Tuesday, August 18, 2009

Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Haa ini adalah bait2 lagu yang dinyanyikan oleh Man Bai. Lagu yang sememangnya popular lebih2 lagi bulan Ramadhan bakal kunjung tiba beberapa hari saja lagi. Selalu lah korang pasang kat bilik kan? Ke korang pasang lagu raya??..puasa tak lagi dah nak raya..ntah2 baju raya pun dah siap…satu set ngan langsir rumah..huehehe..


Jadi di bulan Ramadhan nanti..marilah kita sama2 ambil peluang ni kerjakan ibadat sebanyak mungkin demi meraih keredhaanNya..Antaranya adalah perbanyakkan zikrullah, membaca Al-Quran, berdoa, istighfar, qiamullail, bersedekah dan sebagainya. Bukan bermakna kita buat masa Ramdhan je tau. Cuma kita akan menjadi hamba yang rugi lagi merugikan jika Ramadhan kali ini kita tidak gunakan sebaiknya bagi membersihkan hati kita dari kefasadan. Ramadhan hanya sekali setahun. Belum tentu kita akan berjumpa dengannya pada tahun hadapan. Betul tak?


Puasa Ramadhan merupakan salah satu saripada rukun Islam yang wajib ditunaikan.


Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa

sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu

bertaqwa. "

(Al-Baqarah: 183)


Pada bulan ini, berlaku satu peristiwa besar dalam Sejarah Islam iaitu Perang Badar di mana tentera Islam yang bilangannya sedikit telah berjaya mengalahkan tentera kaum musyrikin yang jumlahnya jauh lebih ramai daripada tentera Islam dengan kekuasaan Allah. Lihatlah tentera Islam mampu berjuang dalam keadaan berpuasa. Inikan pula kita. Kalau setakat jalan pergi kelas masa bulan Ramadhan apa la sangat. Itu pun nak mengadu penat lah apa lah…ish3..lemahnya kita…


Pada bulan mulia ini juga terjadi pembukaan kota Mekah Al-Mukarramah dan Allah memenangkan RasulNya sehingga ramai penduduk Mekah yang memeluk Islam dan akhirnya Mekah menjadi negara Islam.


Dan terdapat beberapa lagi peristiwa2 besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang boleh korang cari sendiri..he3..


Jadi buat sahabat semua dan seluruh umat Islam..selamat menjalani ibadah puasa..Berpada2 lah ketika berbuka nanti. Jangan melampaui batas. Lauk sampai lima jenis, kuih muih 7 jenis…last2 masuk mulut tong sampah. Kan membazir itu amalan syaitan…Semoga ibadah puasa kita pada kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah..wassalam..

2 comments:

innii said...

semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas..aameennn..

p/s : tringat makan free kat masjid blkg abc..huhu..

NURILHAM said...

owh is selama ni yg mengabiskan mknn sampai tak cukup...hahaha