Wednesday, April 28, 2010

Mual

*Sedikit perkongsian yg dinukil oleh saudara Baihaqi. Sama-sama ambil iktibar dan muhasabah diri kembali. Mungkin kita salah sorang daripadanya. Selamat membaca!


Lewat teori retorika para daie, saya jadi Mual.

Mual pada -konon- Pengubah Dunia kepada satu Utopia syar'ie. Sedang mutabaah mereka lompong di sebukkan agenda rejuvernasi bumi yang tak sudah-sudah. Pastinya, khilafah hanyalah seperti melihat oasis di padang pasir. Saya juga rasa jelik. Jelik pada daie yang terlebih mufti,yang bagai mengerti siapa penghuni syurga neraka. Pada niat kudus mereka, mereka mendobrak jahanamkan agama kita, menyempitkan lorong-lorong serakan hidayah dari langit.

"Enti tak rasa ke yang enti tu bakal penghuni neraka?"
"Api neraka dah terlalu menggelegak nak sambar rambut enti tu"


Mungkin akibat berasa diri itu "terlalu suci" sampai nampak tanda-tanda penduduk neraka pada insan lain.
Apakah terlalu sulit untuk mempelajari seni dakwah?.


Saya juga jemu,
Jemu pada golongan -konon- "Thiqah". Zahirnya terpelihara pandangan matanya dari fitnah-fitnah dunia dengan tunduk patuh pada syariat langit, tetapi bila bertemu skrin komputer mahupun television, segalanya santapan mata. Laman komuniti apa? Friendster? myspace? facebook?, semua layan. Si jejaka alim berkopiah dengan pencarian wanita thiqahnya untuk di buat -konon- sayap kiri perjuangan dalam dakwahnya. Si muslimah ayu bertudung litup menyapu lantai tekun membalas mesej pemuda-pemuda dakwah idamannya. Thiqah apa namanya tu?

fenomena overseas.
seorang wanita melayu, pabila menaiki train atau bas, ada seat kosong sebelah lelaki melayu, tapi tak mahu duduk, katanya untuk menjaga ke-thiqah-annya. "Saya lagi rela berdiri walau apa jua keadaan". Tetapi, jika terdapat seat kosong sebelah mat salleh ataupun pak arab , bagai cahaya, dialah pemenang merebut kerusi.Thiqah kah? itu bukan Thiqah, itu namanya RACIST!

Seorang lelaki melayu, dalam perjalanan sebatang jalan, bertembung pula dengan pelajar perempuan melayu walau jarak 10 meter kehadapan, dengan penuh kesanggupan serta kemachoan dan lagak wara'nya melintas keseberang jalan semata-mata untuk tidak bertembung dengan perempuan melayu.Katanya hendak menjaga Thiqah, tapi itukah yang diajarkan nabi? kenapa tidak berbuat demikian kepada wanita-wanita arab mahupun eropah. Dengan selamba bertembung sambil meninjau-ninjau ukur lilit tubuh menarik. Itupun namanya Racist campur Miang.

ada lagi,
seorang Ukhti, mulut kelu terkunci bertemu seorang Syabab. Kalau bercakap, terkenang pengalaman di Kisas, liqa' albab namanya. berbicara di sebalik pintu tanpa mengenal si pemilik suara.Thiqah katanya. Tapi bila berbunyi Sms masuk, bukan main ligat. Itu bukan thiqah, tapi Malu. Ganjilnya, bila di telefon , bersayang-sayang, tak tahu pula malu.

apa yang mereka faham tentang thiqah dan ikhtilat sebenarnya? Sedang para sahabat utusan Allah pun sanggup mempelawa isteri nabi menaiki unta. Lalu, apakah yang terlalu membuatkan kita menjadi sebegini?Berpaling muka bila bertemu sambil melontarkan muka masam.Apa yang hendak dijaga sebenarnya?.

