Tuesday, August 4, 2009

Lemahnya Diri Ini!

Assalamualaikum wbt..

Lemahnya badan saya ni...sakit2 sana sini..lenguh semua ada...haa mesti korang dah fikir bukan2 dalam kepala otak korang kan?? Sebelum korang memikirkan bukan2 biar saya jelaskan...Sebenarnya bukan badan saya lemah2, sakit2 atau terkena simptom2 influenza Z(nauzubillah..)..bukan2...bukan ni sebenarnya saya nak sampaikan..Sebenarnya entri kali berkenaan betapa lemahnya diri saya ni, lemahnya iman saya ni..Kenapa saya tak kuat macam yang lain??Kenapa lemah sangat saya ni??Saya yang lemah..Lemah yang saya..

HADITH 34

Yang bermaksud:

Daripada Abu Sa'i Al Khudri r.a. ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkarab, hendaklah ia merubah (mencegahnya) dengan tangannya(kekuasaannya); jik tidak mampu, maka dengan lidahnya (menasihatinya); dan jika tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), demikian itu adalah selemah-lemah iman."

(HR Muslim)

Dan saya tergolong dalam golongan yang ketiga tu..Saya tidak mampu mencegah kemungkaran yang berada di depan mata. Saya hanya mampu membenci perkara tersebut dalam hati je. Contoh paling mudah, untuk menasihati kawan2 saya yang suka berhibur, tidak tutup aurat. Itu pun saya tak mampu. Saya rasa susah sangat nak tegur dan nasihat. Paling2 pun saya tegur melalui email, facebook dan apa2 je yg ada dalam internet ni..tak kiralah legbook ke..earbook ke..dan bagi saya cara ni macam tak beri kesan apa2...Kebarangkalian untuk membaca mesej yang disampaikan adalah sikit berbanding tidak baca di mana kebarangkalian untuk tidak baca adalah tinggi. huh putar belit ayat den..ni dah masuk bab penaakulan matematik ni..eh ye ke..

Betapa kurangnya skil saya dalam berdakwah atau pendek kata tak reti la...Saya tidak mampu menyampaikan..meluahkan..memberitahu..sedihnya...Saya bimbang di akhirat kelak saya disoal kerana tidak menjalankan tanggungjawab saya. Saya ada ilmu tapi tidak disampaikan. Saya tahu benda tu tak boleh buat tapi saya tak bagi tau..saya tak tegur..saya tak nasihat..Saya hanya mampu berdoa je..saya hanya mampu menunjukkan contoh je..mudah2an kawan saya tu tergerak hati untuk berubah...

Ya Allah ampunilah dosa hambaMu yang lemah ini..
Ya Allah berilah aku kekuatan...

p/s: Sudilah kiranya berkongsi tips atau pengalaman kalian dengan saya bagaimana cara menegur sahabat kita sendiri..

6 comments:

Unknown said...

salam..
ukhti..mmg susah utk kita nk mengubah orang..tapi ukh,ikhlaskanlah niat kita berbuat semua ini kerana Allah..utk menyampaikan dgn baik,anti kene ade skil. dan yang plg pntg utk mnjdi murabbi yg baik ialah dgn kita sendiri melakukan dulu ap yg kita katakn. tak gune kita just katakan sesuatu tpi ianya belum kita tunaikan. ukhti, jgn pernah ada rs kesal dlm diri.sememamngnya itu panahan syaitan yg sntiasa mmbuatkan manusia gelisah. syaitan kan dah berjnji dgn Allah. lihat dlm surah (7:16&17)..
ukhti,isnyaAllah,lakukan tahajud selalu utk mendapatkan perkataaan2 yg berat..(muzammil:1-5)..agar org yg mendengar kata2 kita akan mudah menusuk ke hati mereka,lantas melakukan sedikit perubahan..sedikit perubahan yg berterusan itu lebih baik drpd langsg tdk berubah..
bersabarlah sayang dlm melakukan kerja dakwah ini..sememangnya ianya bukan jalan yg mudah. begitulah kehidupan..

biarlah kita bersusah di dunia ini agar kelak kita bersenang d akhirat..
wassalam.

NURILHAM said...

salam'alaik..
terima kasih farah atas nasihat dan pandangan ni..

btw dah sembuh ke belum ni?
masih dikuarantin ke?
moga farah tabah hadapi ujian ni..

Unknown said...

kuarantin agi..hari yg ke6 hari ni..huumm..insyaAllah...moga farah tabah kn.. :)

Unknown said...

kuarantin agi..hari yg ke6 hari ni..huumm..insyaAllah...moga farah tabah kn.. :)

NaM_QoOL said...

kat www.keretamayat.blogspot.com bru kuar post psal cegah2...nih..hu3... layan..ZzzaaaaZZ!!~~~

Anem Arnamee said...

Salam.

perlahan2. tegur sebaik mgkin, insyaallah:)