Saturday, July 25, 2009

Nabilah Masuk Hospital

Nabilah kat hospital...


Adik saya, Nabilah Husna terpaksa ditahan di hospital hari Khamis lepas. Mula-mula dia demam dan hantar pergi klinik, doktor kata demam biasa. Tapi lepas tu demam tak elok lagi, mak tengok dia makin kurus. Mak risau dan minta abah hantar ke hospital. Tak pasal2 kena tahan kat hospital. Doktor kata paru-paru dia kena jangkitan kuman dan darah putih berlebihan.

Masa saya dapat tahu, saya ada kat U. Dek risau saya balik juga Jumaat tu lepas kelas. Sampai Seremban terus pergi hospital lawat dia. Doakan adik saya cepat sembuh ye..insyaAllah..ameen..

Saturday, July 11, 2009

Sapo Lagi Nak Tag Se Lepas Ni...

Assalamualaikum wbt..

Untuk post kali ni, saya nak jawab tag dari Kak Tiqah..Sobonar ea dah lamo dio tag se..dio nak se jawab sebelum poie utp..jadi esok se nak poie utp..tu yang hari ni se jawab..haha tak reti nak cakap longhat nogori..Buat makluman semua saya sebenarnya memang orang nogori tapi sebelum ni bermastautin di Perak selama 10 tahun. Jadi kalau saya bercampur dengan orang nogori akan jelas la loghat2 Perak saya yang dah semakin pudar sekarang ni sebab dah menetap di negeri asal saya balik..k la sudah la tu..kita teruskan ke tag yang telah Kak Tiqah bebankan ke atas saya...kekekke..bunyi macam terpaksa jawab je..


1. Do you think you are hot?
Ramai gak yang kata saya ni hot..hot..hot..hotak hang...haha

2.Upload your favourite picture.

Belakang dari kiri:'Amru,Anas,Uwais
Depan dari kiri:Dzakwan,Abah,Mak,Adam,Aiman

3. Why do you like that picture?
Suka tengok gaya mereka yang pelbagai..amru dgn gaya selamber dia..anas plak yang memang suka senyum lebar...uwais macam artis nasyid...dzakwan gaya blurr2..aiman plak duduk macam orang nak bersanding..haha

4. When was the last time you ate pizza?
Bila ek..jap nak ingat..hilang ingatan jap..bulan lepas kot..masa tu keluar dengan kawan2 baik saya masa zaman sekolah dan sampai sekarang masih lagi rapat dengan diorang..


5. The last song you listened to?
Bisikan Malam-UNIC.. Lagu background blog kak tiqah..mula2 pelik gak mana datang lagu ni...tak da la plak se bukak music player..


7. What name would you prefer besides this?
Yang ni tak paham..tetiba plak tanya..soalan no 6 dah hilang kak tiqah makan..haha

Tag 5 people..
1)Tun Mahathir
2)Tun Abdullah
3)Datuk Najib
4)Tan Sri Muhyiddin
5)Rosmah Mansor
ps:kawan2 kalau kome rajin jawab tag teman ni..sila2 lah..kalau rasa tak banyak masa sebab banyak lagi hal negara nak diuruskan..tambah2 dengan perasmian tu lah..perasmian ni lah..sampai hari2 keluar suratkhabar tak pe lah..tak yah jawab...jawab dalam hati je..teman tau kome sibuk...ye la orang besar2 ni..kome mana ada masa nak ingat kawan kome yang sorang ni..tak pe rakyat lagi penting..



8. Who is No.1?
Uishh sapo tak kenal dengan Mantan PM Malaysia ni..tabik spring la ngan Che Det..suka tengok Che Det dengan isteri dia.. bahagia je...

9. No.3 is having relationship with?
Wahh bahaye2...soalan ni sungguh mencabar minda...malas lah nak jawab..yang saya tau dia ada hubungan dengan wanita yang merupakan bini dia..haha...selain tu boleh la tanya empunya badan tu sendiri..

