Saya ada seorang sahabat. Nama dia
Ain. Semalam hari jadi dia yang ke-23 (10 Mac). Saya tak bagi apa-apa hadiah
pun tapi saya hadiahkan dia sebuah lagu yang saya nyanyi sendiri tanpa iringan
muzik. Tiada duit nak upah pemain muzik. Nak main gitar tak tahu pula. Rekorder
boleh lah.
Kami berkenalan di UTP pada tahun
2009. Dia dari Universiti Taylor dan saya dari UIA. Kami mula rapat sebab kami
satu kos pengajian dan kami juga satu Smartgroup (usrah). Kemudian kami
sama-sama masuk Rakan Masjid. Dia Lajnah Dakwah dan saya di bawah Tanzim
Jabatan Nuqaba’. Seterusnya, kami sama-sama masuk program-program di bawah
Rakan Masjid sebagai komiti. Kemudian kami sama-sama ditaklifkan sebagai
pimpinan Rakan Masjid. Dia sebagai setiausaha dan saya sebagai Masulah Lajnah
Kebajikan. Kami juga praktikal di tempat yang sama iaitu di Shell Refining
Company (SRC) di Port Dickson. Saya yang paksa dia untuk praktikal sama tempat
dengan saya. Alhamdulillah Allah izinkan kami praktikal di tempat yang sama.
Sungguh cantik Allah atur perjalanan hidup kami.
Saidina Umar r.a. kata, kalau kita
nak kenal sahabat kita, kita kena bermusafir, makan dan tidur bersama.
Alhamdulillah ketiga-tiga perkara ini saya pernah buat bersama-sama dengan Ain.
Semakin kita kenal seseorang, semakin kita boleh terima baik buruknya.
Sahabat saya sorang ni, seorang
yang tidak berkira dengan orang lain. Sentiasa bermurah hati untuk belanja
orang dan dahulukan duit dia. Kalau pinjam duit, dia cepat-cepat ganti balik
dan kadang-kadang ada ‘interest’. Lagi, ain seorang yang gagah lagi lasak.
Muslimat besi. Sukakan aktiviti-aktiviti lasak. Teringat pengalaman panjat
Bukit Broga masa zaman praktikal dulu. Kami pergi berdua. Baru beberapa minit
naik saya dah penat, tapi Ain masih steady. Masa turun bukit kami berlari-lari
turun dan lepas tu masuk lorong yang
orang tak lalu dan akhirnya sesat entah ke mana.
Ni lah tempat kami
keluar masa turun dari Bukit Broga. Terpaksa lalu jalan
raya untuk balik semula
ke parking kereta.
Ain, ada kereta Ferrari. Semasa
praktikal kami banyak bermusafir guna Ferrari Ain. Ke Melaka, Negeri
Sembilan, KL dan sebagainya dengan Ferrari. Walaupun Ferrari ni tidak
punya power steering , tapi tuan dia ada power hand! Jangan sekali-kali
kacau Ain, nanti ada yang bengkak-bengkak kena penangan tangan dia.
Disebabkan Ain seorang yang aktif,
susah untuk lihat dia jatuh sakit. Tapi, kalau dia sakit, saya pun jadi hilang
mood dan sedih. Saya tak suka tengok dia sakit. Nanti dia hilang selera makan.
Terbaring lemah atas katil. Dia pernah masuk hospital disebabkan penyakit yang
tak diketahui punca nya. Masa tu tak best sebab Ain terpaksa duduk di hospital
Batu Gajah dan kemudiannya dipindahkan ke hospital Kuantan. Pergi kelas pun
tiada mood. Seperti kehilangan. Saya pernah tulis kisah ini dalam blog di sini.
Terlalu banyak perkara tentang Ain
untuk dikongsikan. Pendek kata, dia seorang sahabat yang merupakan cerminan
sikap saya. Mampu tegur kekurangan dan kelemahan saya, bukan sekadar kawan
ketawa dan menangis. Tiada apa-apa yang saya harapkan daripada persahabatan ini
melainkan keredhaan Ilahi.
Buat sahabat saya, Nur Ain Syafiqah
bt Shamsudin, semoga bertambahnya usia menjadikan dirimu insan yang mulia, semakin
disayangi Allah dan menyayangi Allah, diberkati umurmu, dipermudahkan segala
urusan dan dipertemukan dengan jodoh yang soleh. InshaAllah.
Zatil_Ain
4 comments:
rindunya kamu berdua ^^
assalamualaikum. praktikal di shell ada elaun x?
Assalam..nk tanya..sng x dpt rmh sewa n public transport klau nk praktikal kt shell?boleh x sy nk contact awk?nk tanya psl intern nt shell..ni no fon sy..0134151359
Salam. Hai blh emel ?
Post a Comment