Di sini saya ingin berkongsi beberapa kata hikmah Saidina Ali bin Abi Talib RA yang dipetik dari buku "400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H" yang dikarang oleh Hj Nik Azran Muhamed. Kerana tak larat nak tulis sampai 400, jadi saya kongsikan 10 je la. Selebihnya kalau nak tau pergi beli sendiri..haha..
1) Apabila engkau mahu ditaati, maka pintalah apa yang mampu dilakukannya
Ye la kalau kita minta orang tu buat benda yang dia tak mampu, memanglah dia tak nak buat...dah dia tak reti kan...jadi mintalah dia buat ikut kemampuan dia..ok?
2) Apabila kata-kata yang ringkas sudah memadai, maka memanjangkan kata-kata adalah sesuatu perkara yang membosankan. Dan apabila kata-kata ringkas belum memadai, maka memanjangkan kata-kata adalah suatu kemestian.
Nasihat supaya kita meraikan keadaan pendengar atau pembaca yang pelbagai. Contoh, kalau rasa-rasa kita bercakap dengan orang tang intelektual dia tinggi, cakap ringkas2 sudah memadai, tak perlu nak terangkan panjang lebar sebab orang tu dah tau. Kalau cakap orang macam saya ni, mungkin perlukan penjelasan panjang lebar..tapi jangan lah lebar sangat sampai tepu kepala otak ni.
3) Hendaklah engkau memuji sesiapa yang bertindak kasar (atau tidak sopan) terhadapmu dan menyatakan kesalahanmu, dan janganlah engkau memuji sesiapa yang menyatakan kebaikanmu dan yang memujuk rayumu(pengampu).
Ye la orang sekarang asyik nak dengar pujian je..pantang dengar pujian mula lah nak kembang kempis lubang hidung..bila ditegur marah...sedangkan orang yang mengampu tu saja je nak besar-besarkan pujian padahal benda biasa je..sebab nak dapat habuan...sampai orang yang diampu tu lupa diri. Jadi, kita kenalah berlapang dada kalau orang tegur kita, sebab mereka menegur untuk kebaikan..ok?
4) Menggerakkan sesuatu yang tidak bergerak lebih mudah daripada menghentikan sesuatu yang sedang bergerak.
Maksud dia kalau nak gerakkan kereta senang tapi bila brek tak berfungsi kan susah nak berhentikan..ada plak bukan ni maksudnya...haha..maksud ayat ni, nak menyebarkan fitnah lebih mudah daripada menghentikan fitnah yang tersebar.
5) Jihad bagi seorang wanita ialah dia berbuat baik kepada suaminya.
Yang dimaksudkan dengan berbuat baik kepada suami ialah mentaati suami, menjaga hartanya dengan baik(bukan menghabiskan duit suami je shopping sana sini), sentiasa memberikan layanan yang baik dan menjaga maruah serta nama baik suami. Jadi kena lah kahwin kalau nakkan jihad ni ea. Jangan pula simpan niat tak nak kahwin, tak baik tau.
6) Janganlah engkau berkata-kata tentang perkara yang engkau tidak tahu bahkan janglah engkau bercakap tantang semua perkara yang engkau tahu kerana Allah SWT telah mewajibkan kewajipan2 ke atas semua anggota tubuh badanmu dan mereka akan berhujah denganmu di akhirat kelak berdasarkan kewajioan tersebut.
Saidina Ali RA menasihati kita supaya tidak tidak banyak bercakap kerana banyak bercakap tidak akan terlepas daripada pendustaan, umpatan, dan segala macam perkara yang tidak elok. Tambahan pula, tanda orang yang mempunyai banyak ilmu adalah amat kurang percakapannya.
7) Tidak dikatakan beribadat untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan mengerjakan amalan2 sunat apabila memudharatkan ibadat2 yang fardhu.
Maksudnya kita kena mendahulukan perkara yang lebih penting daripada yang kurang penting. Dalam konteks ibadat, sebagai contoh, kita bangun pukul 4 pagi untuk qiamullail tapi lepas tu tertidur sampai pukul 9 pagi. Subuh dinasour lah jawabnya.
8) Perkara yang perlu ada pada kepimpinan adalah sikap berlapang dada.
Pemimpin yang tidak mempunyai sikap ini adalah pemimpin yang bodoh dan pemimpin yang bodoh tidak layak memegang tampuk kepimpinan.
9) Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat(perbincangan) hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang.
Sebab seorang individu belum tentu dapat menyimpan rahsia apatah lagi kalau kita bagitau 10 orang.
10) Memberikan hujah kepada si jahil adalah mudah pun begitu apa yang susah adalah bagi si jahil itu menerima hujah tersebut.
Sebab orang jahil ni tak mudah menerima kebenaran tapi asyik nak pertahankan benda yang salah je..
sekian, wassalam...
ps: sama2 lah kita mendoakan semoga Allah SWT memudahkan segalanya untuk sahabat kita, saudara nabil marwan yang sedang bertarung nyawa di hospital di saat ini. Boleh baca entri yang ditulis oleh K.Syira di sini.
1 comments:
alhamdulilah.,.tima kasih...
sbb kongsi pengetahuan...
Post a Comment