Wednesday, April 28, 2010

Mual

*Sedikit perkongsian yg dinukil oleh saudara Baihaqi. Sama-sama ambil iktibar dan muhasabah diri kembali. Mungkin kita salah sorang daripadanya. Selamat membaca!


Lewat teori retorika para daie, saya jadi Mual.

Mual pada -konon- Pengubah Dunia kepada satu Utopia syar'ie. Sedang mutabaah mereka lompong di sebukkan agenda rejuvernasi bumi yang tak sudah-sudah. Pastinya, khilafah hanyalah seperti melihat oasis di padang pasir. Saya juga rasa jelik. Jelik pada daie yang terlebih mufti,yang bagai mengerti siapa penghuni syurga neraka. Pada niat kudus mereka, mereka mendobrak jahanamkan agama kita, menyempitkan lorong-lorong serakan hidayah dari langit.

"Enti tak rasa ke yang enti tu bakal penghuni neraka?"
"Api neraka dah terlalu menggelegak nak sambar rambut enti tu"


Mungkin akibat berasa diri itu "terlalu suci" sampai nampak tanda-tanda penduduk neraka pada insan lain.
Apakah terlalu sulit untuk mempelajari seni dakwah?.


Saya juga jemu,
Jemu pada golongan -konon- "Thiqah". Zahirnya terpelihara pandangan matanya dari fitnah-fitnah dunia dengan tunduk patuh pada syariat langit, tetapi bila bertemu skrin komputer mahupun television, segalanya santapan mata. Laman komuniti apa? Friendster? myspace? facebook?, semua layan. Si jejaka alim berkopiah dengan pencarian wanita thiqahnya untuk di buat -konon- sayap kiri perjuangan dalam dakwahnya. Si muslimah ayu bertudung litup menyapu lantai tekun membalas mesej pemuda-pemuda dakwah idamannya. Thiqah apa namanya tu?

fenomena overseas.
seorang wanita melayu, pabila menaiki train atau bas, ada seat kosong sebelah lelaki melayu, tapi tak mahu duduk, katanya untuk menjaga ke-thiqah-annya. "Saya lagi rela berdiri walau apa jua keadaan". Tetapi, jika terdapat seat kosong sebelah mat salleh ataupun pak arab , bagai cahaya, dialah pemenang merebut kerusi.Thiqah kah? itu bukan Thiqah, itu namanya RACIST!

Seorang lelaki melayu, dalam perjalanan sebatang jalan, bertembung pula dengan pelajar perempuan melayu walau jarak 10 meter kehadapan, dengan penuh kesanggupan serta kemachoan dan lagak wara'nya melintas keseberang jalan semata-mata untuk tidak bertembung dengan perempuan melayu.Katanya hendak menjaga Thiqah, tapi itukah yang diajarkan nabi? kenapa tidak berbuat demikian kepada wanita-wanita arab mahupun eropah. Dengan selamba bertembung sambil meninjau-ninjau ukur lilit tubuh menarik. Itupun namanya Racist campur Miang.

ada lagi,
seorang Ukhti, mulut kelu terkunci bertemu seorang Syabab. Kalau bercakap, terkenang pengalaman di Kisas, liqa' albab namanya. berbicara di sebalik pintu tanpa mengenal si pemilik suara.Thiqah katanya. Tapi bila berbunyi Sms masuk, bukan main ligat. Itu bukan thiqah, tapi Malu. Ganjilnya, bila di telefon , bersayang-sayang, tak tahu pula malu.

apa yang mereka faham tentang thiqah dan ikhtilat sebenarnya? Sedang para sahabat utusan Allah pun sanggup mempelawa isteri nabi menaiki unta. Lalu, apakah yang terlalu membuatkan kita menjadi sebegini?Berpaling muka bila bertemu sambil melontarkan muka masam.Apa yang hendak dijaga sebenarnya?.

Saya juga menyampah.
Menyampah dengan Aktivis jemaah yang sempit ruang lingkup pemikirannya.Juga yang tidak reti-reti bertolak ansur tentang Taadud jemaah.Kenapa tidak terbenih dalam benak pemikirann mereka akan keperluan kepelbagaian jemaah yang berjuang pada wasilah-wasilah yang pelbagai. Sedang mereka sebenarnya melengkapkan antara satu sama lain, Cuba perhatikan pada PAS yang bagi saya sudah menombor-dua-kan Tarbiah dan terlalu meletakkan politik kepimpinan sebagai prioriti utama, maka wujudlah ISMA juga JIM sebagai jemaah Tarbiah yang mengisi lompang-lompang pada PAS. Juga, jika ISMA dan JIM merupakan jemaah tarbiah yang menyasarkan kepada golongan intelek sahaja.Maka siapa pula yang bertanggungjawab kepada pakcik-pakcik tua serta tukang sapu mahupun pengutip sampah dan juga buruh Indonesia? Di sini barulah kita nampak peranan Jemaah Tabligh dalam menyampaikan kesedaran agama kepada mereka.