10. Say something about No 5.
Huh yang ni hari2 keluar paper..kalo tak cayer...cuba tengok suratkhabar utusan muka surat 2...memang tu dah cop awal2 dah tempat dia...hari2 ada je dalam paper...penat mata den ni tengok muka dia je..bila lagi muka den nak masuk paper plak..haha

11. How about No. 4?
Haa yang ni pu orang besar gak..tapi saya tak baper faham dengan pendirian dia pasal PPSMI..dulu kemain sokong PPSMI..tapi hari tu tetiba lak kata wajar PPSMI dimansuhkan..macam nak tergelak pun ada..tapi tak pe lah..baguih2..keputusan yang bijak telah dibuat dengan memansuhkan PPSMI...

12. Who is No. 2?
Antara 5 orang yang saya tag...yang ni saya paling suka..dia ni pun Mantan PM Malaysia gak lepas Che Det..seorang yang berjiwa lembut..bagusnya dia ni..masa jadi PM dia mampu jadi imam kat masjid mengetuai jemah solat...tapi kawan saya yang no.3 tu ntah bila nak jadi imam...nanti lah saya cakap ngan dia...jang bilo ekau nak jadi imam untuk solat jemaah kat masjid..sumo rakyat2 ekau dah ternanti-nanti tu..

Friday, July 10, 2009

Selamat Kembali PPSMM

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kerajaan membuat keputusan bijak dengan memansuhkan PPSMI secara berperingkat iaitu pada tahun 2012 PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya. Ye la bukan mudah untuk memansuhkan dasar yang telah dibuat sebab kita kena ambil kira pelbagai aspek dari segi nak menyediakan buku untuk pelajar-pelajar, nak rangka silibus baru lagi, nak sediakan tenaga pengajar yang mencukupi dan mantap dan macam-macam lagilah. Jadi saya faham lah ye Pak Menteri kenapa tuan berbuat demikian.

PPSMI diwujudkan kononnya untuk memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris para pelajar. Tetapi sejauh manakah keberkesanan PPSMI ni. Adakah dengan mengajar subjek Sains dan Matematik, para pelajar akan menguasai BI? Huh apa hal ni baru nak komen sekarang sedangkan dah nak mansuh pun PPSMI ni..kekeke...sebenarnya saya nak kongsikan pengalaman saya sebagai pelajar yang tidak melalui PPSMI. Batch saya merupakan batch terakhir menggunakan Bahasa Melayu untuk subjek Sains dan Matematik. Dek kerana batch lepas saya nak guna Bahasa Inggeris jadi kerajaan mengambil langkah dengan menggunakan dwibahasa masa batch saya. Jadi suka hati lah nak jawab dalam BI atau BM. Ye la kalau dah diberi pilihan macam tu mesti lah saya jawab dalam BM. Apa ke jadahnya nak jawab dalam BI. Tunggang terbalik la jawapan saya nanti. Silap2 fail plak.hu3..

Masa tu saya lihat guru2 saya fenin2 lalat nak mengajar kami. Ye la bila dia masuk kelas kami dia kene cakap BM tapi bila masuk kelas batch bawah kami kena cakap BI. Kesian cikgu. Tapi sebenarnya kami tak kisah pun. Suka hati lah cikgu nak cakap BI ke BM ke.he3..

Nak jadikan cerita semalam saya chatting dengan seorang sahabat. Dia bertanya pendapat tentang pemansuhan PPSMI. Saya pun dengan rendah dirinya menjawab saya sokong PPSMI dimansuhkan. Walaubagaimanapun, sahabat saya dengan lagi merendah dirinya menjawab dia tak setuju. Dia kesal kenapa PPSMI dimansuhkan. Bagi dia PPSMI tu bagus, dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Sampai bila masyarakat kita nak jahil BI. Haa macam tu la lebih kurang pendapat dia. Saya terima pendapat dia dan tiada siapa salah atau betul. Betul lah kata dia. Tapi bagi saya, kalau PPSMI tak wujud pun, kita tetap boleh kuasai BI. Subjek BI kan ada kat sekolah. Mantapkan pengajaran subjek BI. Dia kata lagi, di universiti nanti kita akan belajar dalam Bahasa Inggeris. Jadi kalau di sekolah belajar dalam Bahasa Melayu nanti kita akan mengalami kejutan elektrik bila masuk U nanti. Tapi bagi saya, itu semua dusta dan nista belaka(uik macam tajuk lagu Aiman je "Dusta Berkalang"..ekeke). Saya tidak merasai sebarang kejutan pun. Biasa je walaupun terpaksa alih bahasa bila masuk U. Malah lagi faham ada lah. Sebab saya memang dah faham asas dia. Lagipun apa yang kita belajar kat U tu sama macam kita belajar di sekolah. Cuma Bahasa sahaja yang tukar.

Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan pendapat dan apa yang dirasai sahabat saya. Saya faham yang dia hanyalah mangsa keadaan. Ye la tetiba pula batch dia kena guna BI. Tapi sebab Allah telah mengurniakan sahabat saya ni dengan akal yang bijak lagi cepat faham apa yang dia belajar, jadi tiada masalah untuk dia bertoleransi dengan situasi ini. Lulus cemerlang lagi SPM dia. Alhamdulillah. Apa2 pun kita kena melihat kepada golongan yang lebih bawah dari kita. Bagi budak2 bandar mungkin kata senang belajar dalam BI. Tetapi bagaimana dengan budak kampung macam saya ni. Nak cakap BI pun tersasul2 keluar loghat Perak la...loghat Nogori la..ini kan pula nak belajar subjek Sains dan Matematik dalam BI. Ini membuatkan mereka jadi tak minat nak belajar subjek Sains dan Matematik. Susah untuk mereka nak memahami. Kalau nak buat ayat nak jawab soalan kena fikir dulu dalam BM dan lepas tu terjemahkan ke BI. huishh payah2. Maknanya di sini janganlah kita mendera mental mereka2 ini. Berpeluh2 nak tukar ke BI.Jenuh mencari perkataan tu dalam BI apa. Sampai basah lah kertas tu.ish3...

Apa-apa pun, kedua-duanya ada sudut positifnya. Tapi kita melihat yang mana satu lebih banyak positifnya. Dan ternyata PPSMM(suka hati je buat istilah sendiri..kekeke) lebih banyak positifnya daripada PPSMI. Saya yakin semua tiada masalah untuk belajar dalam Bahasa Melayu. Kalau dah rakyat Malaysia, ko tak reti Bahasa Melayu memang nak kena buang negara la ko. Untuk menguasai BI pula, kita serahkan kepada guru2 Bahasa Inggeris menjalankan tugas mereka.

Akhir kata, ini semua hanyalah pendapat dari seseorang yang masih belum matang tahap pemikirannya. Jadi jika banyak kelompongan boleh lah tolong tampal2 kan guna glue stick ke atau apa2 lah. Jadi di sini saya dah bersedia untuk menerima segala jenis komen berbaur hinaan atau cacian..wahaha ganasnya..eh taklah..bukan hinaan tapi hormat kritis.

ps: Buat sahabat saya sorang ni, jangan marah ya kalau saya cerita pendapat anda. Jangan risau identiti anda tidak dibongkarkan.Selamat dalam jagaan saya...setakat ini....ekekeke..

Monday, July 6, 2009

Saya ni Cantik ke Tak??

Assalamualaikum wbt…

Haa sebelum kome jawab soalan ni biar teman nak bagitau cerita sebenar2nyer….ate kome mesti ingat teman tanya kome yang teman ni cantik ke idakk..Sebenarnya soalan ni untuk untuk dijawab oleh kome sendiri(yang perempuan la..yang laki2 pi main jauh2..tak yah sibuk2 nak jawab soalan ni..tp kalau rasa diri cantik silakanlah…teman tak menghalang). Huh apa kes cakap loghat Perak ni. Mentang-mentang le nak sambung belajar kat Perak lepas ni. Well, back to the topic, sebelum kome jawab soalan ni baca dulu entri ni sampai habis. Lepas tu boleh la jawab sendiri. Dalam hati je la. Tak yah le kome nak bagitau kat komen yang kome ni cantik ke huduh..kekeke..Ahh malas la cakap loghat Perak. Bukan betul pun. Marah orang Perak. Merosakkan bahase depa je.


