Tuesday, September 29, 2009

Habis Sudah Raya Bagiku...

29 September 2009, merupakan pengakhiran cuti raya saya…Saya sampai di UTP lebih kurang pukul 1.45 petang dengan menaiki kereta yang saya pandu sendiri..eh apa plak..mana ada lesen..sepupu saya lah yang bawa kete..saya duk kat belakang ‘syahid’…huahaha..

Kalau selalu blok asrama saya sunyi je, tapi hari ni masa saya kat dalam bilik dengar la bunyi kecoh2 kat luar..Suara orang cakap2 dalam bahasa yang saya tak faham..Rupenyer ada pelajar international baru masuk..Kalau sebelum ni 3 bilik depan bilik saya jin yang duduk, sekarang jin tu terpaksa merempat sebab dah ada orang lain lak masuk bilik tu..haha…Depan bilik saya, pelajar dari Thailand..saya tak sempat lagi nak menyembang ngan dia..Nak jadikan citer, masa tu saya baru nak masuk bilik air, tetiba ada suara memanggil saya dengan sopan santun sekali(pelajar baru).


Pelajar baru:miss…miss..

Saya:Aik budak tu panggil aku ke?Mestilah aku..dah takda orang lain dalam bilik air nih..(cakap dalam hati)..

Saya pun pergilah kat budak tu sambil menghadiahkan senyuman yang manis..

Saya: Yes, can I help you?(perghh skema ayat..haha)

Pelajar baru: Err can you give me duster..to wipe the floor..(sambil tangan dia buat gaya orang tgh lap lantai)..

Saya pula fenin2 lalat kejap..budak ni nak feather duster ke ape..tp tu gunanya nak buang habuk apa plak kaitan nak bersihkan lantai plak…Jadi saya ngan selambernya cakap balik..

Saya: Do you mean broom?

Pelajar baru: No..no..I want duster to clean the floor..it’s very dirty..

Laa budak ni nak mop rupenyer..cakap la siang2..

Saya:Owh..do you mean mop?You want to mop the floor rite?

Pelajar baru: Ahh..yes..yes..mop..

Saya: Err actually I don’t have mop..but I have small towel..is it ok?

Pelajar baru: Oh it’s ok…


Saya pun bawa la budak tu pegi bilik ambil tuala kecil bagi kat dia ..tuala tu memang digunakan lap2 lantai pun..


Malam tu sempat la sembang ngan dia. Rupa2nya dia dari Uzbekistan. Waa macam2 bangsa duk satu blok ngan saya..Lepas ni boleh saya blaja bahase depa..huhu


Malam tu jugak, pukul 10 lebih masa saya sedang syok menjahit..tetiba takda letrik…Sejurus lepas takda letrik..mula lah budak2 laki buat hal main mercun..Dah la saya ni memang anti mercun…menggelegak je badan ni..rasa nak amik mercun2 tu..bakar sekali gus..memekak je malam2..lepas tu buat bising jerit2 berbalas2 dari V2 ke V4…Dah la blok saya berdekatan ngan blok brothers…adoi agaknye mcm ni la perangai budak2 yang terlampau ‘bijak’…xdapek den nak nolong…

Ps: Sebenarnya tak da pa pe pun nak sampaikan..saja je nak bercerita kisah dongeng kat blog nih…haha..Kesian korang telah membuang masa baca entri ni..Sori ea..apa2 pun sempena hari raya ni saya mohon maaf…Malim anak Pak Lebai,Goodbai…

Thursday, September 17, 2009

Dusta Berkalang

Setiap kali mendapat nikmat,
Jarang kusedari itu pemberianMu,
Terkadang rasa itu kerana,
Segala usaha dan penat lelahku sahaja.

Setiap kali ditimpa musibah,
Ku mengeluh risau bertambah gelisah,
Hingga terlupa pada Mu-Allah,
Tempat kembali segala masalah...


Ini adalah antara rangkap lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tanahair..kalau dihayati maknanya, benar..memang itu lah hakikat manusia...jika mendapat sesuatu nikmat..jarang2 sekali mahu bersyukur..sehingga merasakan kejayaan yang diperoleh adalah hasil usaha sendiri..Kita lupa jika tidak dengan izin Allah, masakan kita dapat kecapi nikmat itu..Walhal apabila mendapat musibah..kita mula mengeluh kesah..menghina diri..terlampau risau memikirkan hal2 duniawi yang fana mengatasi ukhrawi yang abadi...Kita lupa kita ada Allah untuk mengadu masalah..Kita lupa Allah itu Maha Mendengar segala rintihan hamba2Nya...Kita mengambil jalan mudah melempiaskan masalah..dengan keluar berseronok bersama kawan2 dan sebagainya bagi melupakan masalah yang membelenggu...


Sahabat2..ini bukan caranya..sebagai insan yang bergelar muslim..ada caranya untuk kita mendapat ketenangan hati...


Allah berfiman:

"Wahai orang-orang yang beriman!Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."

