Friday, July 10, 2009

Selamat Kembali PPSMM

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kerajaan membuat keputusan bijak dengan memansuhkan PPSMI secara berperingkat iaitu pada tahun 2012 PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya. Ye la bukan mudah untuk memansuhkan dasar yang telah dibuat sebab kita kena ambil kira pelbagai aspek dari segi nak menyediakan buku untuk pelajar-pelajar, nak rangka silibus baru lagi, nak sediakan tenaga pengajar yang mencukupi dan mantap dan macam-macam lagilah. Jadi saya faham lah ye Pak Menteri kenapa tuan berbuat demikian.

PPSMI diwujudkan kononnya untuk memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris para pelajar. Tetapi sejauh manakah keberkesanan PPSMI ni. Adakah dengan mengajar subjek Sains dan Matematik, para pelajar akan menguasai BI? Huh apa hal ni baru nak komen sekarang sedangkan dah nak mansuh pun PPSMI ni..kekeke...sebenarnya saya nak kongsikan pengalaman saya sebagai pelajar yang tidak melalui PPSMI. Batch saya merupakan batch terakhir menggunakan Bahasa Melayu untuk subjek Sains dan Matematik. Dek kerana batch lepas saya nak guna Bahasa Inggeris jadi kerajaan mengambil langkah dengan menggunakan dwibahasa masa batch saya. Jadi suka hati lah nak jawab dalam BI atau BM. Ye la kalau dah diberi pilihan macam tu mesti lah saya jawab dalam BM. Apa ke jadahnya nak jawab dalam BI. Tunggang terbalik la jawapan saya nanti. Silap2 fail plak.hu3..

Masa tu saya lihat guru2 saya fenin2 lalat nak mengajar kami. Ye la bila dia masuk kelas kami dia kene cakap BM tapi bila masuk kelas batch bawah kami kena cakap BI. Kesian cikgu. Tapi sebenarnya kami tak kisah pun. Suka hati lah cikgu nak cakap BI ke BM ke.he3..

Nak jadikan cerita semalam saya chatting dengan seorang sahabat. Dia bertanya pendapat tentang pemansuhan PPSMI. Saya pun dengan rendah dirinya menjawab saya sokong PPSMI dimansuhkan. Walaubagaimanapun, sahabat saya dengan lagi merendah dirinya menjawab dia tak setuju. Dia kesal kenapa PPSMI dimansuhkan. Bagi dia PPSMI tu bagus, dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Sampai bila masyarakat kita nak jahil BI. Haa macam tu la lebih kurang pendapat dia. Saya terima pendapat dia dan tiada siapa salah atau betul. Betul lah kata dia. Tapi bagi saya, kalau PPSMI tak wujud pun, kita tetap boleh kuasai BI. Subjek BI kan ada kat sekolah. Mantapkan pengajaran subjek BI. Dia kata lagi, di universiti nanti kita akan belajar dalam Bahasa Inggeris. Jadi kalau di sekolah belajar dalam Bahasa Melayu nanti kita akan mengalami kejutan elektrik bila masuk U nanti. Tapi bagi saya, itu semua dusta dan nista belaka(uik macam tajuk lagu Aiman je "Dusta Berkalang"..ekeke). Saya tidak merasai sebarang kejutan pun. Biasa je walaupun terpaksa alih bahasa bila masuk U. Malah lagi faham ada lah. Sebab saya memang dah faham asas dia. Lagipun apa yang kita belajar kat U tu sama macam kita belajar di sekolah. Cuma Bahasa sahaja yang tukar.

Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan pendapat dan apa yang dirasai sahabat saya. Saya faham yang dia hanyalah mangsa keadaan. Ye la tetiba pula batch dia kena guna BI. Tapi sebab Allah telah mengurniakan sahabat saya ni dengan akal yang bijak lagi cepat faham apa yang dia belajar, jadi tiada masalah untuk dia bertoleransi dengan situasi ini. Lulus cemerlang lagi SPM dia. Alhamdulillah. Apa2 pun kita kena melihat kepada golongan yang lebih bawah dari kita. Bagi budak2 bandar mungkin kata senang belajar dalam BI. Tetapi bagaimana dengan budak kampung macam saya ni. Nak cakap BI pun tersasul2 keluar loghat Perak la...loghat Nogori la..ini kan pula nak belajar subjek Sains dan Matematik dalam BI. Ini membuatkan mereka jadi tak minat nak belajar subjek Sains dan Matematik. Susah untuk mereka nak memahami. Kalau nak buat ayat nak jawab soalan kena fikir dulu dalam BM dan lepas tu terjemahkan ke BI. huishh payah2. Maknanya di sini janganlah kita mendera mental mereka2 ini. Berpeluh2 nak tukar ke BI.Jenuh mencari perkataan tu dalam BI apa. Sampai basah lah kertas tu.ish3...

Apa-apa pun, kedua-duanya ada sudut positifnya. Tapi kita melihat yang mana satu lebih banyak positifnya. Dan ternyata PPSMM(suka hati je buat istilah sendiri..kekeke) lebih banyak positifnya daripada PPSMI. Saya yakin semua tiada masalah untuk belajar dalam Bahasa Melayu. Kalau dah rakyat Malaysia, ko tak reti Bahasa Melayu memang nak kena buang negara la ko. Untuk menguasai BI pula, kita serahkan kepada guru2 Bahasa Inggeris menjalankan tugas mereka.

Akhir kata, ini semua hanyalah pendapat dari seseorang yang masih belum matang tahap pemikirannya. Jadi jika banyak kelompongan boleh lah tolong tampal2 kan guna glue stick ke atau apa2 lah. Jadi di sini saya dah bersedia untuk menerima segala jenis komen berbaur hinaan atau cacian..wahaha ganasnya..eh taklah..bukan hinaan tapi hormat kritis.

ps: Buat sahabat saya sorang ni, jangan marah ya kalau saya cerita pendapat anda. Jangan risau identiti anda tidak dibongkarkan.Selamat dalam jagaan saya...setakat ini....ekekeke..

7 comments:

ilham nur said...
This comment has been removed by the author.
ilham nur said...

PPSMM?

suara rakyat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AzRy SyaFiQah said...
This comment has been removed by the author.
suara rakyat said...

salam,
identiti sy dirahsiakan..
haha,terpulang pada anda..
tak pe, bagi saya ni pendapat masing2..
sy pn masih blom matang untuk memberi ulasan atau memberi sebarang komen,
untuk melaksanakan ppsmi itu sendiri, sy akui bukan mudah,
kerajaan telah mengeluarkan kos yang tinggi dalam melaksanakannya..
dan ini menjadikan sistem pendidikan kita lebih bercelaru dengan penarikkan semula ppsmi


hurm,
ape2 pn sebagai rakyat yang budiman,
saya perlu akur dengan kerajaan..
cuma di hati ini sedikit terkilan,
saya tahu,
ini semua adalah pendapat masing2

ppsmm atau pun ppsmi,
msg2 mempunyai kelebihan dan kekurangan,

sy pn merupakan rakyat luar bandar,
bahasa bukan la punca utama permasalahan ini,
dimana ada kemahuan di situ ada jalan,
saya tidak mahu rakyat malaysia masih ditakuk lama..

buat sahabat ku zatil, terima kasih atas ulasan anda,
dan BERANI menyatakan pendapat anda,
cukup lah bagi saya menyokong ppsmi ini untuk kemajuan bangsa, agama, dan negara..

saya tidak berniat ingin menyinggung mana2 pihak..

terima kasih atas perkongsian pendapat..hihi..

jumpa anda pada 18 hb ni(siap zatil)huhu


p/s: zatil sila padam komen saya y diatas, ada sedikit salah faham..huhu..

NUR ZATIL ILHAM KAMARUDDIN said...

waaa 18hb ni suara rakyat nak buat ape kat sey..nak balik rumah lah..haha..

tapi kan zatil tak de tau 18hb tu..
17hb tu balik umah..hahaha
sahabat baik ku kawen!!!

suara rakyat said...

tak pe2..
sy masih ade 3 thn 1/2 lg di sana..
jaga lah anda..

haha