Assalamualaikum wbt….
Sebenarnya nak pendekkan cerita, hari Sabtu lepas, 20 Jun saya dapat panggilan dari pihak Universiti Teknologi Petronas(UTP). Masa tu kan saya ada program dekat SMKA Pedas. Dan masa saya terima panggilan saya tengah mengendalikan LDK jadi hati saya berbelah bahagi nak jawab ke tak. Sebab setahu saya fasi tak boleh jawab telefon masa LDK dan kebetulan tu nombor yang saya tak kenal. Tapi tangan nak tekan butang ‘answer’ jadi saya pun jawab je la panggilan tu. Alhamdulillah saya terpilih untuk pergi ke EDUCAMP UTP. Berita tu amat menggembirakan saya walaupun saya tau belum tentu dapat masuk UTP kalau pergi EDUCAMP. Tapi janji dapat merasa duduk kat UTP kejap pun jadilah.ngeh3..Akak yang telefon tu minta saya buka email hari Ahad..katanya EDUCAMP hari Rabu dan Khamis. Terkejut juga dengar…awalnya..
Lepas habis je LDK cepat-cepat saya telefon abah bagitau…saya tanya abah boleh ke saya pergi EDUCAMP…risau juga kalau menyusahkan abah. Nanti abah pula yang kena hantar. Dahlah jauh kat Tronoh, Perak. Tapi abah kata,”Pergilah….abah hantar…nanti abah minta cuti 2 hari…” Oh, abah! Terima kasih banyak-banyak kerana sanggup bersusah demi anakmu. Terharu masa tu bila abah kata macam tu. Pastu cuba telefon mak tapi mak tak angkat. Rupa2 nya mak kat sekolah ada Kem Ibadah solat. Tak pe la nanti mesti abah bagitau mak. Pastu mak mesti telefon saya balik. Jimat kredit. Kui3…
Jadi disebabkan Perak jauh dan kene daftar pukul 8 pagi hari Rabu, saya dan abah pun bertolak ke Perak hari Selasa. Bermalam di Rumah Rehat Teluk Intan. Banyak perubahan berlaku di Teluk Intan. Makin maju. Sejak saya pindah dari Teluk Intan masa tahun 2004, biasa-biasa je.. tapi sekarang..tahniah kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan sebab dah majukan Teluk Intan. Saya cuba mengingati kembali tempat-tempat di Teluk Intan. Sungguh nostalgia Bandar Teluk Intan buat saya. Macam-macam kenangan manis saya simpan di sana dan terlalu manis untuk dikongsikan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Esoknya pulak, pi pekena the tarik ngan roti canai kat medan selera Teluk Intan. Masa tengah makan tu ramai yang menegur abah. Sorang2…biasa lah kawan lama abah. Sian abah nak makan pun terganggu. Tapi tak sangka dorang ingat abah lagi…macam ni lah yang kita nak..jauh di mata, dekat di hati..walaupun dah lama tak jumpa tapi masih mengingati sahabatnya..
Educamp
Lepas sarapan, kami terus bergerak ke Tronoh dan sampai lebih kurang 8.30 pagi. Mula-mula masuk UTP dah nampak Masjid An-Nur, masjid UTP yang tersergam indah serba putih. Subhanallah cantiknya masjid ni. Tu baru tengok luar tak tengok lagi kat dalam. Masjid An-Nur yang ala-ala terapung menunjukkan bukti kekuasaan Allah yang telah mengurniakan kelebihan kepada manusia untuk menghasilkan masjid seindah itu. Jadi janganlah nak bangga sangat kunun2nye kita dah berjaya reka bangunan yang indah sampai lupa untuk bersyukur. Sedangkan ilham tu datang daripada Allah SWT. Tapi apa gunanya masjid dicipta indah-indah, yang datang solat jemaah di situ boleh dihitung dengan jari kaki. Saya tidak tahu pula keadaannya di masjid An-Nur. Mungkin tidak. Wallahualam. Oke2 teruskan. Pendaftaran terus dibuat di mahallah…eh silap desasiswa atau nama manjenya ‘village’…kalau di UIA kita panggil mahallah tapi kat sini panggil desasiswa….unik gak. Lepas dah daftar dan masuk bilik letak barang-barang terus pegi ke auditorium utama. Sekali lagi saya tergamam…Subhanallah indahnya rekaan…mungkin saya je yang macam jakun sikit tak pernah tengok bangunan macam tu. Sebelah auditorium tu adalah ‘library’ UTP . Tak tau nak kata macam mana. Korang pergilah tengok sendiri library dia.haha.
