Monday, July 6, 2009

Saya ni Cantik ke Tak??

Assalamualaikum wbt…

Haa sebelum kome jawab soalan ni biar teman nak bagitau cerita sebenar2nyer….ate kome mesti ingat teman tanya kome yang teman ni cantik ke idakk..Sebenarnya soalan ni untuk untuk dijawab oleh kome sendiri(yang perempuan la..yang laki2 pi main jauh2..tak yah sibuk2 nak jawab soalan ni..tp kalau rasa diri cantik silakanlah…teman tak menghalang). Huh apa kes cakap loghat Perak ni. Mentang-mentang le nak sambung belajar kat Perak lepas ni. Well, back to the topic, sebelum kome jawab soalan ni baca dulu entri ni sampai habis. Lepas tu boleh la jawab sendiri. Dalam hati je la. Tak yah le kome nak bagitau kat komen yang kome ni cantik ke huduh..kekeke..Ahh malas la cakap loghat Perak. Bukan betul pun. Marah orang Perak. Merosakkan bahase depa je.


Wanita Yang Cun…


Wanita menunjukkan kecantikan dan kecomelan mereka dalam pelbagai cara. Inilah yang terjadi kepada wanita-wanita zaman dulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi iaitu isteri dan anak-anak perempuannya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita Jahiliyah.


Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah…”

(Surah Al-Ahzab:33)


Menurut Qatadah, wanita Jahiliyah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempesonakan(huh macam model jalan ke??yg orang duk panggil “catwalk” tu…apa2 pun hang pikiaq la sendiri). Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil bermain-main dengan rantai di lehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan lelaki (bunyi macam pelacur pun ada..marah pula kalau panggil pelacur tapi buat gak…bukan kome la tapi yang buat la..huhu).

Jadi wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita Jahiliyah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut:


1) Menundukkan pandangan. Semulia-mulia perhiasan wanita ialah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya adalah dengan menundukkan pandangan.

Firman Allah SWT:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka..”

(Surah An-Nur:31)

Tapi janganlah tunduk je sampai tak tengok sekeliling. Kang terlanggar mamat benggali kome gak yang susah. Pandai-pandai la kawal pandangan ek.

2) Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang kini biasa berlaku di dalam bas dan merata tempat la kome boleh nampak. Kat kedai makan, dalam kuliah dan tempat-tempat lain yang kome boleh senaraikan sendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

“Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu diketuk dengan tukul besi yang tajam daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya."


Lihat betapa Rasulullah melarang menyentuh wanita yang haram bagi kaum lelaki menyentuhnya. Bukan lelaki je tapi yang perempuan pun sama. Kalau rasa-rasa nak sentuh tu pergilah cari tukul besi pastu pukul kepala sendiri. Kalau tak jumpa tukul besi hantuk-hantuk kat dinding pun jadi lah. Haa ada berani ke?


3) Memakai pakaian mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Islam seperti berikut:


i) Pakaian menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.


ii) Tidak memakai pakaian dari kain yang jarang dan menampakkan susuk badan.


Sabda Rasulullah SAW:

“Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk ke syurga malah bau syurga tidak akan sampai kepada mereka.”


iii) Pakaian tidak terlalu ketat hingga menunjukkan potongan badan walaupun tidak jarang.

Kalau kita tengok zaman sekarang ramai je yang pakai tudung tapi pakaian dia masih tak mengikut syarak. Tudung sekadar fesyen. Pakai tudung tapi baju ketat, lengan pendek dsbgnya.


iv) Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki.


v) Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana pakaian wanita Islam mempunyai cirri-cirinya sendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa meniru sesuatu bangsa lain. Maka ia adalah bangsa itu.”


Sebagai contoh pakaian Barat adalah “tube”. Tarik atas nampak bawah, tarik bawah nampak atas. Huh saper suh pakai. Kome rasa Malaysia ni negara miskin ke sampai tak cukup duit nak beli kain. Kedai kain berlambak-lambak. Jakel je dah baper banyak cawangan ada kat seluruh negeri. Ish apa lagi korang nak. Gedung Kamdar tu bukan main besar lagi teman tengok. Murah-murah lak tu.


vi) Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajah persis seperti seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak akhlaknya.


Firman Allah SWT:

”Janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang terbaik.”

(Surah Al-Ahzab:32)

vii) Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya.

Sabda Rasulullah SAW :

"seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina."


Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. (kalau saper suka tengok citer Hindustan tau la cam ne..kan ada babak nari2 pastu yang heroin dia hentak2 kaki nak bagi hero dia dengar bunyi bergerimincing gelang kaki besi dia..haha)


Firman Allah SWT bermaksud :

"dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”

(Surah An-Nur:31)

Kesimpulannya


Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya.

Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain. Nasihat buat diri teman dan juga sahabat2, jadilah wanita solehah kerana seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah. Bagi yang lelaki pula jaga lah saudara perempuan kome.

Sekarang kome pilih nak jadi cantik ke nak jadi huduh??


ps: ye2 teman tahu ini benda biasa, kome dah tahu dan tak payah teman nak bagitau dah.Buang karan je. Tapi jangan pandang sebelah mata sebab hakikatnya ramai lagi yang tak tau pasal benda ni walaupun mereka tu Islam. Ini yang dikatakan Islam hanya pada nama sahaja. Kasihani lah mereka ini. Jadi jangan segan-segan untuk bagitau kat dorang k.




3 comments:

intan.maisarah said...

bis bace da..aku comel.nak gak ngaku aku anggun..hahahha.. dah dok utp..jgn memalu datang ipoh ye..tak datang teman majok

Petiais said...
This comment has been removed by the author.
Petiais said...

beauty lies in d eyes of beholder

beauty is bout,d way we brin it up

personality cantik semua cantik

kot?

salam.