Thursday, June 18, 2009

Langkah Permulaan

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menghasilkan blog ni.Penat jugaklah pilih template yang macam2 corak. Juling mata dibuatnye.Akhirnya hijau juga yang melekat.Nak buat macam mana dah saya suka hijau.haha.Macam mana boleh tetiba nak buat blog?Ini semua hasil galakan kakak saya dan tak lupa juga sahabat2 saya terutamanya Iba dan Afuf hu3.Terima kasih banyak2 atas dorongan kalian. Sebelum ni saya selalu baca blog orang lain je.Ada juga terniat nak menulis blog tapi tiada kekuatan sebab rasa diri ini tidak pandai menyusun ayat, bermadah pujangga macam yang lain2.Tapi bila difikir balik kita semua start from zero to hero.If not now,when?Jadi kalau nak jadi hero kenalah bermula sekarang.Biarlah banyak silap pun,tapi saya yakin sahabat2 di luar sana amatlah ringan tulang membantu saya membetulkan kesilapan saya. Tak salah membuat silap sebab ia sebahagian daripada proses pembelajaran.


Matlamat


Dalam hidup ni tidak kira dalam apa jua perkara yang kita lakukan, kita mestilah ada matlamatkan?Jadi tujuan saya menulis blog ni bukanlah sekadar suka2 tanpa tujuan. Tapi saya harap dengan menulis blog ni saya dapat melatih kemahiran saya menulis, berkongsi ilmu dan pengalaman saya dengan sahabat2 yang sudi membaca blog saya.

Ada seorang sahabat saya yang kata orang sekarang ni ramai yang idealism tapi tak practical.Ramai yang hanya pandai berkata-kata, mengeluarkan pendapat yang hebat2 tetapi tiada tindakan susulan terhadap kata-katanya.Bila dengar je sahabat saya kata mcm tu, saya jadi ragu-ragu untuk menulis blog.Saya bimbang jika saya jadi seperti yang dikatakannya.Saya tak nak la jadi orang yang NATO (No Action,Talk Only).Sebagai mana firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(Surah As-Saff 61:2-3)

Bila baca ayat ni, meremang bulu roma saya,rasa takut,bimbang kalau2 saya tergolong dalam golongan yang dibenci Allah kerana cakap tak serupa bikin.Semoga Allah mengampuni dosa saya dan sahabat semua.


Gaya Penulisan


Seperti yang saya khabarkan tadi, saya bukan lah seorang yang pandai menulis. Jadi sebagai orang yang baru bermula, tahap penulisan saya hanyalah biasa2 sahaja.Saya hanya harapkan apa yang saya celotehkan di blog ni mampu difahami oleh semua orang. Jika saya menulis dengan gaya bahasa yang terlalu tinggi ditambah dengan ayat2 yang bombastik, pasti sahabat2 yang masih belum mencapai tahap pemikiran ke arah itu tidak faham.Jadi sia-sia lah saya menulis jika maknanya tak sampai. Tu syok sendiri namanye.hu3..Tapi hakikatnya saya bukan nya pandai menulis sesuatu yang tinggi dan sukar untuk difahami .he3…


Akhir kata untuk entry pertama saya ni, saya harap sahabat2 tidak lokek untuk berkongsi ilmu, menegur salah silap saya. Saya sedia terima dengan hati yang terbuka segala komen2 anda.Wassalam.


Ps:Nak tulis entry ni punye la makan masa lama.Tulis,padam 100x.Ni la akibatnya xselalu menulis.hu3..

4 comments:

Kholah Afifah said...

sama lah ye...
betulkan mana x btl...
ingatkan mna yg lupa...
dan apa2lah yg betul...

selamat berblog dan memberi dan mendapat manfaat darinya..

perantaukasih said...

merangkak, kemudian bertatih, apabila sudah pandai berdiri, belajarlah berlari...

innii said...

mabruk!
zatil go!
zatil go!
zatil go! go! go!
hehe..

innii said...

p/s : bukan ker dulu zatil yang paksa pimpinan buat artikel?hik3