Kat auditorium tu, parents kene duduk bawah dan peserta pulak duduk atas. Terpaksalah saya dan abah berpisah. Jadi sempat lah saya pesan kat abah, “Abah, Nur xda jangan nakal2 tau. Duk bawah tu elok-elok ea..Nur nak naik ni…jangan sedih2 tau…” haha gurau je..ada plak saya yang cakap macam tu. Sepatutnya abah lah yang cakap macam tu kat saya. Jadi, pagi tu ada ucapan alu-aluan buat peserta educamp. Mula, presiden UTP, Dato Sri Mohamad Hassan Marican dan lepas tu Rektor UTP, Dato Zainal Abidin Hj Kassim. Lepas tu pulak ada ‘briefing’ pasal biasiswa daripada pihak Scholarship Unit. Biasiswa UTP ni jenis ‘Convertible Loan’ maksudnya boleh tukar-tukar. Kalau pelajar tu pointer dia bagus je tak payah bayar balik atau kena bayar sikit je. Tapi kalau tak mencapai target terpaksalah bayar balik. Bayangkan kena bayar balik semua, mau terkeluar isi perut dah lah banyak kos kalau belajar dekat UTP. Jadi ada baiknya UTP buat macam ni. Orang kadang2 tu kalau dah dapat ‘free’ bukan reti nak hargai. Duit tu pergi beli benda bukan2..Ala korang jangan nak tipu lah…saya tau..tengok tu dah angguk2…betul lah tu..haha.. Disebabkan asyik dengar orang cakap je dari pagi saya jadi teramatlah bosan. Nasib baik dorang ni ada bagi artikel buat santapan rohani. Bagus juga. Teringat lah pulak masa kat UIA yang memang terkenal dengan risalah2 ni. Berapa banyak dah saya kumpul artikel2 sepanjang belajar di Pusat Asasi. Kalau bosan2 baca balik.
Petang tu pula lepas solat zuhur, ada ‘briefing’ mengenai ‘assessments’ yang bakal peserta2 educamp hadapi dan juga ‘interview’ yang bisa mengecutkan perut semua peserta bila sebut je pasal ni termasuklah saya. Seterusnya pula, aktiviti yang saya nanti2kan iaitu Jelajah Kampus ataupun lebih sedap dipanggil ‘Campus Tour’. Sebelum mula, peserta dibahagikan ikut kos masing2. Macam saya, kos kejuruteraan mekanikal. Saya pun dengan teruja nya pergilah berbaris dan antara orang terawal masuk barisan..haha..Tak lama lepas tu saya pun toleh lah belakang dengan hajat nak beramah mesra dengan peserta perempuan yang satu kos ngan saya. Tengok2 5 orang je perempuan termasuk saya. Makk aihh mana perempuan yang lain2??Rata-rata semua kat kejuruteraan kimia. Saya pun berpura-pura biasa konon2 imun ngan kaum Adam padahal dalam hati Allah je la tau. Lepas tu kami berlima duk pakat-pakat..”Wei jangan berpecah, nnt ktorang gerak sama-sama tau”..haha..Tapi yang saya agak kurang berpuas hati bila fasi yang sepatutnya bawa kami orang ‘bersiar-siar’ tu lambat datang. Lama jugak la tunggu. Budak-budak lain semua dah sampai Singapura tapi kami masih lagi kat Perak. Mulalah masa tu saya cakap macam-macam,”ishh apa la tak de etika fasi langsung…dahlah lambat, lepas tu..^$%&$&$##$%...” cewah tak da lah tak baik cakap macam tu. Kita kena lah husnu zhon dengan orang. Mana lah tau fasi tu sakit perut ke ape ke. Mana lah kita taukan. Akhirnya fasi-fasi ni pun sampai ada 4 orang kalau tak silap. Sebab ramai jadi kami pecah 2 kumpulan. Mula-mula abang tu poyo je cakap BI…wahaha..tapi saya faham dia disuruh cakap BI ngan kami..tapi lepas rasa2 ‘orang2 besar’ dah tak de dia pun cakap BM…kui3..