Saya juga menyampah.
Menyampah dengan Aktivis jemaah yang sempit ruang lingkup pemikirannya.Juga yang tidak reti-reti bertolak ansur tentang Taadud jemaah.Kenapa tidak terbenih dalam benak pemikirann mereka akan keperluan kepelbagaian jemaah yang berjuang pada wasilah-wasilah yang pelbagai. Sedang mereka sebenarnya melengkapkan antara satu sama lain, Cuba perhatikan pada PAS yang bagi saya sudah menombor-dua-kan Tarbiah dan terlalu meletakkan politik kepimpinan sebagai prioriti utama, maka wujudlah ISMA juga JIM sebagai jemaah Tarbiah yang mengisi lompang-lompang pada PAS. Juga, jika ISMA dan JIM merupakan jemaah tarbiah yang menyasarkan kepada golongan intelek sahaja.Maka siapa pula yang bertanggungjawab kepada pakcik-pakcik tua serta tukang sapu mahupun pengutip sampah dan juga buruh Indonesia? Di sini barulah kita nampak peranan Jemaah Tabligh dalam menyampaikan kesedaran agama kepada mereka.

Begitu juga dengan kehadiran Hizbut tahrir, Wamy, Pks dan lain-lain.
Kenapa tidak nampak pada Manfaat yang luas itu?

Saya bertambah bosan melihat pergaduhan perbalahan tak berkesudahan antara jemaah-jemaah Islam, saling tuduh menuduh, mengatakan Si jemaah A agen yahudi untuk memecah-belahkan ummat Islam , Si Jemaah B pula ingin memegang tampuk kekuasaan di kawasan C. Mungkin kerana masing-masing dengan gahnya mengatakan MANHAJ jemaah kamilah yang ter"SYUMUL", maka tertolaklah segala jemaah yang terwujud atas mukabumi ini.Mereka yang saya kira buta tidak dapat melihat permasalahan dasar ummah kini iaitu " memberi kesedaran beragama" dan "bertanggungjawab pada agama".

Butakah mereka pada ragam ummah?
adakah telah sampai masanya Islam mencapai ustaziatul alam?. Sedangkan Hedonisme masih menguasai pemuda seusia saya. Jangan cuba mempamerkan fatamorgana pada ummah dengan laungan-laungan Revolusi Islam pada masa terdekat ini pada LUMPUHNYA program Tarbiyah. Pastinya, golongan bawahan seperti saya terus musnah.

kenapa tidak dapat bertolak ansur pada kekhilafan dan cuba sedaya upaya bekerjasama pada yang telah disepakatkan?

Mungkin taadud jemaah ini melambatkan kebangkitan Islam kerana terpecah seleraknya tanpa kesatuan menjadi alasan. Adakah kebangkitan itu mampu terjalan tanpa bermulanya kesedaran?Adakah terlalu susah untuk mengikuti marhalah-marhalah yang ditetapkan?.Pembentukan bata-bata khilafah yang terdasar semakin punah pada rakusnya nafsu untuk memegang tampuk kepimpinan.Adakah mereka lupa kegagalan Parti Refah di Turki?, akibat terlalu tergesa-gesa melaksanakan hukum Tuhan, mereka tumbang bawah telapak kaki sekular.


Saya juga semakin Rimas.
Rimas dengan golongan Agamawan berlainan ideologi mazhab pemikiran. Bila berbalah perkara yang tidak memberikan langsung faedah terhadap ummat Islam. Cukuplah dengan perbalahan salafiah/wahabiah dengan Khalafiah ,di tambah dengan Ahbash juga syiah. Apakah dengan pentakwilan sifat Tuhan memberikan kemenangan mutlak umat Islam? atau hanya dengan membidaahkan pentakwilan itu musuh-musuh Islam akan jatuh kecut berlari terpusu-pusu ketakutan? Belum lagi mazhab akidah Syiah yang aktif mencaci para Sahabat ,membongkar maqam para Isteri Nabi dengan arahan ulama mujtahid mereka.

Jangankan Ulama yang menyusahkan Ummat!.

bukan saya Ahlinya membincangkan tentang ini, Cuma ini adalah yang masalah terpapar pada skrin alam yang terbentang. Jika berterusan, manakah titik pengakhiran? Lupakah mereka pada ini,

"Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah" (Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)


Dan akhirnya,
saya jadi musykil, apakah teramat susah memahami Islam?...

Juga saya rasa sedih,
Sedih kerana menjadi sebahagian dari mereka jua tak mampu berbuat apa-apa.