Begitu juga dengan kehadiran Hizbut tahrir, Wamy, Pks dan lain-lain.
Kenapa tidak nampak pada Manfaat yang luas itu?

Saya bertambah bosan melihat pergaduhan perbalahan tak berkesudahan antara jemaah-jemaah Islam, saling tuduh menuduh, mengatakan Si jemaah A agen yahudi untuk memecah-belahkan ummat Islam , Si Jemaah B pula ingin memegang tampuk kekuasaan di kawasan C. Mungkin kerana masing-masing dengan gahnya mengatakan MANHAJ jemaah kamilah yang ter"SYUMUL", maka tertolaklah segala jemaah yang terwujud atas mukabumi ini.Mereka yang saya kira buta tidak dapat melihat permasalahan dasar ummah kini iaitu " memberi kesedaran beragama" dan "bertanggungjawab pada agama".

Butakah mereka pada ragam ummah?
adakah telah sampai masanya Islam mencapai ustaziatul alam?. Sedangkan Hedonisme masih menguasai pemuda seusia saya. Jangan cuba mempamerkan fatamorgana pada ummah dengan laungan-laungan Revolusi Islam pada masa terdekat ini pada LUMPUHNYA program Tarbiyah. Pastinya, golongan bawahan seperti saya terus musnah.

kenapa tidak dapat bertolak ansur pada kekhilafan dan cuba sedaya upaya bekerjasama pada yang telah disepakatkan?

Mungkin taadud jemaah ini melambatkan kebangkitan Islam kerana terpecah seleraknya tanpa kesatuan menjadi alasan. Adakah kebangkitan itu mampu terjalan tanpa bermulanya kesedaran?Adakah terlalu susah untuk mengikuti marhalah-marhalah yang ditetapkan?.Pembentukan bata-bata khilafah yang terdasar semakin punah pada rakusnya nafsu untuk memegang tampuk kepimpinan.Adakah mereka lupa kegagalan Parti Refah di Turki?, akibat terlalu tergesa-gesa melaksanakan hukum Tuhan, mereka tumbang bawah telapak kaki sekular.


Saya juga semakin Rimas.
Rimas dengan golongan Agamawan berlainan ideologi mazhab pemikiran. Bila berbalah perkara yang tidak memberikan langsung faedah terhadap ummat Islam. Cukuplah dengan perbalahan salafiah/wahabiah dengan Khalafiah ,di tambah dengan Ahbash juga syiah. Apakah dengan pentakwilan sifat Tuhan memberikan kemenangan mutlak umat Islam? atau hanya dengan membidaahkan pentakwilan itu musuh-musuh Islam akan jatuh kecut berlari terpusu-pusu ketakutan? Belum lagi mazhab akidah Syiah yang aktif mencaci para Sahabat ,membongkar maqam para Isteri Nabi dengan arahan ulama mujtahid mereka.

Jangankan Ulama yang menyusahkan Ummat!.

bukan saya Ahlinya membincangkan tentang ini, Cuma ini adalah yang masalah terpapar pada skrin alam yang terbentang. Jika berterusan, manakah titik pengakhiran? Lupakah mereka pada ini,

"Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah" (Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)


Dan akhirnya,
saya jadi musykil, apakah teramat susah memahami Islam?...

Juga saya rasa sedih,
Sedih kerana menjadi sebahagian dari mereka jua tak mampu berbuat apa-apa.

4 comments:

Ibnu Ghazali said...

pabila fanatisme mazhab berlaku dlam masyarakat

caliph_88 said...

MasyaAllah nur, apa yg ditulis oleh saudara inilah yg berada dalam fikiran kita.

Moga Allah mengurniakan petunjuk-Nya kepada kita semua.ameen!

umairzulkefli said...

Mual saudari pastikan terubat...
Hanya meniti waktu sahaja ummat ini kian bangkit...
Cumanya kita...
Usahanya di mana..

Mari, terus sedarkan ummat
Ceritakan kepada mereka tentang keterbukaan minda
Sehingga mereka faham akan erti perbezaan dan perpecahan...
Yang seharusnya diketahui berbeza itu tiada salahnya,
Perpecahan itu yang dilarangNya..
Dan berbeza itu tidak bermakna bermusuh..
Berbeza itu variasi...
Sebagai bukti kebesaran Ilahi..
Mencipta makhluknya dalam pelbagai ragam dan aksi..
Hanya akan hambanya yang berfikir akan mengetahui...

Marilah bangkit wahai generasi Da'i..
Sedarlah bahawa ummat sedang menanti!

Hafeez said...

Pembukaan minda penting dalam tarbiah.. tidak boleh melimitkan tentang sesuatu perkara.. Ana setuju dengan ulasan mengenai PAS di mana tarbiah di no 2 kan dan politik di utamakan... :).. sebab itulah perlunya golongan2 yang berfikir seperti kita untuk memperbetulkan kembali keadaan agar tidak lari dari matlamat asal tarbiyah.. :) .. Wallahua'lam