Kami di bawa tengok ‘laboratary’. Canggih. Orang Jawa kata “World Class Facilities”. Makmal dia sume ‘transparent’. Mungkin sebab tu lah cuaca kat UTP ni panas dia lain macam. Sebab banyak penggunaan cermin yang memantulkan balik cahaya dan bahang2 cahaya matahari. Macam2 peralatan saya tengok dan semuanya asing bagi saya. Antaranya ‘EDM Drilling Machine’, EDM Wire Cut Machine’, ‘KUKA 6 – Axis Articulated Robot’, ‘FARA 4 – Axis SCARA Robot’..ish pelik2 nama. Susah mau ingat. Masa juruteknik makmal tu terangkan saya angguk-angguk je konon2nya faham lah. Tapi satu habuk pun tak faham….muka bajet serius macam faham…ye la takkan nak buat muka blurr..kita kenalah meraikan orang yang terangkan tu…walaupun tak faham tapi kita kenalah buat faham..berbuih2 mulut dia cakap pastu tetiba kita cakap..”bang, ape abang merepek tu…saya kurang mengerti la..” tak ke bengang abang tu. Tak pasal2 ada plak yang kene campak kat dalam mesin drilling tu.haha.
Lepas habis tengok2 makmal kami dibawa tengok ‘library’ pulak. Saat2 yang dinantikan. Tapi bukan rezeki kami sebab masa tu dah dekat pukul 5 petang dan ‘library’ dia ada sistem autometik di mana semua pintu dan lampu-lampu akan tertutup bila dah pukul 5 ptg. Aduhh melepas nak tengok library dia. Dapat tengok dari luar pun jadilah..
Penat lah menaip..nantilah saya sambung lagi pengalaman saya di educamp. Pendek kata mana yang baik jadikan teladan dan mana yang buruk jadikan sempadan. Buat siapa2 yang akan ke educamp yang akan datang, ni serba sedikit saya kongsikan secara kasar aktiviti sepanjang educamp.
7 comments:
panjang citer tentulah penat kan..
u nak ke UTP kew?hu...sedih2..insyaALLAH dapat UTP t jgn lupe blanje i mkan pas dpt biasiswa ye..hik3..n jgn lupe kami di UIA espesyeli i y cuty2 neh..kui3..bi taufiq wa najjah ya ukhtiy habibullah..yeah~
rajin tol g kem-kem nie.. hu3..
aq...maleh betol g kem-kem nie(ape2 jnis kem)..
bz manjang jew...uhu..
lokman bz ke?huhu
wat gapo la tu eh, ngabis kan durian kat kpg ka???tak pun rambutan, simpan skit rambutan untuk kitaorg. kang balik habis lak..he3
To Is: belum tau lagi dapat masuk ke tak UTP ni..kalau ada rezeki Allah bagi..InsyaALLAH..
To Luqman:Daripada den duk rumah tak buat ape baik g camp..haha..aktifkan diri mu...cewah
nukilan yg sgt menarik..
tahniah n all da best!
Post a Comment