Tuesday, April 27, 2010

Tetamu Yang Diundang

*Perhatian..tulisan kali ini terdapat unsur2 peribadi lagi merepek dan saja2 ditulis untuk suka2 hati kerana jari jemari penulis terasa ingin menari2 di keyboard dengan girangnya secara tiba2..jadi xyah baca pun takpe..tak paksa tau..tapi nk buat mcm mana ate ngkome nk bace jugak..tak dapek den nak nolong..*


Assalamualaikum wbt....

Selalunya kalau nk bikin gempak mesti tulis tetamu yg tak diundangkan..tp nk buat mcm mana kalau tetamu ni mmg diundang pun..Baru2 ni, khamis lepas my sis, Cik Siti Wan Kembang(bukan nama sebenar) telah memulakan cuti semester nya dgn percutian 4 hari 3 malam di UTP..haha....Beliau kemari dihantar oleh Abah, Mak n Dzakwan n Adam ikut skali..They all were from Ipoh actually and on the way back they dropped my sis at UTP tp bukan lah akk saya dicampak dari kereta dan jatuh berguling guling..tp dia turun betul2 dari kereta tanpa terjatuh. Hati saya sungguh gumbira dapat jumpa mak, abah, dzakwan dan yg penting skali dapat jumpe Adam yang comel!!!Masa tu balik dari kelas gamelan yg terletak berhadapan ngn masjid n trus g masjid sbb dorang ada kat situ....dari jauh dah nmpk kakak saya lambai2 dengan lemah gemalai nya dan belakang dia mak n Adam..abah tak kuar lg kot dr masjid..bile Adam nmpk saya..Adam lari2 baby menuju ke saya sambil jerit2..Annur..Annur....(kebetulan sama la plak ngn nama msjd UTP..)..kepelatan Adam terserlah...waa saya dgn teramat suka tahap langit ke tujuh berlari ke arah Adam dan memeluk Adam...perghh rindunyerrr kat Adam..lepas tu baru g kat mak peluk cium mak..terlepas la kerinduan yg bersarang di hati ni...tak lama lepas tu abah lak kuar..g plak kat abah...tapi tetiba nmpk sorang dak kecik gaya rambut ala2 Abu Bakar Elah lari2 dtg kat saya..hahahha Dzakwan rupenye..adoyai pe plak ngn rambut dia ni..sapo yg kasi potong itu macam..b4 balik, Adam takmo salam saya..dia tahu kalo salam tu mksdnye saya tak ikut skali ngn dia..dia g tarik saya masuk kete..puas pujuk last2 baru dia salam..waaa cedey je bile kereta pergi meninggalkn perkarangan v4..sabo2 lagi baper mngu je nk balik rumah ni..



Jadi citer lak pasal tetamu sorang ni..asalnya planning nk bawa dia swimming kat tasik UTP..eh silap plak..kat swimming pool..tp hujan lak itu petang n sejuk.. kang dia sakit dada plak so cancel la...pastu esok nya, hari Sabtu cadangnya nak bawa dia g jalan2 sekitar UTP ni tp tak jadi gak...Allah ganti dgn perkara yg lagi best....hari jummat tu Aqidah "spongebob" bgtau yg dorang perlukan fasi utk program kat SMKA Sultan Azlan Shah utk keesokan harinya(Sabtu)...masa tu sy takde kat bilik sbb ada kelas...akk saya yg duk chatting ngn Aqidah..last2 dia ckp ngn Aqidah dia nk join skali jd fasi..so on je la..SMKASAS dokek jo ngn UTP. Esoknya Maziah amik kami n skali ngn Ika bw g SMKASAS...debar2 gak lama tak jadi fasi sejak masuk UTP n ni 2nd tyme jadi fasi utk budak skola agama...sampai2 je di perkarangan SMKASAS tu teringat lak kenangan masa jadi fasi kat SMKA Pedas..suasana skola lebih kurang..tp masa tu handle students PMR n kali ini students Form 4...mcm biasa la kalau sebelum2 ni..kalau kami sama2 jadi fasi mesti jadi tumpuan.adik2 mesti tny kami ni kembar ke?adik beradik ke?kekadang kami kelentong ckp kami kembar..kadang2 ckp kami ni bukan adik beradik..kebetulan je rupe sama..haha saje nk tgk reaksi budak2 ni...tp kami pun tak tau la betul ke kami ni rupe sgt..tp kalo ketinggian tu mmg beza la...saya tinggi cuma akk saya lagi tinggi..haha...syok dapat bersama2 ngn adik2 ni..dan paling saya bersyukur dapat cenderahati Buku "Indahnya Hidup Bersyariat" dari pihak sekolah utk fasilitator2...terharu betul..rasa mcm tak layak je dapat...berapa sgt lah saya sumbang utk adik2, tak sampai sehari pun bersama dgn adik2....terima kasih byk2 SMKASAS!


