Sunday, September 6, 2009

From Tronoh To Masjid Negara


Assalamualaikum wbt...


Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya berkelana sorang2 ke Masjid Negara dari UTP untuk menghadiri program MIFTAH di sana.Cewah bunyi mcm jauh sgt je.Padahal 3 jam je naik bas. Ni la 1st time saya pergi program sorang2 sebab takda teman. Mula2 ingatkan Nadya dapat teman tapi dia terpaksa 'cancel' sebab dia ada kelas hujung minggu. Bila tau Nad tak dapat teman, hati berbelah bahagi nak pergi ke tak pergi sebab risau nk pergi sorang2.Maklum lah tak pernah lagi g 'jenjalan' sorang2. Last2 saya tekad gak nak pg gak Masjid Negara. Sorang pun sorang lah.InsyaAllah segalanya selamat, saya yakin Allah akan melindungi saya sepanjang perjalanan. Ikutkan nak naik tren tp malangnya tiket abis. Sib baik dah cek dulu kat internet kalau tak sia2 je g Batu Gajah tp tiket takde. Nak tak nak saya telah berjaya memaksa 3 org kawan untuk hantar saya ke stesen bas Sri Iskandar.hahaha.Tak lain tak bukan Shima(driver),Nadya(dia xdpt pg jd dia kene anta..haha) dan Effa.Disebabkan saya ni pengecut bebenor, nak beli tiket pun kene tiga2 orang tu temankan.Pastu suh Nad tolong belikan..huehehe..Nak beli tiket satu je tapi sampai 4 orang skali kat kaunter tiket tu..wahaha lawak2..terima kasihlah kawan2 sbb sudi tolong kawanmu sorang ni. Alhamdulillah ad tiket bas ke KL Sentral. Syukur skali lagi sbb jumpa geng yg nak pg KL gak,Linda. Siap bgtau awal2 kat dia,"Nnt dalam bas duduk ngn Zatil tau."haha..sabar je la.Nampak naa 1st time.


Setibanya kat KL Sentral, terpaksa berpisah ngn Linda sbb dia nk balik umah dia.Ayah dia jemput kat KL Sentral. Saya pula mundar-mandir kat dalam KL Sentral. Udah seghupa pelancong plak. Mcmlah tak biasa ngn KL Sentral. Padahal masa kat UIA dulu baper kali dah g KL Sentral kalo nk pergi program.Mungkin sbb dah lama tak pegi, jd saya pun mcm hilang ingtn. Huehehe..Pastu tepon Sakinah tanya cam ne nk pegi Masjid Negara dr KL Sentral. Sakinah ngan penuh budiman nya setia mangajo saya yg tak ngeti nih. Alhamdulillah sampai gak Masjid Negara. Masa tu jam dekat pukul 7. Sempat la sampai sebelum berbuka. Dah sampai2 tu jenuh lak cari mana la sahabat2 ku yang lain. Tepon la jap.Ate ghupe2nyer dorang kat dlm LRT dari UIA Gombak baru nk pg. Aishh ingtkan dah sampai. Teman dari Perak ni plak yg sampai dlu. Tp xpe la pastu jumpa plak ngn sahabat2 dari UM. Ada gak la geng. Lepas ktorg dah berbuka barulah dorang yg dr Gombak ni sampai. Kesian dorang kecapekan. Hatiku melonjak kegumbiraan bila melihat kelibat dorang ni. Maklumlah lama tak ketemu dan akhirnya majlis ilmu ini menemukan kami.Alhamdulillah.


Pada sebelah malam selepas solat terawih, semua peserta MIFTAH berkumpul kat bilik kuliah. Bersama2 kami dalam bilik tu ada 2 kelibat 'foreigners'.Rupa2nya mereka dari Turki. Salah sorang dr mereka, Mr.Sadiq diminta memberi tazkirah di hadapan. Masa tu saya dah bajet malas nk dgr sbb mesti dia sampaikan dalam BI.(saya ni memg malas nk dgr kalo tazkirah dlm BI..hu3).Tapi tengok2 dia cakap BM. Amik ko.Tu la sape suh pandang rendah. Fasih je dia cakap BM. Masa tu rasa mcm bangga je sebab ad foreigner pandai cakap BM..hehe..Pengisian yang bermanfaat daripada Mr.Sadiq menegenai Ramadhan.


Keesokan harinya, penuh dengan pengisian daripada penceramah2 yang cukup mantap iaitu Cikgu Sidek, Ust Muhadir, Dr.Mohd Farid Shahran dan Prof Dr. Abdul Aziz. Sebelah petang pula ada sedikit akiviti di mana kami kena interview orang yang ad sekitar masjid mengenai Ramadhan dan makna integriti. Tapi petang tu orang tak ramai sangat. Sempat la interview dalam 4 orang dalam masa terhad yang diberikan iaitu hanya 30 minit.


Hari terakhir, saya tak sempat ikut program sampai habis. Terpakasa balik awal sebab tak nak sampai UTP lewat. Terima kasih kat azimah n islinda sebab teman saya pergi Puduraya. Tapi dorang memang nk pergi sana nak beli tiket balik raya.huhu. Rasa macam jauh je jalan kaki pegi Pudu dari Masjid Negara. Ni sebab tak tau jalan dekat la. Saya sampai UTP dalam pukul 3 petang. Masa tu saya rasa tak larat sangat mcm dehydrate.Nak kena jalan lagi masuk UTP.huh.Tapi bila fikir2 balik ni baru sikit. Tentera Islam berperang masa Ramadhan boleh, takkan la ni pun nak mengadu penat.ish3 ape la. Pastu singgah masjid nk solat Zuhur dan rehat sat kat masjid.huhu best2 masjid sejuk.Syukur nikmat Allah.


Jadi sekarang saya dah reti nak g KL macam mana. Lepas ni blh la pergi lagi xyah takut2..haha.Kalau tak selama ni saya memang tak penah keluar UTP. Terperap je kat dalam.huehehe. Kalau balik rumah tumpang sepupu. Sebab tu la tak reti.Tapi apa2 pun tak boleh la selalu. Kena consider dari segi ekonomi. Kalau selalu pokai la. Tiket pergi balik naik bas dekat RM50..banyaknyer…Apa2 pun syukur Alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya untuk saya. Tak lupa buat Kak Hasliza sebab tlg belikan saya buku yang saya nak. Nanti saya bayar balik ea kak. Takda duit masa tu.huhu. Tapi kalau akak nk belanja apa salahnya..haha.


Akhir kata, terima kasih sbb sudi buang masa baca entri ni.huehehe..

5 comments:

ahli aktif kpij said...

salam zatil..
alhamdulillah slmt pergi ke miftah dan kembali ke utp..is saje je anta zatil hr 2 cz is tw t msti name is msuk kt blog zatil punyerrr..keh3..xde la,guro je..
ade penbetulan sdkit syeikhah..kak HASLIZA syeikh,bkn haslina..marah org kpij klu ltak nme hewi mreka slah ni yob!hahahaha..

p/s:bertemu kita di puncak jaya!
~salam ramadhan kareem..ALLAHu akram~

NURILHAM said...

haah la salah eja..ish3 mare kak has kang...thanx is...till we meet again!

Fatimah bintun Qamar said...

bagus2 nur..

innama al'malubinniat, kerana allah dan kerana ilmu, insyaAllah perjalanan ke sana dirahmati allah s.w.t

Anonymous said...

cemana dari kl sentral nak gi masjid negara??

Rahah said...

Mksudnya..awk beli tiket ets ipoh-kl sentral r ye..sbb sy nk g tronoh awana residence ...