Wanita Yang Cun…


Wanita menunjukkan kecantikan dan kecomelan mereka dalam pelbagai cara. Inilah yang terjadi kepada wanita-wanita zaman dulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi iaitu isteri dan anak-anak perempuannya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita Jahiliyah.


Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah…”

(Surah Al-Ahzab:33)


Menurut Qatadah, wanita Jahiliyah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempesonakan(huh macam model jalan ke??yg orang duk panggil “catwalk” tu…apa2 pun hang pikiaq la sendiri). Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil bermain-main dengan rantai di lehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan lelaki (bunyi macam pelacur pun ada..marah pula kalau panggil pelacur tapi buat gak…bukan kome la tapi yang buat la..huhu).

Jadi wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita Jahiliyah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut:


1) Menundukkan pandangan. Semulia-mulia perhiasan wanita ialah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya adalah dengan menundukkan pandangan.

Firman Allah SWT:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka..”

(Surah An-Nur:31)

Tapi janganlah tunduk je sampai tak tengok sekeliling. Kang terlanggar mamat benggali kome gak yang susah. Pandai-pandai la kawal pandangan ek.

2) Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang kini biasa berlaku di dalam bas dan merata tempat la kome boleh nampak. Kat kedai makan, dalam kuliah dan tempat-tempat lain yang kome boleh senaraikan sendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

“Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu diketuk dengan tukul besi yang tajam daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya."


Lihat betapa Rasulullah melarang menyentuh wanita yang haram bagi kaum lelaki menyentuhnya. Bukan lelaki je tapi yang perempuan pun sama. Kalau rasa-rasa nak sentuh tu pergilah cari tukul besi pastu pukul kepala sendiri. Kalau tak jumpa tukul besi hantuk-hantuk kat dinding pun jadi lah. Haa ada berani ke?


3) Memakai pakaian mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Islam seperti berikut:


i) Pakaian menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.


ii) Tidak memakai pakaian dari kain yang jarang dan menampakkan susuk badan.


Sabda Rasulullah SAW:

“Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk ke syurga malah bau syurga tidak akan sampai kepada mereka.”


iii) Pakaian tidak terlalu ketat hingga menunjukkan potongan badan walaupun tidak jarang.

Kalau kita tengok zaman sekarang ramai je yang pakai tudung tapi pakaian dia masih tak mengikut syarak. Tudung sekadar fesyen. Pakai tudung tapi baju ketat, lengan pendek dsbgnya.


iv) Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki.


v) Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana pakaian wanita Islam mempunyai cirri-cirinya sendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa meniru sesuatu bangsa lain. Maka ia adalah bangsa itu.”


Sebagai contoh pakaian Barat adalah “tube”. Tarik atas nampak bawah, tarik bawah nampak atas. Huh saper suh pakai. Kome rasa Malaysia ni negara miskin ke sampai tak cukup duit nak beli kain. Kedai kain berlambak-lambak. Jakel je dah baper banyak cawangan ada kat seluruh negeri. Ish apa lagi korang nak. Gedung Kamdar tu bukan main besar lagi teman tengok. Murah-murah lak tu.


vi) Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajah persis seperti seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak akhlaknya.


Firman Allah SWT:

”Janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang terbaik.”

(Surah Al-Ahzab:32)

vii) Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya.

Sabda Rasulullah SAW :

"seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina."


Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. (kalau saper suka tengok citer Hindustan tau la cam ne..kan ada babak nari2 pastu yang heroin dia hentak2 kaki nak bagi hero dia dengar bunyi bergerimincing gelang kaki besi dia..haha)


Firman Allah SWT bermaksud :

"dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”

(Surah An-Nur:31)

Kesimpulannya


Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya.

Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain. Nasihat buat diri teman dan juga sahabat2, jadilah wanita solehah kerana seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah. Bagi yang lelaki pula jaga lah saudara perempuan kome.

Sekarang kome pilih nak jadi cantik ke nak jadi huduh??


ps: ye2 teman tahu ini benda biasa, kome dah tahu dan tak payah teman nak bagitau dah.Buang karan je. Tapi jangan pandang sebelah mata sebab hakikatnya ramai lagi yang tak tau pasal benda ni walaupun mereka tu Islam. Ini yang dikatakan Islam hanya pada nama sahaja. Kasihani lah mereka ini. Jadi jangan segan-segan untuk bagitau kat dorang k.