Program sampai Asar je, n lepas tu Cikgu Hanan, cikgu skola tu dgn baik hati nya tolong hantar kami balik UTP..ade gak ajak dia g Konsert Kembara Sufi kat UTP yg akan berlangsung malam tu...n kabo nyer dia dah beli tiket n akan bawa 15 students ngn dia malam tu...Alhmdulillah...balik2 tu rehat2 jap n lepas solat Maghrib siap2 g Kembara Sufi....tak larat plak nk citer pasal Kembara Sufi...tak de idea nk gambarkan KS ni...sebab mmg best woooo...perghh sore Azhan Atan mmg mantap woo..kalah Jamal Abdillah..1st tyme dgr dia nynyi sbb mmg tak penah tgk Akademi nasyid..siap leh main keyboard lg nynyi lagu Wali band...dan di selitkan element nasihat....Rabbani pun tak kurang hebat wpun pasti sume masih terasa kehilangan Ustaz Asri Ibrahim tetapi Rabbani tetap menyengat..cewah..dan akhir skali kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia yg lagu2 mereka berunsurkan perjuangan n menaikkan semangat...tak lupe jugak masa awal pembukaan..penonton disajikan dgn persembahan dari juara Pertandingan Nasyid antara IPT yg diadakan pd sebelah petang tu iaitu kumpulan Inspirasi dr UTP sendiri(lagu dorang memg best..esp lagu "Buat Yang Terleka")...dan seterusnya persembahan nasyid dari Anak2 Yatim(tak ingt dr mana)...lagu dorang sayu je..rasa nk nangis lak dgr....


Apa2pun Alhamdulillah masa akak saya kat sini terisi dgn perkara bermanfaat..k la malas dah nak tulis..nk tido dah ni..walaupun tulisan kali ni agak byk merepek..moga ada sedikit manfaat..kalo tak dapat sikit...byk pun jadilah...haha..


wassalam...


Galeri



Adamku yg comel..

Buku yg kami dapat dr pihak skolah..

Masa modul Seni Bina Islam..kalo nk tahu binaan ni
mampu menampung 3 ketul batu bata..tahniah2 kumpulan muslimat menang..hik3

My housemate n rumet..
from left:Ain, Wani n Nadya

Inspirasi atau dalam bahasa Arab nye "Ilham"..nama den tu..haha

Azhan Atan main keyboard

Kumpulan Rabbani



Kalau nk tgk gambar Konsert Kembara Sufi yg lebih jelas lg boleh tgk di sini.

Monday, April 19, 2010

Kasih Seorang Ibu

12 Mei 2009 Wen Chuan, salah satu daerah yang paling parah terkena gempa. Sukarelawan yang bertugas saat itu menemukan pemandangan yang memilukan.

"Lihat itu, ada seorang wanita di sana"

Dari balik runtuhan tampak jenazah seorang wanita, dan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi. Ibu itu tampak berlutut dengan sikap sempurnanya kepada Tuhan memohon dengan sisa-sisa tenaganya yang terakhir untuk diberi kekuatan melindungi bayinya..

Tubuhnya tampak seperti berdoa dengan sangat khusuk. Sang anak tidak terluka sama sekali Di bawah selimut bayi itu, para sukarelawan menemukan talifon bimbit dengan tertaip di'skrin'nya :
"Anakku tersayang, bila kau hidup, ingatlah ini, Mama akan selalu mencintaimu"

Sang bayi kehilangan ibunya. Tapi dengan seluruh hidupnya, dia akan ingat bagaimana cinta seorang ibu adalah cinta terhebat di dunia.