(Al-Ahzab 33:41-43)



Allah berfirman lagi:

" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.:

(Al-A'raaf 7:205)



Hamba Yang Mensyukuri Nikmat

Pernah tak kita berfikir sejenak. Kita hidup kat atas bumi Allah kita ada kena bayar sewa tak?
Udara yang kita hirup hari2,setiap saat.. ada dikenakan bayaran tak...macam kita bayar bil air ngn
bil elektrik..ada Allah minta bayaran?? Tak de kan..Maka, jadilah kita insan yang bersyukur...tapi
bagaimana cara kita bersyukur kepadaNya? Dengan melanggar perintahNya? Dengan hidup bersuka
ria di muka bumi? Dengan melakukan kerosakan di muka bumi?


Firman Allah:

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan" (Ar-Rahman 55:13)


Ayat ini telah diulang sebanyak 32 kali di dalam surah ini....Baginda Rasulullah SAW dikenali sebagai
abdan syakuura (hamba yang banyak bersyukur). Setiap langkah dan tindakan baginda merupakan
tanda kesyukuran kepada Allah SWT padahal baginda merupakan kekasih Allah. Inikan pula kita
yang disaluti segunung dosa masih lagi tidak mahu bersyukur..


Adakah bukti kesyukuran kita kepada Allah Ta'ala sudah memadai dengan mengucap "Alhamdulillah"???
Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata, "Perumpamaan orang yang memuji syukur kepada Allah
hanya dengan lidah, namun belum bersyukur dengan ketaatannya, sama halnya dengan orang yang berpakaian hanya mampu menutup kepala dan kakinya, tetapi tidak cukup untuk menutupi seluruh tubuhnya. Apakah pakaian sedemikian dapat melindungi daripada cuaca panas atau dingin?"



Bersabda Rasulullah SAW:

"Tidak akan melangkah seorang hamba itu pada hari kiamat hingga ditanya apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke mana hartanya diusahakan dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.."(hadith riwayat at-Tirmizi)


Tuesday, September 15, 2009

Cepatnya Masa Berlalu

Ya itu lah yang saya rasakan...Ramadhan semakin hampir ke penghujung...rasa sedih nak meninggalkan Ramdhan...pasti saya akan merindui suasana Ramadhan kali ini...pada saya setakat ni, inilah Ramadhan yang saya rasakan paling bermakna dalam hidup saya...tak pernah saya rasakan betapa nikmatnya Ramadhan sebelum ni seperti saya rasa sekarang...Ruginya saya sebab tak menggunakan Ramadhan sebelum ni sepenuhnya..berapa kali Ramadhan yang saya lalui telah saya sia2kan begitu sahaja..moga saya ada jodoh lagi dengan Ramadhan tahun hadapan..

*ps:xda pe nk tulis sbnrnya...saje nk bersihkan 'sawang' kat dalam blog nih..xberkesempatan nk tulis panjang2...test yg berterusan + kuiz + assignmnet yg byk.Lepas cuti raya pun ada test lagi..biasalah hidup kita akan sentiasa di'test'.ni baru sikit Allah 'test'..Moga dipermudahkan segalanya untuk saya dan sahabat2...xlupa gak,Salam Aidilfitri buat sumer...maafla xda kad raya untuk korang sumer...nnt2 la ea...tak pun xyah langsung..haha...xlupa jugak di dalam kita bergembira sambut saya nnt jgn lupakan saudara seIslam kita di Palestin,Iraq dan seluruh dunia yang dalam kesusahan..sama2 kita doakan untuk mereka..wallahualam....

Sunday, September 6, 2009

From Tronoh To Masjid Negara


Assalamualaikum wbt...


Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya berkelana sorang2 ke Masjid Negara dari UTP untuk menghadiri program MIFTAH di sana.Cewah bunyi mcm jauh sgt je.Padahal 3 jam je naik bas. Ni la 1st time saya pergi program sorang2 sebab takda teman. Mula2 ingatkan Nadya dapat teman tapi dia terpaksa 'cancel' sebab dia ada kelas hujung minggu. Bila tau Nad tak dapat teman, hati berbelah bahagi nak pergi ke tak pergi sebab risau nk pergi sorang2.Maklum lah tak pernah lagi g 'jenjalan' sorang2. Last2 saya tekad gak nak pg gak Masjid Negara. Sorang pun sorang lah.InsyaAllah segalanya selamat, saya yakin Allah akan melindungi saya sepanjang perjalanan. Ikutkan nak naik tren tp malangnya tiket abis. Sib baik dah cek dulu kat internet kalau tak sia2 je g Batu Gajah tp tiket takde. Nak tak nak saya telah berjaya memaksa 3 org kawan untuk hantar saya ke stesen bas Sri Iskandar.hahaha.Tak lain tak bukan Shima(driver),Nadya(dia xdpt pg jd dia kene anta..haha) dan Effa.Disebabkan saya ni pengecut bebenor, nak beli tiket pun kene tiga2 orang tu temankan.Pastu suh Nad tolong belikan..huehehe..Nak beli tiket satu je tapi sampai 4 orang skali kat kaunter tiket tu..wahaha lawak2..terima kasihlah kawan2 sbb sudi tolong kawanmu sorang ni. Alhamdulillah ad tiket bas ke KL Sentral. Syukur skali lagi sbb jumpa geng yg nak pg KL gak,Linda. Siap bgtau awal2 kat dia,"Nnt dalam bas duduk ngn Zatil tau."haha..sabar je la.Nampak naa 1st time.


