Sunday, April 18, 2010

Medan Muhasabah

Alhamdulillah berakhir sudah Ijtimak Sanawi Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS kali ke-9 bagi tahun 2009/2010. Terima kasih atas kerjasama semua komiti Ijtimak yang begitu komited dan dedikasi dalam menjayakan Ijtimak kali ini.


Seperti yang kita semua sedia maklum, Ijtimak Sanawi atau Muktamar merupakan medan penting dalam setiap gerakan sebagai medan menghentam pimpinan. Eh salah2..sebagai medan muhasabah untuk penambahbaik gerak kerja dakwah pada masa akan datang. Para perwakilan dilihat begitu hebat membahas ucapan dasar presiden dan tidak sekadar membahas tetapi turut memberi resolusi dan penambahbaikan kepada setiap permasalahan yang diutarakan.


Muktamar yang dikendalikan oleh pengerusi tetap yang mantap lagi berkaliber, Saudara Faidhah Hassan. Walaupun kecik tetapi berjiwa besar , mampu mengawal keadaan..haha. Tahniah dan takziah diucapkan kepada saf kepimpinan Rakan Masjid bagi sesi 2010/2011. Sesungguhnya kepimpinan tersebut bukan merupakan suatu “tasyrif” tetapi ia adalah suatu “taklifan” yang harus kalian pikul sebaik mungkin bagi menyemarakkan sinar Islam di bumi UTP yang dicintai ini. InsyaAllah kalian tidak berseorangan dalam memikul bebanan dakwah ini atau lebih molek lagi amanah ini kerana saya yakin akan sentiasa adanya sahabat2 seperjuangan yang komited dan akan terus membantu kalian dalam memperjuangkan Islam di bumi UTP ini.


Firman Allah SWT:

“Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.”

- Ali-'Imran 3:139 -


Ingin berkongsi sedikit kata-kata yang disampaikan oleh kakak saya, daripada Ustaz Hafiz Lubis, YDP ABIM Kedah. Beliau mengatakan bahawa "wadah-wadah dakwah di atas bumi Malaysia umpama jenis-jenis rawatan manakala du'at pula merupakan perawat dan mad'u sebagai pesakit."


Wallahu'alam..


Galeri Muktamar


Sidang perwakilan dan pemerhati yang hadir

Saf kepimpinan Rakan Masjid Muslimin 2009/2010

Saf kepimpinan Rakan Masjid Muslimat 2009/2010

Ucaptama Presiden Rakan Masjid 2010/2011,
Sdr. Hafizi Zakria

Saf kepimpinan Rakan Masjid Muslimin 2010/2011

Saf kepimpinan Rakan Masjid Muslimat 2010/2011


ps: maaf ler gambar tak baper nak clear..ate gune kamera henset yg tak baper nk canggih..haha



6 comments:

ain syafiqah said...

first time experience muktamar....
best n yg pling pntg dpt reflex sejauh mana gerak kerja islam yg telah kita lakukan....
takziah n tahniah buat saf pimpinan baru rakan masjid sesi 10/11....

cantek doh gambor tue...nok lawa lg edit kat picnik r kak....

Unknown said...

baguih2 ain..
1st time muktamar pun dah boleh bahas ucapan dasar n jd perwakilan..

zatil dulu 1st g muktamar jd pemerhati..n blurr tak tau pa pe dari awal sampai akhir..
hua3...

ape2 pun saf kepimpinan baru bukan calang2 org..terutama presiden..dari gaya cakap dah tau..
berpeluh2 nk ikut rentak dia..huehehe..

ain syafiqah said...

mane xbaguih sifu kat sebelah....
sye untng ade pengerusi tetap kat sblh (zatil r).....

dOtZ aL-BanGi said...

muktamar medan memuhasabah...

masa inilah utk menilai gerak kerja samada memenuhi matlamat Rakan Masjid sendiri...

ops...salam ziarah...

NURILHAM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ye betul tu a.pidotz

terima kasih la sudi ziarah teratak saya ni..