Semoga kisah ini menginspirasi kita: "Bagaimana seharusnya kita kepada Ibu kita."

Berikut ini cerita dalam bentuk sketsa kartun yang diterbitkan di surat khabar di China serta foto bayi yang selamat berkat "Kasih Tanpa Batas Seorang Ibu".
Untuk melihat foto lebih jelas, sila klik gambar.












Sunday, April 18, 2010

Medan Muhasabah

Alhamdulillah berakhir sudah Ijtimak Sanawi Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS kali ke-9 bagi tahun 2009/2010. Terima kasih atas kerjasama semua komiti Ijtimak yang begitu komited dan dedikasi dalam menjayakan Ijtimak kali ini.


Seperti yang kita semua sedia maklum, Ijtimak Sanawi atau Muktamar merupakan medan penting dalam setiap gerakan sebagai medan menghentam pimpinan. Eh salah2..sebagai medan muhasabah untuk penambahbaik gerak kerja dakwah pada masa akan datang. Para perwakilan dilihat begitu hebat membahas ucapan dasar presiden dan tidak sekadar membahas tetapi turut memberi resolusi dan penambahbaikan kepada setiap permasalahan yang diutarakan.


Muktamar yang dikendalikan oleh pengerusi tetap yang mantap lagi berkaliber, Saudara Faidhah Hassan. Walaupun kecik tetapi berjiwa besar , mampu mengawal keadaan..haha. Tahniah dan takziah diucapkan kepada saf kepimpinan Rakan Masjid bagi sesi 2010/2011. Sesungguhnya kepimpinan tersebut bukan merupakan suatu “tasyrif” tetapi ia adalah suatu “taklifan” yang harus kalian pikul sebaik mungkin bagi menyemarakkan sinar Islam di bumi UTP yang dicintai ini. InsyaAllah kalian tidak berseorangan dalam memikul bebanan dakwah ini atau lebih molek lagi amanah ini kerana saya yakin akan sentiasa adanya sahabat2 seperjuangan yang komited dan akan terus membantu kalian dalam memperjuangkan Islam di bumi UTP ini.


Firman Allah SWT:

“Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.”

- Ali-'Imran 3:139 -


Ingin berkongsi sedikit kata-kata yang disampaikan oleh kakak saya, daripada Ustaz Hafiz Lubis, YDP ABIM Kedah. Beliau mengatakan bahawa "wadah-wadah dakwah di atas bumi Malaysia umpama jenis-jenis rawatan manakala du'at pula merupakan perawat dan mad'u sebagai pesakit."


Wallahu'alam..


Galeri Muktamar


Sidang perwakilan dan pemerhati yang hadir

Saf kepimpinan Rakan Masjid Muslimin 2009/2010

Saf kepimpinan Rakan Masjid Muslimat 2009/2010

Ucaptama Presiden Rakan Masjid 2010/2011,
Sdr. Hafizi Zakria

Saf kepimpinan Rakan Masjid Muslimin 2010/2011

Saf kepimpinan Rakan Masjid Muslimat 2010/2011


ps: maaf ler gambar tak baper nak clear..ate gune kamera henset yg tak baper nk canggih..haha



Monday, April 12, 2010

Anak Mak Tak Degil Lagi.....


Mak..Anak Mak Dah Tak Degil Lagi....

Mak…..
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih..

Mak tau tak..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..
dan itu juga terakhir kali nya..
Emmmm… rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..
nak tinggal kan anak2 mak.. nak tinggal kan dunia fana ni..

mak macam dah sedia..
Seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan..
mak tak penah buat gitu..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..
kengkadang siaran indonesia..
mak terus tekun menganyam..
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2..
pastu mak jemur karpet-karpet..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari..
ada kat dalam dalam beg..
ada dalam ASB..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi..
ada kat dalam gulung tikar..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar..
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa..
mak cuma gelak jer..
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..





Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu kiter sampai dari KL..
mak dah dalam kesakitan..
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..
mak tetap takmau pi hospital..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor..
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk..
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..