Saturday, July 4, 2009

Perjuangan Tidak Berakhir...

Assalamualaikum wbt...

Buat sahabat2 yang bakal mendaftarkan diri di UIA Kuantan mahupun UIA Gombak saya ucapkan selamat menjalani hidup sebagai 'junior' semula..bersedialah untuk di'ragging' masa ta'aruf week nanti..cewah tak de la...rileks lah..'senpai' semua baik-baik belaka kan2...dorang semua dah tak sabar tunggu korang masuk. Tak caye nnt korang tengoklah, masa sampai kat uia ada yang tunggu korang kat pintu pagar utama tu. Dia nak sambut korang, pastu lambung tinggi2 sampai ke ISS pastu sempat plak jumpa ngan angkasawan kat ISS tu..kekeke..

Oh UIA, di sini lah segalanya bermula. Tempat di mana saya menerima tarbiyyah, mengenal jemaah dan sebagainya. Kalau dulu memang jahil sangat. Tak pernah tau pun jemaah tu apa. Lihatlah betapa jahilnya saya dahulu. Alhamdulillah perancangan Allah cukup cantik buat saya. Allah tempatkan saya di UIA dan di sini saya belajar macam2. Bukan sahaja ilmu duniawi tetapi juga ukhrawi. UIA yang sememangnya kaya dengan majlis ilmu. Kadang2 satu malam tu sampai 2-3 majlis ilmu. Sampai tak tau nak pergi mana satu. Kalau boleh nak pergi semua sekali tapi nak buat macam mana saya ni ada satu je. Kena jugak lah memilih. Ala macam orang Jawa kata, "life is about choice"...haa betul ke? Saper Jawa kat sini, tolong betulkan kalau salah. Bagusnya UIA ni sebab ada pelbagai jemaah kat sini...nak sebut tak satu2? he3...xpe lah korang pun tau...Sebab ada pelbagai..korang boleh pilih mana satu yang sesuai ngan korang cara pembawakannya. Tiada paksaan nak pilih. Yang penting masing-masing membawa satu matlamat yang sama iaitu amar makruf nahi mungkar. Kalau rasa mampu memberi banyak sumbangan terhadap Islam dengan melibatkan dengan jemaah A, maka teruskan lah...dan jika rasa mampu sumbangkan banyak kepada Islam melalui jemaah B, maka teruskanlah...dan seterusnya....Sesungguhnya setiap jemaah tu ada kelebihan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain. Jadi janganlah kita mengatakan kita yang terbaik dan yang lain tu tak baik.Oke?

Apa2 pun saya pasti akan merindui UIA...saya pasti akan merindui suasana islamik di UIA. Nak pakai tudung labuh kat dalam UIA tak payah nak rasa janggal atau pelik. Namun, saya terpaksa meninggalkan bumi UIA. Tapi ini tidak bermakna perjuangan saya terhenti di sini sahaja. InsyaAllah saya akan teruskan di sana. Sahabat2 doakan lah agar saya terus kuat, tabah dan istiqamah di jalan Allah. Cabaran di sana lebih besar jika nak di bandingkan dengan situasi di UIA. Mungkin kerana kelemahan diri saya sendiri. Jadi saya memerlukan sahabat semua untuk memberi kekuatan kepada saya. Ya Allah berikanlah kekutan kepada saya melalui sahabat2 seperjuangan saya ini. Sahabat2 doakan lah saya ye.

Semoga ukhuwah di antara kita terus utuh kerana Allah. Di jalan dakwah ini kita bertemu dan semoga di atas jalan dakwah ini juga kita akan berpisah kelak. Saya merayu sahabat semua untuk menegur saya kalau2 nampak saya macam nak terpesong je...nauzubillah min zalik...sentiasa ingatkan saya dengan azab Ilahi agar saya sedar dunia ini hanya tempat persinggahan. Selamat bermujahadah sahabat2ku...