Setibanya kat KL Sentral, terpaksa berpisah ngn Linda sbb dia nk balik umah dia.Ayah dia jemput kat KL Sentral. Saya pula mundar-mandir kat dalam KL Sentral. Udah seghupa pelancong plak. Mcmlah tak biasa ngn KL Sentral. Padahal masa kat UIA dulu baper kali dah g KL Sentral kalo nk pergi program.Mungkin sbb dah lama tak pegi, jd saya pun mcm hilang ingtn. Huehehe..Pastu tepon Sakinah tanya cam ne nk pegi Masjid Negara dr KL Sentral. Sakinah ngan penuh budiman nya setia mangajo saya yg tak ngeti nih. Alhamdulillah sampai gak Masjid Negara. Masa tu jam dekat pukul 7. Sempat la sampai sebelum berbuka. Dah sampai2 tu jenuh lak cari mana la sahabat2 ku yang lain. Tepon la jap.Ate ghupe2nyer dorang kat dlm LRT dari UIA Gombak baru nk pg. Aishh ingtkan dah sampai. Teman dari Perak ni plak yg sampai dlu. Tp xpe la pastu jumpa plak ngn sahabat2 dari UM. Ada gak la geng. Lepas ktorg dah berbuka barulah dorang yg dr Gombak ni sampai. Kesian dorang kecapekan. Hatiku melonjak kegumbiraan bila melihat kelibat dorang ni. Maklumlah lama tak ketemu dan akhirnya majlis ilmu ini menemukan kami.Alhamdulillah.


Pada sebelah malam selepas solat terawih, semua peserta MIFTAH berkumpul kat bilik kuliah. Bersama2 kami dalam bilik tu ada 2 kelibat 'foreigners'.Rupa2nya mereka dari Turki. Salah sorang dr mereka, Mr.Sadiq diminta memberi tazkirah di hadapan. Masa tu saya dah bajet malas nk dgr sbb mesti dia sampaikan dalam BI.(saya ni memg malas nk dgr kalo tazkirah dlm BI..hu3).Tapi tengok2 dia cakap BM. Amik ko.Tu la sape suh pandang rendah. Fasih je dia cakap BM. Masa tu rasa mcm bangga je sebab ad foreigner pandai cakap BM..hehe..Pengisian yang bermanfaat daripada Mr.Sadiq menegenai Ramadhan.


Keesokan harinya, penuh dengan pengisian daripada penceramah2 yang cukup mantap iaitu Cikgu Sidek, Ust Muhadir, Dr.Mohd Farid Shahran dan Prof Dr. Abdul Aziz. Sebelah petang pula ada sedikit akiviti di mana kami kena interview orang yang ad sekitar masjid mengenai Ramadhan dan makna integriti. Tapi petang tu orang tak ramai sangat. Sempat la interview dalam 4 orang dalam masa terhad yang diberikan iaitu hanya 30 minit.


Hari terakhir, saya tak sempat ikut program sampai habis. Terpakasa balik awal sebab tak nak sampai UTP lewat. Terima kasih kat azimah n islinda sebab teman saya pergi Puduraya. Tapi dorang memang nk pergi sana nak beli tiket balik raya.huhu. Rasa macam jauh je jalan kaki pegi Pudu dari Masjid Negara. Ni sebab tak tau jalan dekat la. Saya sampai UTP dalam pukul 3 petang. Masa tu saya rasa tak larat sangat mcm dehydrate.Nak kena jalan lagi masuk UTP.huh.Tapi bila fikir2 balik ni baru sikit. Tentera Islam berperang masa Ramadhan boleh, takkan la ni pun nak mengadu penat.ish3 ape la. Pastu singgah masjid nk solat Zuhur dan rehat sat kat masjid.huhu best2 masjid sejuk.Syukur nikmat Allah.


Jadi sekarang saya dah reti nak g KL macam mana. Lepas ni blh la pergi lagi xyah takut2..haha.Kalau tak selama ni saya memang tak penah keluar UTP. Terperap je kat dalam.huehehe. Kalau balik rumah tumpang sepupu. Sebab tu la tak reti.Tapi apa2 pun tak boleh la selalu. Kena consider dari segi ekonomi. Kalau selalu pokai la. Tiket pergi balik naik bas dekat RM50..banyaknyer…Apa2 pun syukur Alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya untuk saya. Tak lupa buat Kak Hasliza sebab tlg belikan saya buku yang saya nak. Nanti saya bayar balik ea kak. Takda duit masa tu.huhu. Tapi kalau akak nk belanja apa salahnya..haha.


Akhir kata, terima kasih sbb sudi buang masa baca entri ni.huehehe..