu..sedihnya...Saya bimbang di akhirat kelak saya disoal kerana tidak menjalankan tanggungjawab saya. Saya ada ilmu tapi tidak disampaikan. Saya tahu benda tu tak boleh buat tapi saya tak bagi tau..saya tak tegur..saya tak nasihat..Saya hanya mampu berdoa je..saya hanya mampu menunjukkan contoh je..mudah2an kawan saya tu tergerak hati untuk berubah...

Ya Allah ampunilah dosa hambaMu yang lemah ini..
Ya Allah berilah aku kekuatan...

p/s: Sudilah kiranya berkongsi tips atau pengalaman kalian dengan saya bagaimana cara menegur sahabat kita sendiri..

Satu Hati

Bilakah umat Islam akan bersatu tanpa mengira negara,bangsa dan warna kulit??


Assalamualaikum wbt...

Cuma ingin kongsikan lirik lagu Satu Hati yg dinyanyikan oleh La Khauf. Abang saya kata ni lagu tema Ikhwanul Muslimin yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu..tapi tak tau la..Lagu ni pendek je tapi penuh makna..Hayati liriknya...


Satu Hati

Bilakah lagi kita semua satu hati?
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi?
Bilakah lagi Islamkan dijulang tinggi?
Bangunlah wahai ummah kita satu hati..

Marilah bersama bersatu berjihad..
Menentang kezaliman..
Oh insan sedarlah..
Pembalasan Tuhan pasti akan datang..

Jangan takut,jangan takut..
Berjuanglah untuk keamanan..


p/s:kalau nak lagu ni gi cari sendiri kat internet..gagaga..