Friday, July 3, 2009

Panggilan Ilahi buat Allahyarham Nabil Marwan

Assalamualaikum wbt...


Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Kami yang menghidup dan mematikan,
dan kepada kami tempat kembali (semua makhluk)."

(Surah Qaaf 50: 43)

Saya pasti semua sudah sedia maklum sahabat kita, saudara Nabil Marwan telah kembali ke Rahmatullah pada malam Jumaat 2 Julai 2009. Alhamdulillah Allahyarham bertemu Allah pada malam yang mulia iaitu malam Jumaat. Sesungguhnya pemergian Allahyarham terkesan buat seluruh warga UIA yang mengenali beliau. Malam tadi sahaja, 7 mesej masuk ke peti mesej saya memberitahu berita pemergian Allahyarham. Walaupun tidak beberapa mengenali Allahyarham tetapi pemergiannya memberi impak yang besar dalam diri saya. Sebagai seorang hamba Allah yang banyak sekali melakukan dosa terhadapNya, membuat saya tertanya bila pula seruan Ilahi akan menjemput saya? Bersediakah saya di waktu itu? Bagaimanakah keadaan saya di waktu itu?


Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

-Hadith riwayat Muslim-

Sesungguhnya di akhir zaman ini, satu persatu alim ulama' serta golongan yang memegang Al-Quran pergi meninggalkan kita. Allahyarham yang juga merupakan seorang hafiz Quran turut meninggalkan kita. Jika peribahasa Melayu mengatakan "yang patah tumbuh, yang hilang berganti", tetapi peribahasa ini tidak boleh diguna pakai untuk alim ulama'. Mereka patah payah tumbuh, hilang payah berganti. Sampailah suatu ketika nanti, Bumi ini akan gersang dan ketandusan para ulama' dan akhirnya lenyaplah mereka dari muka Bumi ini. Maka saat itu, sudah tidak bererti lagi hidup di dunia ini di mana kesesatan bermaharajalela. Manusia telah hilang nilai dan pegangan hidup. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang 'berbaki' ini.

Firman Allah SWT:

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu
kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa
yang kamu kerjakan."

(Surah Al-Munafiqun 63:11)


Firman Allah SWT:

"Katakanlah malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan
mematikan kamu, kemudian kepada Tuhanmu, kamu akan dikembalikan."

(Surah As-Sajadah 32:11)


Firman Allah SWT:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.."

Surah Ali-Imran 3:185)

Sesungguhnya kita semua tidak akan dapat lari dari hakikat kematian. Kematian tersebut akan menjemput sesiapa sahaja dan di mana jua. Ketika kita dilahirkan ke dunia, kita menangis dan apabila kita meninggalkan dunia, orang di sekeliling kita akan menangis. Di kubur kelak kita akan keseorangan. Hanya amalan yang menemani kita. Tiada lagi sanak saudara, sahabat handai untuk menemani kita. Saat amalan kita dihitung, jantung berdegup kencang menantikan jawapan perhitungan. Ketakutan yang menyelubungi diri tidak dapat digambarkan. Tiada sesiapa di sana untuk mententeramkan kita. Dan saat itu barulah kita tersedar, betapa singkatnya hidup, betapa menyesalnya kita waktu kita di dunia terbuang begitu sahaja tanpa usaha untuk mengumpul bekalan ke akhirat.

Sahabat sekalian, tegurlah saya dan ingatkan lah saya supaya tidak terus leka dan hanyut dalam syurga dunia yang hanya sementara. Semoga Allah mengampuni dosa saya dan kalian.

Akhir kata, Al-Fatihah buat Allahyarham Nabil Marwan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan muttaqin dan para solihin.Ameen...




Allahyarham Nabil 3 dari kiri ketika membuat persembahan di UIA PJ
bersama dengan ahli kumpulan Iq-Nig yang lain



Allahyarham semasa membuat persembahan untuk
minggu Ta'aruf UIA PJ sesi 08/09 pada tahun lepas.

Wednesday, July 1, 2009

Den kene TAG la...