Mak..
amponkan kami semua..
kami nak mak sehat..
kami sayang mak..
kami tak mau mak sakit..
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampon kan kami yer mak..

Mak..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter..
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta..
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duit..
kiter jawab pula..
kalau tak cukup, mak kan banyak duit..
mak gelak ajerr..


Lepas tu bila kereta kiter sampai..
mak buat kenduri kesyukuran..
Dan kiter masih ingat lagi..
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..
Punya la kiter takut..
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..
Bila balik sahaja kampong..
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..

Mak..
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau..
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak, kiter menipu mak kan..
ampon kan kiter..

Mak..
Jam 4.30 pagi 19/08/2006
Bila tiba aja kat hospital..
nurse tengah balut mak dengan kain putih..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital..
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu..
mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn

Mak tau tak..
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar..
Adik kat sebelah diam melayan perasann..
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini..
jalan di depan terasa makin kelam..
airmata dah tak mampu di tahan..
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela..
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga..
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong..sekosong hati ini..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu.. dinginnnn..

Mak..
Kiter masih ingat lagi..
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak..
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi..
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..
Dia kata…" dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat
gitu…jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu..
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak..

Mak..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis..
kiter nangis ni..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi..
Takder orang yang bangun lagi..
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih..
kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya..
Semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terakhir..
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja..

Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak..
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..
Kiter tak mampu nak cium mak..
kiter tak daya..
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
Airmata kiter tak boleh tahan..
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak..

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah..
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik..
badan akak terasa panas..

Makk..
anak mak yang seorang tu demam..

Mak tauu..
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..

Mak..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
Begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata..
Dan sampai satu tahap..
masa tu malam jumaat selepas maghrib..
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan..
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi..
semakin kiter tenung terasa semakin sayu..
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu..
kiter cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda..
Kiter rasa nak telefon mak..
nak cakap dengan mak..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong..
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi..
Puas la kakak memujuk kiter..
Akak kata…" tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati..
rasa nyilu sangat..
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..

Mak..
cukup la sampai sini dulu..
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu..
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid..
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan..
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak..
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula..
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih..
pastu kawan kiter bgtau..
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje..
Takper yer mak…
kiter kasi orang lain baca..
Kiter stop dulu..
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu..
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar,
Anak mak yang dah tak degil




Your browser may not support display of this image.sumber:emel

Thursday, April 8, 2010

..::Hadith Logam::..


Maksud hadith:"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."

Pernah tak sahabat2 dengar mengenai hadith logam?Adakah hadith ini menerangkan asal-usul logam?Atau hadith ini menerangkan logam itu apa??Ya memang benar jawapan sahabat2 yang hadith ini takde kena mengena langsung dengan asal usul logam. Jadi, mari kita bercerita sikit mengenai hadith ini.

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Kalau 'jahil' nilai itu maka akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, jika Islam maka nilai itu akan menyokong Islam. Mengambil contoh kisah Saidina Umar Al-Khattab. Semasa di zaman Jahiliyyah nya, beliau merupakan orang yang paling kuat menentang Islam. Namun, apabila beliau menjadi Islam, beliau lah yang paling kuat mempertahan dan memperjuangkan Islam.

Jadi, antara pengajaran yang saya dapat melalui hadith ini, kita jangan sekali-kali memandang rendah orang lain. Kita patut sentiasa merendah diri dengan sesiapa pun kerna sesungguhnya kita adalah hambaNya yang hina selalu melakukan kesilapan. Anggaplah kanak-kanak itu lebih baik daripada kita..dia mungkin tak memiliki ilmu dan sebagainya tetapi kanak-kanak tu suci daripada dosa nak bandingkan dengan kita..anggaplah orang jahat tu lebih baik daripada kita, mungkin dia tidak mengetahui kebenaran dan apabila dia mengetahui kebenaran, kemungkinan dia akan menjadi lebih baik daripada kita...

Sedikit perkongsian daripada saya.Moga mendapat manfaat..wallahualam..


Sumber: Ini Sejarah Kita-Analisa Sejarah Sebuah Ummah


ps:sape nak pergi Kembara Sufi??angkat kaki!roger me if u wanna go..oke!