Assalamualaikum..
Sahabat2, kenalkah anda dengan Muhammad Hussein Tabataba’i? Siapakah dia ni? Ulamak besar? Tidak sama sekali. Namun InsyaAllah suatu hari nanti beliau akan menjadi ulama’ yang sentiasa menjadi tempat rujukan. Sama2 kita doakan. Sedikit mengenai Hussein.
Hussein yang berasal dari Iran merupakan seorang kanak2 yang telah menghafal seluruh isi Al-Quran berserta terjemahannya seawal usia 5 tahun lagi. Kata-katanya adalah Al-Quran. Tanyalah apa2 berkaitan al-Quran, Hussein mampu menjawabnya. Sebagai contoh mengenai ayat2 dalam Al-Quran yang menyebut mengenai malaikat, Hussein mampu menyebutnya beserta surah ke berapa, juzuk keberapa dan muka surat nya sekali. MasyaAllah. Anda boleh melihat kegeniusan akal fikiran Hussein yang dikurniakan Allah ini di Youtube. Hussein ketika itu dijemput ke satu program yang diadakan di Mekah Al-Mukarramah. Para hadirin yang hadir seolah-olah tidak terkata tambah kagum melihat kebolehan Hussein. Setiap kali lepas Hussein menjawab pertanyaan yang dilontarkan pasti akan disertai dengan doa daripada para hadirin buat Hussein serta selawat ke atas baginda Rasulullah SAW.
Bapa Hussein menceritakan bahawa satu hari, seorang hafiz Quran, Ayatullah Khaz Ali telah datang ke rumah mereka untuk menguji kemampuan Hussein. Di akhir pertemuan, beliau memberitahu bahawa Idul Ghadir akan berada di Tehran dan Hussein diundang ke rumahnya. Hussein lalu menjawab ajakan itu dengan sepotong ayat dari Surah Yusuf:80 yang bermaksud,”Aku tidak akan meninggalkan tanah ini sampai ayahku mengizinkanku”. Atau dalam kata lain, “saya akan datang kalau diizinkan ayahku”. Setelah itu, Khaz Ali berkata lagi,”Saya akan membeli baju yang sangat bagus untukmu supaya engkau pakai di Idul Ghadir. Kamu suka?” Hussein lalu menjawab,”Pakaian ketaqwaan itulah yang paling baik.”(Al-‘Araf:26). Maksudnya:”Kalau anda punya pakaian ketaqwaan, saya mahu mengenakannya.” MasyaAllah apa jua jawapan yang keluar dari mulut Hussein merupakan ayat Al-Qurandi mana Al-Quran merupakan hujahnya. Terpana saya melihat kekuasaan Allah ini yang dikurniakan kepada seorang kanak-kanak.
Di akhir rancangan tersebut, bapa Hussein menasihati golongan ibu bapa supaya mereka tahu bagaimana mendidik anak mereka sebagai amanat Allah SWT. Bapa Hussein menasihati ibu bapa agar memberi perhatian kepada Al-Quran dan jangan berharap akan mempunyai anak yang mampu menghafal Al-Quran dan menjadi Qari apalagi memahami Al-Quran jika mereka sendiri tidak membaca Al-Quran. Hussein mampu berkata-kata dengan ayat Al-Quran kerana dia sendiri di rumah banyak menggunakan ayat Al-Quran dan dengan sendiri Hussein belajar mengikutnya. Ibu Hussein sendiri setiap hari membaca Al-Quran setiap hari paling kurang sejuzuk. Dan sejak lahir, Hussein telah melihat mereka membca Al-Quran dan inilah yang diikuti oleh Hussein.
Selepas itu, Hussein pula diminta untuk memberi nasihat buat golongan ibu bapa dan Hussein berkata,”Perintahkanlah keluargamu agar mengerjakan solat.” (Toha:132)
Jadi apakah perasaan anda semua selepas membca sedikit kisah mengenai Hussein. Pasti masing2 menyimpan hasrat untuk mempunyai zuriat yang soleh dan solehah. Untuk mempunyai zuriat yang soleh kenalah bermula dari diri kita sendiri. Hussein sendiri telah diajarkan Al-Quran oleh ibu bapanya seawal usia 2 tahun 4 bulan dan dalam usia 5 tahun Hussein telah menguasai Al-Quran dan seluruh maknanya. Sekarang umur Hussein dah menjangkau belasan tahun dan saya pun tidak pastiberapa . Wallahualam..moga mendapat manfaat dari kisah Hussein, si dae’i cilik. Lebih lanjut mengenai Hussein di sini.
p/s: Malunya nak bandingkan dengan Hussein. Umur dah 19 tahun tapi masih kurang ilmu mengenai Al-Quran.
2 comments:
Subhnallah, kuasa Allah.
Dia yg berkuasa ke atas hamba2nya...erm, adam insyaAlah akan ikut jejak bgnya..bukan sahaja seorang penghafaz ayah2 Allah malah mengamalkannya juga..insyaAllah
besarnya kuasa tuhan..
Post a Comment