Apakah itu TAG??menatang apakah itu??TApir + Gajah = TAG?? hahaa..Sebenarnya saya tak faham sangat tag tu apa..bila tengok rupa2nya tag tu kena jawab soalan2 yang ditanya. Siapakah orang pertama yang memulakan 'permainan' tag mengetag ni?ermm tak pe lah...saya jawab soalan tag ni...Ada 2 tag daripada is n wawa.


1st Tag


1. What is the most important thing in your life?

keredhaan Allah SWT


2. What is the last thing that you bought with your own money?

ape ek...coklat kot..ni pun tak abis lg makan..


3. Where do you wish to get married?

kat masjid tp tak tau masjid mane..insyaALLAH kalau panjang umur kahwin lah den


4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

erkk i dont understand dis question..haha


5. Are you in love?

mcm takde perasaan je..


6. Where was the last restaurant you had dinner?

ntah tak tau nama restoran tu..tp kat teluk intan..masa tu i dating ngan abah...haha


7. Name the latest book that you bought?

lupe lah...apa ek..perlu ke jawab?kalao tak jawab kene denda ke?


8. What is your full name?

Nur Zatil Ilham bt Kamaruddin


9. Do you prefer your mother or father?

Mak,mak,mak,abah


10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Pak Ngah yang dah lama kat US tu..bile mau balik?


11. Christina or Britney?

citt dua2 den tak nak..xda ciri-ciri wanita solehah langsung..


12. Do you do your own laundry?

mesin basuh tolong..t.kasih ye mesin basuh..haha


13. The most exciting place you want to go?

Mekah Al-Mukarramah...sempatkah aku ke sana??


14. Camera or MP3 or Handphone?

Camera


15. Point out 5 things about the person who tagged you.

periang orangnyer..
banyak cakap..haha
kalau ada masalah tak pernah nak bgtau..dia tunjuk muka gembira je
satu2nya anak dara dalam family dia..
suka bawak benang,jarum jahit kalau pergi mana2 program..haha

16. 3 things I am passionate about

majlis ilmu
babies
coklat


17. 3 things I say too often

xpasti la plak..tak penah plak kira byk mana den sebut perkataan tu..haha


18. Book I’ve read recently

400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali RA


19. 8 songs I could listen to over and over again

Aku Rela - Algebra
Di Manakah Abi
Allahu Rabbi- Inteam
Kepastian - Inteam
Lagu Kedamaian - Brothers
Baitulmaqdis - Xifu n The Algebra
Yaa Thoybah - Haddad Alwi
Mengemis Kasih - versi Iq-Nig..ha3


20. 3 things I learned last year

terlalu banyak sampai tak ingat..len kali la bagitau


21. 8 people to tag

Malaslah nak tag orang..haha


2nd Tag


1. azimah
2. afifah mat asin
3. rokiah
4. kak ira
5. che farhana
6. iba
7. wawa
8. afuf
9. kajed

d questions are..

~ how do u know 1?~
PKPIM menemukan kami...terima kasih Allah kerana menemukan kami di jalan ini..

~what would u do if u never meet 2?~
saya takkan ada sahabat yang setabah dan sangat bermotivasi seperti dia..

~what would u do if 3&4 dated?~
xwat pa pe..dozo yoroshiku...date je pun..

~would 5&6 make a good couple?~
wuishh ape couple2 nih...

~do u think 7 is attractive?~
very attractive...haha..mcm budak2..haha

~would u date 8?~
waaa...tak mau tak mau!

~tell me smthing about 9~
really a good friend..suke bg org hadiah..
sgt murah dgn senyuman...
tinggi lampai...
sarawakian...
windu kajed..

~what's 1's favourite past time?~
ape ek...melukis kot..he3

~what language does 2 speaks?~
bahasa melayu la..

~who is 3 going out with?~
ngan sape yerr nnt lah saya tnya

~how old is 4?~
22 thn..mude lagi..

~when was d last time u talked to 5?~
lame tak ckp ngn ana..mesej2 je..last ckp mase induction kot..hu3

~who is 6's favourite singer?~
iba ske sape ek?dia tak minat sape2 kot..

~would u date 7?~
i ok je..tak tau la dia plak...haha

~is 8 single?~
single but not available..haha

~what's 9's last name?~
ishak


sekian saja tag mengetag nih..