Monday, March 11, 2013

Tentang Dia





Saya ada seorang sahabat. Nama dia Ain. Semalam hari jadi dia yang ke-23 (10 Mac). Saya tak bagi apa-apa hadiah pun tapi saya hadiahkan dia sebuah lagu yang saya nyanyi sendiri tanpa iringan muzik. Tiada duit nak upah pemain muzik. Nak main gitar tak tahu pula. Rekorder boleh lah.

Kami berkenalan di UTP pada tahun 2009. Dia dari Universiti Taylor dan saya dari UIA. Kami mula rapat sebab kami satu kos pengajian dan kami juga satu Smartgroup (usrah). Kemudian kami sama-sama masuk Rakan Masjid. Dia Lajnah Dakwah dan saya di bawah Tanzim Jabatan Nuqaba’. Seterusnya, kami sama-sama masuk program-program di bawah Rakan Masjid sebagai komiti. Kemudian kami sama-sama ditaklifkan sebagai pimpinan Rakan Masjid. Dia sebagai setiausaha dan saya sebagai Masulah Lajnah Kebajikan. Kami juga praktikal di tempat yang sama iaitu di Shell Refining Company (SRC) di Port Dickson. Saya yang paksa dia untuk praktikal sama tempat dengan saya. Alhamdulillah Allah izinkan kami praktikal di tempat yang sama. Sungguh cantik Allah atur perjalanan hidup kami.


Saidina Umar r.a. kata, kalau kita nak kenal sahabat kita, kita kena bermusafir, makan dan tidur bersama. Alhamdulillah ketiga-tiga perkara ini saya pernah buat bersama-sama dengan Ain. Semakin kita kenal seseorang, semakin kita boleh terima baik buruknya.

Sahabat saya sorang ni, seorang yang tidak berkira dengan orang lain. Sentiasa bermurah hati untuk belanja orang dan dahulukan duit dia. Kalau pinjam duit, dia cepat-cepat ganti balik dan kadang-kadang ada ‘interest’. Lagi, ain seorang yang gagah lagi lasak. Muslimat besi. Sukakan aktiviti-aktiviti lasak. Teringat pengalaman panjat Bukit Broga masa zaman praktikal dulu. Kami pergi berdua. Baru beberapa minit naik saya dah penat, tapi Ain masih steady. Masa turun bukit kami berlari-lari turun dan  lepas tu masuk lorong yang orang tak lalu dan akhirnya sesat entah ke mana.

Ni lah tempat kami keluar masa turun dari Bukit Broga. Terpaksa lalu jalan
raya untuk balik semula ke parking kereta.

Ain, ada kereta Ferrari. Semasa praktikal kami banyak bermusafir guna Ferrari Ain. Ke Melaka, Negeri Sembilan, KL dan sebagainya dengan Ferrari. Walaupun Ferrari ni tidak punya power steering , tapi tuan dia ada power hand! Jangan sekali-kali kacau Ain, nanti ada yang bengkak-bengkak kena penangan tangan dia.

Disebabkan Ain seorang yang aktif, susah untuk lihat dia jatuh sakit. Tapi, kalau dia sakit, saya pun jadi hilang mood dan sedih. Saya tak suka tengok dia sakit. Nanti dia hilang selera makan. Terbaring lemah atas katil. Dia pernah masuk hospital disebabkan penyakit yang tak diketahui punca nya. Masa tu tak best sebab Ain terpaksa duduk di hospital Batu Gajah dan kemudiannya dipindahkan ke hospital Kuantan. Pergi kelas pun tiada mood. Seperti kehilangan. Saya pernah tulis kisah ini dalam blog di sini.

Terlalu banyak perkara tentang Ain untuk dikongsikan. Pendek kata, dia seorang sahabat yang merupakan cerminan sikap saya. Mampu tegur kekurangan dan kelemahan saya, bukan sekadar kawan ketawa dan menangis. Tiada apa-apa yang saya harapkan daripada persahabatan ini melainkan keredhaan Ilahi.

Buat sahabat saya, Nur Ain Syafiqah bt Shamsudin, semoga bertambahnya usia menjadikan dirimu insan yang mulia, semakin disayangi Allah dan menyayangi Allah, diberkati umurmu, dipermudahkan segala urusan dan dipertemukan dengan jodoh yang soleh. InshaAllah.

Zatil_Ain

4 comments:

Tablet Hati said...

rindunya kamu berdua ^^

Akmar Yaacob said...

assalamualaikum. praktikal di shell ada elaun x?

Unknown said...

Assalam..nk tanya..sng x dpt rmh sewa n public transport klau nk praktikal kt shell?boleh x sy nk contact awk?nk tanya psl intern nt shell..ni no fon sy..0134151359

Unknown said...

Salam. Hai blh emel ?